Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

08 November 2010

Kisah Rumah tangga Pelakon Rita Rudaini dan Pemain Bolasepak Aidil Zafuan

Kisah rumah tangga Rita Rudaini Mokhtar, 34 dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, ke mahkamah Syariah juga. Aidil telah membuat dua tuntutan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban terhadap Rita baru-baru ini.

Antaranya adalah, membuat tuntutan hadanah iaitu hak penjagaan kekal terhadap anak sulung mereka, Airit Rayyan Rizqin, 15 bulan. Satu lagi tuntutan yang dibuat oleh Aidil adalah perintah isteri kembali taat (nusyuz) yang turut difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban.

3 ulasan:

  1. nasihat kepada pasangan rita dan aidil carilah jalan untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga yang dibina, buang yang keruh ambil yang jernih. Sebagai suami aidil patut tahu tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Anda yang memilih jodoh bersama rita jangan persiakan nikmat yang tuhan kurniakan. Rita perlu taat kepada suami dan yang paling penting dan berharga adalah airit rayyan perlukan belaian kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi daripada mama dan daddy. jangan hancurkan rumahtangga yang dibina. Tak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Mohon doa dari Ilahi itu yang lebih afdal dalam situasi sekarang.

    BalasPadam
  2. Ustaz. mohon kepada ustaz agar dapat membantu kemelut yang dihadapi oleh aidil dan rita agar rumahtangga mereka dapat dipertahankan. Saling menuduh dan mengeluarkan kenyataan pun tidak menguntungkan malah sebaliknya akan berlaku. Rita banyakkan sabar percaya Allah bersama orang yang sabar. reda dengan dugaan. Insyallah saya doakan rita dan aidil terus menjadi suami isteri yang bahagia. amin.

    BalasPadam
  3. harap-harap Rita bersabar, banyakkan berdoa & jgn lupa Allah. Biarlah org lain gembira di atas kesedihan Kak Rita. WHAT GOES AROUND COMES AROUND! Peminat Kak Rita sentiasa ada bersama. Be strong =)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.