Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

20 Disember 2011

Apa Angka Selepas 999,999 ?

Alhamdulillah, blog saya sudah dibaca melebihi 990,000 selepas dibuka lebih 2 tahun lalu. Terima kasih kepada pembaca terutama blogger yang mempromosikan blog saya di blog mereka. Blog saya kini dibuka oleh lebih 5,000 dalam satu hari dan meningkat sehingga 20,000 sehari sekiranya ada topik yang dianggap menarik.

Suka untuk saya beritahu, saya ditawar untuk membukukan 2 novel tulisan saya,  oleh sebuah syarikat penerbitan yang ada nama juga. Novel berkenaan mempunyai peminat dan pembaca setia di blog saya. Jadi, saya dalam peringkat akhir menyiapkan penulisan novel berkenaan. Cuma masa membataskan saya untuk menyiapkan dan memperkemaskan penulisan berkenaan. Insyaallah, kita tunggulah kemunculannya nanti. Cuma, tajuknya mungkin akan berbeza dan gaya penulisannya juga akan turut berbeza mengikut kesesuaian penerbit.

Apa Angka Selepas 999,999 ?

Jumlah blog saya dibaca sudah hampir 1,000,000 (sejuta). Tapi saya ada sedikit keliru, apakah angka yang akan keluar selepas 999,999 ini ? Mungkinkah 000,000 atau 1,000,000 ?

2 ulasan:

  1. Tukar le blog hits widget yang ada 7 angka. Dulu masa ustaz mulakan blog ini mesti ustaz tak jangka hits boleh sampai sejuta kan :)

    BalasPadam
  2. Peluang tu. Mana tau kut2 cerita ustaz di buat pilem mcm ombak rindu. Meletop you.

    Ha ha tapi, jgn lupa your day job. Bagi sy dah ramai yg jadi novelist. Tapi tak ramai yg buleh jadi ahli rujukan ugama.

    mz3

    tetapi saya masih kata 2 cerita tu, masih pasal cintan cintun. dah berlambak. sama je dr plot ke plot.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.