Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 Disember 2011

Cerita Kat Sebuah Kedai Mamak

Tadi saya berdua makan kat kedai mamak, jangan tanya dengan sapa, hehe. Kira makan kat kedai, teh tarik dua, mee goreng mamak dua. Lepas makan tu, sebelum mamak tu kira, saya tengok harga kat dinding mee goreng RM 3.50 dan teh tarik RM 1.20. Saya kira, kalau semua sekali RM 9.40.

Tapi masa bayar tu, mamak tu congak saja dan kata semua sekali RM 10.00. Aikkkk.... terkejut saya dan tanya dia teh tarik dan mee goreng berapa harga. Dia jawab, teh tarik 1.20 dan mee goreng 3.80. Saya tanya dia semula, kenapa kat dinding tu tulis RM 3.50 bukan 3.80 ?

Dia kata itu harga lama...... Ermmm, saya kira sabar saja dengan kerenah mamak tu. Lagi pun, ini kali pertama makan kat kedai tu. Kalau dah biasa kat kedai tu, mesti saya betah lama sikit, nak gertak untuk buat laporan pun boleh, bukan betul-betul, nak ajar sikit. Tapi saya senyum saja dan bayar saja RM 10.00. Nanti kalau bising-bising, buat malu orang saja.

Kenali Restoran Mamak

Ini satu cerita kat kedai mamak. Tengoklah, walaupun banyak isu orang hentam kedai mamak ni, kedai dia tetap penuh juga, termasuk saya yang pergi.Tahukah anda yang teh tarik hanya ada di Malaysia dan bukan mamak yang memperkenalkan. Tapi teh tarik paling popular di kedai mamak.  'Mee goreng mamak' pula, sebenarnya tidak ada di India atau Pakistan, cuma ada di Malaysia saja.

6 ulasan:

  1. Qoute..
    "nak gertak untuk buat laporan.."

    kenapa tidak ustaz buat sungguh...
    call 911...
    mintak antar 1 kereta peronda..
    lapor kat anggota tu..
    pastu.. katakan..
    sy akan ke balai utk buat laporan..
    kalu/apabila masuk paper... berita tv..
    gerenti pelan2....
    selesai masalah "itu harga lama.."
    kalu xdiajar mcm tu..
    sampai bila2 kita 'kena main' dgn mamak...
    atau mungkin kita rasa segan... malu..
    sebab 10-20sen punya hal..??
    atau takut disantau dek mamak tu kemudian hari nnt..?

    BalasPadam
  2. perkara nie dh lama berlaku ustaz...rasa nyer dulu pernah berlaku dimana...tukang kira mengambil sedikit komisen dri pelanggan yg dikira....sbb tue mamak selalu klu disuruh kira balik akn berbeza2 jumlah dia....tpi bila dh buat camtue...ditegur pun muka diorg ttp selamba mcm xbersalah

    BalasPadam
  3. Tak buat laporan, bukan sebab takut kena santau ke, takut ker. Lagipun, ini bukan berlaku di negeri Johor dan orang kat situ tak kenal saya. Jadi tak timbullah masalah saya nak jaga status pekerjaan saya.

    Okey, kalau kita dalam situasi macam ni, kekadang kita juga terfikir. Pada sapa nak report ? Kalau report, adakah aduan kita dilayan ? Nanti nak minta tunjuk bil, manalah ada bil atau resit..

    Lagi satu, tak mahulah pelanggan lain tengok saya macam tak ada duit sangat, tapi nak makan kat kedai, jadi bayar sajalah. Tapi dalam hati tetap rasa tak puashati. Ni tulis kat blog ni pun, mintak orang lain fikirkan juga.

    Lagi satu, apa kata kalau masa tengah bertengkar dengan mamak tu, tiba-tiba ada seorang tolong bayarkan 60 sen tu pada mamak tu, kan saya termalu pulak.

    BalasPadam
  4. bila nak sambung kisah mat burger? tak sabor nih

    BalasPadam
  5. Saya pernah lapur pasai harga mahal di kedai mamak ni. masa tu minyak naik sampai 2.70/ltr . Sekeping Roti canai kedai mamak harga 1.10.
    Saya sms pada paper. Next weeknya saya tengok harga dah turun 1.00. Budak jaga kedai prepaid kata. ada penguatkuasa dtg dan cek harga.

    mz3

    BalasPadam
  6. Moralnya kalau kita nampak. Kita kena buat. Sbb tu sll kena tipu memanjang. Bukan sbb 20 sen atau hatta 5 sen sekali pun. Yg betul tetap betul yg salah tetap salah. Cuba kalau bayar tol kurang 5 sen, dia nak angkat tak palang tu bagi kita lalu.
    Takkan tak buleh kut lima sen sahaja. or kurang 1 sen. cuba la. kalau berani. make sure buat masa waktu puncak highway kat senai tu. Test la ustaz.
    Moralnya kalau kita tak report, kita bernarkan penipuan berlaku. tu kira sedekah jugak ke? Kira halal kata kita. Esok org lain pulak kena. dia pun sedekah, esok 3-4 org pulak kena. Dia dok tipu, kita kata sedekah? emm konfius den.


    mz3

    BalasPadam

Dipersilakan komen.