Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

29 Disember 2011

Mak Ayah Tak Mahu Tunjuk Surat Nikah Pada Anak


Ibu dan bapa 50-an mempunyai anak 20-an yang akan bernikah tak berapa lama lagi. Masalahnya, sebenarnya, anak perempuan sulungnya itu adalah anak luar nikah. Ibu dan bapa seboleh-boleh merahsiakan yang itu anak luar nikahnya.

Kalau anaknya nanti tengok surat nikah, mesti anak tahu yang mak ayah dia bernikah 2 bulan saja, anaknya itu lahir. Bagaimana hendak merahsiakan hal ini sedangkan anaknya mesti pergi ke mahkamah untuk mohon  wali hakim sekiranya bapa dia tidak boleh jadi wali. Bukan boleh orang lain pergi ke mahkamah kerana pengantin itu mesti pergi sendiri ke mahkamah, tak boleh wakil. Kalau hendak rahsiakan pada orang lain, itu boleh dirundinglah juga. Dan sepatutnya kita rahsiakan dari pengetahuan orang lain.

2 ulasan:

  1. betul ustaz, kesian pengantin perempuan tu.. biarlah rahsia 4 mata dr org lain tahu...

    BalasPadam
  2. dosa silam ni ibarat ular berbisa. tunggu masa nak patuk je. bagi mak dan ayah dalam kisah di atas ni, masa ular nak mematuk dah hampir tiba.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.