Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 Disember 2011

Macam Mana Nak Beritahu Isteri, Saya Nak Nikah Lagi ?

Benda lain mudah lagi, tapi bab ni memang payah, payah, payah, payah. Okey, saya ada banyak terima email. Tapi email yang satu ni cukup menarik dan saya tak mampu menjawab soalan ini iaitu :

"Ustaz... Saya berumur 40-an kerja eksekutif dan mempunyai 3 orang anak. Hidup kami suami isteri bahagia. Dalam setahun ini, saya berkenalan dengan seorang perempuan janda 20-an, anak seorang. Kami merancang nak nikah tapi bimbang isteri tak izin. Dan isteri saya pernah cakap, kalau saya nak kawin lagi, dia minta cerai."...

Saya taknak jawab soalan ini, tapi minta pembaca yang menjawabnya untuk membantu sedara kita yang berhajat nak buka cawangan ni. Dipersilakan beri komen atau nasihat....

21 ulasan:

  1. mmm..
    pandangan cetek sy...

    1...
    ibarat kata org..
    buang yg keruh (isteri lama)...
    ambik yg jernih (isteri baru)..

    2...
    ibarat kita ni ala2.. kambing gitu..
    dah ada padang ragut yg menghijau...
    masih nak pancang/cari padang lain..?

    3...
    usah jadikan hidup kita ni..
    bagai mengendung biawak hidup..
    xde penyakit cari penyakit..
    xde masalah cari masalah...

    justeru itu, kpd sahabat
    yg berumur 40-an yg bekerja eksekutif dan mempunyai 3 orang anak itu. Hidup kalian suami isteri kan udah bahagia... apa lagi nak dicari..
    itu la pun matlamat kehidupan... "mencari kebahagian hidup"...

    jika diikutkan nafsu shawat...
    punyai 100 isteri skali pun.. xkan puas nyer !!!

    BalasPadam
  2. Pendapat saya... kalau lelaki 40-an ni nak kawin juga, teruskanlah cita-citanya itu. Saya tahu, kalau dah macam ni, bukan boleh tahan-tahan lagi. Walaupun padang ragut dah ada, tapi padang ragut yg lagi satu ni sedang ranum dan subur. Nak ditolak rugi nanti, bukan senang nakdapat janda bergetah 20-an, mesti cun, kan ustaz.

    Saya cadangkan lelaki 40-an ni nikah senyap-senyap jer. Nanti kalau isteri pertama tahun, lambat laun dia terima juga walaupun mulanya, gelora besar.
    ...Fendy.

    BalasPadam
  3. Menarik topik ni Tuan Kadi....
    Dan cerita ni lebih kurang macam saya lalui. Cuma saya umur 30-an, anak 4 dan berkenalan dengan anak dara 20-an dalam Facebook.

    Kami dah rancang nak nikah senyap-senyap sebab tak yakin dapat keizinan isteri. Memang tak berani punya nak tanya isteri pertama.

    BalasPadam
  4. sedih pula bila saya baca post ni..sy ni baru berkahwin..belum ada cahayamata lagi..kalau jadi kepada sy pun..sy akan minta berpisah..inikan pula kalau dah lama berkahwin..tak dapat nak bayangkan macam mana perasaan wife yg dimadukan..kene banyak2 bersabar dan waras ketika hendak membuat keputusan..maklumlah..lelaki jarang berlaku adil bila dah sayang seseorang..

    BalasPadam
  5. Orgg prp ni sikit minta cerai sikit minta cerai. Tak tahu ke hukum minta cerai tu apa. Kan bedosa.

    BalasPadam
  6. mmglah berdosa jika minta cerai..tetapi kalau suami tak boleh berlaku adil berdosa juga..kahwin tanpa kebenaran isteri pun berdosa juga kerana mengugat keharmonian keluarga..cuba bygkan isteri yang menduakan suami..apa perasaan suami pula..

    BalasPadam
  7. klu dah sang suami tu setaraf suami Syella Kamaruddin... apa tunggu lagi.. usahkan 2.. 3...4 skaligus pun xde halnya... "masing2 tak minta hantaran mahal-mahal tetapi suami yang mahu bagi..." xgitu..?

    BalasPadam
  8. 1.. adakah dia mampu..
    atau cuma bernafsu pd yg baru, x salah kalu nk kwin baru, adakah slama ini ksih syg dberi pd is teri melimpah ruah atau skadar suam2 kuku..ank2 beliau adkah sudah dibentuk menjadi umat islam yg sejati.. adakah beliau merancang untuk menjadikan anaknya pejuang2 islam,, kalu ad teruskanlah..

    BalasPadam
  9. AS SALAM TUAN,

    Hang pun penakut macam kami juga. Elok jaga yang dok ada, tak payah cari pasai yang baru. Nanti anak orang yang hang pi jaga, anak sendiri terabai. Bini sendiri hang tak jaga bekas bini orang pula hang nak jaga. Elok didik anak yang ada atau boleh tambah lagi dua atau tiga orang anak. Zaman makin mencabar, masa banyak sangat diperlukan untuk mendidik anak anak. Jangan anak anak terabai. Tambahan dalam hal agama. (Nasihat ini untuk saya sendiri juga)

    BalasPadam
  10. klo berani nak kawen kena la berani ckp dgn isteri...klo takut xyah la kawen lain...

    BalasPadam
  11. Nasihat saya pada lelaki ini, nikah saja, xpayah tanya isteri dia. Lepas nikah nanti, isteri pertama bising ssebulan dua saja, lepas tu baik semula. Lelaki kena main politik. Pandangan orang prempuan dalam blog ni kebanyakannya emosi.

    BalasPadam
  12. kena lapangkan dada dan fikiran. terima hakikat bahawa setelah sekian lama hidup bersama, isteri kita telah tahu dan faham banyak perkara tentang diri kita luar dalam.

    dia tahu kesihatan fizikal dan mental suaminya.

    dia tahu kesihatan poket dan ekonomi suaminya.

    dia tahu kemampuan zahir dan batin suaminya.

    dia tahu dan sedar takat kemampuan suaminya.

    oleh itu kepada para suami, marilah berlapang dada... kalu isteri tak izinkan tuan berkahwin lain, bukan sebab dia tak mahu payung emas dan redha ALLAH... tapi dia tahu apa tahap prestasi dan KPI suaminya. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Tunaikan amanah yang telah sedia terbentang, insyaALLAH bahagia dunia akhirat. :)

    BalasPadam
  13. kahwin lagi satu tak salah, janji tak terabai anak-isteri yang dah sedia ada. apa salah, cerita elok2 dengan isteri yang sedia ada. banyak kes suami yang kahwin baru tapi sembunyikan dari pengetahuan isteri pertama. last2 pecah tembelang juga akhirnya. esok-lusa, kalau suami mati, isteri pertama menuntut jenazah, isteri kedua pun menuntut jenazah. pasti kecoh. kemudian, kecoh lagi sebab berebut harta pusaka. inilah akibatnya kalau perkahwinan tidak dihebah/diistiharkan. minggu lepas, berlaku satu kes di kejiranan saya. isteri sedia ada (seorang guru) tidak mengetahui suaminya (BOMBA) berkahwin lagi. bila rahsia suaminya terbongkar, suaminya suruh isteri sedia ada & anak kecil keluar rumah - duduk rumah sewa, sebab suami tu dah tak sabar nak bawa masuk isteri kedua (seorang jururawat janda anak satu) ke dalam rumahnya. masalah sosial pasti akan timbul bila anak2 dara si suami (anak2 dengan isteri pertama yang telah meninggal dunia) & anak bujang janda tadi hidup serumah.

    BalasPadam
  14. Salam semua.

    Sekadar berkongsi pengalaman,...
    Memang susah dan payah nk bagi tahu isteri utk menambah isteri.

    Langkah pertama, suami terus sahaja mohon poligami di makamah syariah. Tulis & senaraikan sebab apa si suami nak berpologami, kemudian senaraikan pendapatan & aset suami. Kemudian senarai kan mana hak isteri pertama dan mana hak isteri kedua.

    Submit ke mahkamah, pihak mahkamah juga akan menyiasat si suami layak atau tidak.

    Bila dah layak, bawa terus isteri & bakal isteri+wali ke mahkamah. (jgn dipertemukan dulu, dalam makamah baru pertemukan)

    Bila dah ada semua, dengar keputusan hakim. Hakim akan tanya isteri pertama & bakal isteri, setuju atau tak. (sebab hormatkan hakim, takkan nk berperang dalam makamah tu) of course setuju je la..

    Kalau setuju teruskan perkahwinan. Kalau tak setuju, anggap tiada jodoh dgn isteri baru... Berdoa.InsyaAllah, Allah akan terus permudahkan jalan kehidupan anda.

    BalasPadam
  15. saya nak nikah. tapi isteri tak bagi.

    BalasPadam
  16. 1. hakikat ~kebanyakan ppuan mmg tak sanggup bermadu, hatta suaminya kaya mcm jutawan suami syella kamaruddin pun
    2. hakikat~ walaupun suami tak kaya, ppuan sanggup dipukul suami pembengis & tak bertanggungjwb, sanggup mempunyai suami penzina & kaki pppuan asalkan dia tak dimadukan
    3. hakikat ~ walau suami baik & btanggungjwb pun, ppuan tetap tamak kasih syg, tak sanggup bermadu, ego, berlagak, tapi waktu suami nak kahwin lagi, masa tu baru soal hak adil lah, ttgjwb lah, nafkah lah, & segalanya... kalu tak, dia pun tak layan suami dia first class atau tak kisah pun jika sanggup bsusah dgn suami dia yang seadanya...
    4. hakikat~ lelaki kalu nak kawin lagi memang tak boleh dihalang.
    5. hakikat~ kalau mohon poligami memang pj prosedur menyusahkan & isteri ptama akan dipanggil, beritahu wpun keputusan meluluskan tidak bergantung kpd persetujuan isteri sedia ada, maka eloklah kawin di siam dulu senyap2 & dptkan sijil nikah, balik Msia, daftar & bayar denda ke, dptkan sijil di msia pulak
    6. hakikat ~ bersabar sebab bila isteri ptama dpt tahu memang kiamat dunia tapi kejap jer, pandai2lah urus 2 isteri tu....
    7. hakikat ~ ppuan kalau tak bersyukur suami baik pun tetap salah.
    8.hakikat~ tiada istilah payung emas dlm islam, tak perlu dpt izin isteri, tiada istilah curang bg lelaki sebab lelaki dibharuskan menikah lebih dari seorang, isteri curang hukumnya berdosa
    9.hakikat~ saya seorang ppuan bukan lelaki. symenyokong poligami yg dihalalkan oleh Allah.

    BalasPadam
  17. bagusnya komen Tanpa Nama di atas.

    Kalau sedari belum kawin, kawinla dengan saya. :)

    Saya dah kawin 3 tahun tp masih masih teruna.
    Dah minta persetujuan oleh isteri tapi tak diberi. Cerai pula diminta.
    Dah ada plan nikah di Siam, tapi terkantoi ditengah jalan dan terus dilabelkan sebagai curang dan melabelkan perempuan tu(3rd party) pelacur jijik.
    Curangkah saya, jika saya menyukai perempuan(anak dara) dan berhasrat kawin dengannya?
    saya berani bertanya pada isteri, bukan senyap2. tp dibantah sekeras2nya dan terus kata saya macam2.
    Salahkah saya?
    Salah kah?

    BalasPadam
  18. saya ingin minta pendapat mereka yang arif. Saya sudah berpologami dan bernikah di selatan Thai dengan segala dokumen yang mencukupi. Soalan saya, apabila mendaftar nikah di Malaysia nanti atau apabila sessi perbicaraan di mahkamah, adakah isteri pertama akan dipanggil memberi apa-apa keterangan? Buat pengetahuan, isteri pertama sudah mengetahui mengenai hal ini.

    BalasPadam
  19. Saya adalah anak kepada isteri kedua.... Terang-terang saya nyatakan disini, yang bahagia dalam kes ni hanyalah ayah saya sahaja... ibu tiri saya (isteri pertama) & ibu saya (Isteri ke-2) masing-masing menderita kerana berebut kasih sayang... kami adik-beradik tidak pernah bergaduh, tapi kami tidak selesa dengan kehadiran ayah kami di rumah kerana kami tidak biasa dengan kehadiran ayah di rumah...
    Sebagai kesimpulannya, jika anda ingin meneruskan hasrat anda untuk berpoligami, INGATLAH... hanya anda sahaja yang akan bahagia.... TOO SELFISH isn't it?

    BalasPadam
  20. Selepas ke Siam atau kemana saja, just need to register dan bayar denda. Itu sahaja. U need the cert so that kalau ada anak nanti, senang nak daftar sekolah etc. Kalau xnak anak i.e. just legal companionship, takyah register pun xpe.
    Depending on state mana u register, kadang2 interview sahaja. Sebab diorang pun faham dan maklum.

    Tentang wanita in general, Tanpa nama yang bercakap tentang "Hakikat.." diatas memang spot on. Men is from mars, so memang takde penyelesaian. Sebab itu hak ini hanya diberi sepenuhnya kepada orang lelaki itu, dan orang lelaki itulah yang akan analisa diri sendiri dan jawab soalan-soalan yang berpatutan. Even mahkamah tidak akan sanggup menolak hak seorang lelaki sebab takkan diorang nak tanggung dosa kalau anything illegal happen nanti kan?

    Untuk lelaki, tepuk dada tanya selera dan tahap keupayaan anda.
    Untuk pompuan, well, you are still his wife dan tanggungjawab u sebagai isteri tidak kurang sedikit pun.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.