Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 Disember 2011

Mengadu Kedai Orang Tak Datang, Salah Siapa ?

Tauke kedai ini mengadu pada kawan saya, dia kata tak ramai orang datang kedai makan dia. Apa sebabnya ?

Saya dah lama sangat tak pergi ke kedai ini walaupun dekat. Sebab dulu pernah sekali pergi ke kedai ini sarapan pagi masa mula kedai ni buka, tapi rasanya tak okey. Masa tu fikir juga,  mungkin kedai baru dan belum dapat bersiap sepenuhnya. Jadi, beberapa hari lepas, saya ke kedai ini. Saya minta teh tarik dan nasi lemak.

Teh Tarik

Bila sampai saja teh tarik di meja saya, dalam hati saya banyak benda nak komen. Cuma tak terkeluar saja perkataan dari mulut saya. Gelas dia ada pemegang, itu kira lulus. Belum minum lagi saya dah kata teh tarik dia salah. Teh dia tak pekat dan nampak sangat cairnya, saya fikir mesti tak sedap. Dia pakai susu jenama sebuah pasaraya, mungkin harga paling murah di pasaran. Bila minum, memang tak sedap. Jadi kepada tauke kedai ini, belajarlah cara buat teh tarik yang betul.

Bukan saya nak mengata dan nak mengumat kat sini. Cuma macam tak puashati kalau tauke ni kata orang tak datang kedai dia sedangkan tempat dia cukup baik. Jadi kalau nak belajar dengan saya cara buat tek tarik, boleh klik sini . Mudah-mudahan dapat membantu menambah ilmu. Perlu diingat, berniaga ini kena ada ilmu, jangan sebarang saja. Maka peminat teh macam saya, tak akan pergi kedai macam tu. Jangan pandang mudah bab teh ni, kerana disebabkan satu perkara kecil, kedal boleh lengang.

Nasi Lemak

Bila nasi lemak sampai saja ke meja saya, hati saya terus mengeluh. Bukan apa, terfikir betapa siksanya saya nak menghabiskan nasi lemak tu. Nasi dia berketul dan bila saya rasa dengan sudu, melekat-lekat. Ingat...... nasi lemak kenalah jangan lembik atau melekat. Nasi dalam periuk tu kena tunggu sampai kering. Kalau nak lagi baik, kena kukus. Macammana nak kukus ? Susah sangat, masa nasi tu dah masak, alihkan ke kukus di dapur sebelah. Kukus dalam 10 minit saja.

Bila tengok sambal dia, tak lulus lansung. Entah lada apa yang dia giling, rasa masam semacam jer. Nak tahu cara buat sambal yang betul, bacalah kat blog saya tajuk nasi lemak nanti. Lepas tu ada kacang tapi goreng tak habis, maka rasa lemau saja. Telur pulak saya taknak komen lebih sebab telur goreng bukan faktor utama sedap atau tidak sesuatu nasi lemak tu. (nasi dan sambal paling penting). Yang lebih baik, biarlah telur tu lembik sikit, jangan liat melantun macam span basuh kereta.

Okeylah, nak belajar buat nasi lemak dan sambal,klik sini. Selamat belajar dan terus belajar. Pertingkatkanlah kualiti makanan, barulah orang datang semula.

3 ulasan:

Dipersilakan komen.