Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

20 Januari 2012

Masalah Suami Isteri dan Selesai, Ipar Pula Yang Lebih-lebih


Dulu suami isteri ini 40-an, kerja kerajaan, ada masalah keluarga selepas hampir 10 tahun berumahtangga dan mempunyai anak. Maka si isteri ini mengadu kepada adiknya berkenaan suaminya. Biasalah kalau orang perempuan ini mengadu, cerita macam-macam keluar. Malah cerita kecil pun diperbesarkan. Antaranya dia kata suami dia ini tak beri wang belanja yang cukup di rumah.

 Isteri kemudiannya minta diceraikan di samping mangadu dengan adik lelakinya. Si adik lelaki perempuan ini pula bertindak agresif dan ugut mengugut abang iparnya kerana menyebelahi kakaknya. Bagaimanapun, kes ini diselesaikan begitu saja apabila suami isteri ini berdamai. Suami menafikan dia tak beri belanja kat rumah, malah semua perbelanjaan di rumah ditanggungnya. Cuma katanya, duit untuk isteri dia shoping saja dikurangkan supaya isteri dia tidak membazir.

Kiranya, masalah mereka ini selesai sendiri-sendiri dan suami banyak mainkan peranan menyelesaikan masalah ini. Tetapi, adik iparnya iaitu adik lelaki kepada isteri dia yang belum boleh terima. Malah menyalahkan kakak dia kerana menerima kembali suaminya itu. Adik iparnya masih ingat kata-kata kakaknya

"kakak tidak pernah hidup bahagia sepanjang 10 tahun berumahtangga". Kata kakaknya dulu.

Tapi itu dulu, sekarang kakaknya dan suami sudah tidak ada pergeseran lagi. Satu hari adiknya itu jumpa abang ipar di bandar dan jadi pergaduhan dan berjaya dileraikan oleh orang ramai. Maka kecoh jugalah dan jadi buah mulut masyarakat di situ. Maka isteri itu jadi serba salah dan mempertahankan suaminya dan menasihati adiknya supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut.

"Kakak ni bodoh, kenapa terima lelaki ini, dia dah banyak menyusahkan keluarga kita !" Kata adik lelakinya.

Ini membuatkan si isteri dalam keadaan serba salah kerana dendam adiknya kepada suaminya masih membara. Dia menyesal kerana sebelum ini memburukkan suaminya kepada orang lain termasuk kaum keluarganya. Bukan itu saja, sampai sekarang adik beradik dan mak ayahnya juga tidak suka kepada suaminya. Sampai sekarang si isteri menyesal dan bimbangkan keselamatan suaminya.

2 ulasan:

  1. timbul persoalan...
    kenapa sifat/sikap kita ni..
    sbagai anak2 bangsa melayu..
    (bangsa lain xtau la.. mungkin ada jugak la kut..)
    cukup suka.. dan amat suka bercerita/mendengar kisah2 buruk sesorang dan org lain..?
    nak sedap lagi...
    ditambah pulak dgn rencah hasad dengki...
    ditokok tambah pulak dgn fitnah...
    fuhhh.. cukup syiokk ooo.
    ibarat kata...
    mak mentua lalu blakang pun xnampak..
    hehehe !!!


    kisah buruk sendiri..
    mampuss.. xmau cerita kat org lain yea..?

    BalasPadam
  2. kehidupan berumah tangga bersuami isteri adalah satu kehidupan yg sangat menarik. hanya suami isteri saja yg memahami permasalahan masing-masing. seboleh2nya tahan2 lah diri sendiri untuk menceritakan hal rumahtangga kepada orang lain. bawa2 lah berbincang sesama sendiri. sama-samalah memelihara rahsia dan maruah diri.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.