Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

11 Januari 2012

Tanah Dan Batu Yang Digali Sebenarnya Memang 'Emas'

Heboh sehari dua ini di Kampung Melayu, Johor Bahru pasal batu jalan dikatakan sebenarnya adalah emas. Batu jalan tu dihantar oleh kontraktor yang dilantik untuk menurap jalan di situ. Penemuan emas itu amat mengejutkan sehingga orang di situ tak lepaskan peluang mencari emas.

Maka rosaklah jalanraya yang sudah pasti ditar dan digiling oleh jentera. Pastilah jalanraya itu untuk kemudahan orang ramai dan kalau digali, tentulah merosakkan. Tapi apa ada kisah, emas punya pasal, lupakan itu semua. Lepas tu, akhbar hari ini kata, kenyataan pihak berkuasa kata itu bukan emas tapi ada jenis-jenis batunya. Tapi orang tetap tak kisah, kata itu emas ker, bukan emas ker, kerja menggali dan mencari tetap diteruskan.

Mungkin pada dia orang, yang dikaji itu batu lain dan yang dicarinya batu lain yang memang emas. Kelakar juga cerita ini, tapi nak buat macam mana, inilah sikap orang kita. Lagi pun kalau duduk di rumah, baring depan tv saja, jadi apa salahnya pergi buat kerja sikit, cari emas. Pada fikiran dia orang, kalau bukan emas pun bukanlah rugi. Lagipun, bukan keluar modal.

Kisah Saham Haji Jasman

Kisah Haji Jasman ini cukup popular sekarang sampai blog saya ramai pelawat nak ikuti perkembangan saham mengarut ini. Tergelak juga saya bila dalam komen yang diberikan macam dia orang tak kisah sama ada duit tu dapat atau tak dapat. Ramai yang kata, kalau dapat tu rezeki dan kalau tak dapat tu tak ada rezeki.

Itu sajalah yang dia rasa dan tak ada rasa bersalah atau nak marah pun yang dia orang kena tipu. Maka kerana sikap oang kita yang beginilah, tumbuh pelbagai jenis pelaburan yang menipu macam  ni.

Gali Cari Emas

Teringat saya masa sekolah dulu, ada cikgu saya cerita. Ceritanya, dulu ada beberapa lelaki satu keluarga malas bekerja sedangkan bapa mereka tinggalkan kebun yang luas. Maka kebun dia jadi semak samun.

Satu hari tu, dapat cerita yang di kebun mereka tu ada emas harta karun harga jutaan ringgit. Maka barulah lelaki-lelaki tu ambil cangkul dan gali keseluruhan kebun nak cari emas. Beberapa hari saja kebun mereka jadi terang tapi tak jumpa pun harta karun yang dikatakan.

Lepas tu datang seorang lelaki kata, sebenarnya dia saja buat cerita. Tujuannya supaya lelaki tu rajin bekerja. Kemudian kebun yang dah bersih dan dibajak itu ditanam dengan tanaman dan mengeluarkan hasil yang banyak.

Kemudian jadi kaya dengan hasil jualan tanaman itu. Sebenarnya, itulah emas yang dikatakan emas itu.

5 ulasan:

  1. Bangsa melayu lain perangai, bangsa cina lain, bangsa Arab, Mat saleh, Iran, Rusia, Eskimo dllllll berbeza2 perangai. Allah suruh berkenal2, & amik mana yang baik selagi tak langgar perintahNya. Kan gitu ustaz? (betulkan kalau salah).

    she

    BalasPadam
  2. menarik ulasan hari ni. berebut mencari 'emas' sampai rosak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. takde ke mana2 kedai emas yang boleh bagi ulasan sikit pasal kes ini?

    BalasPadam
  3. cari emas tak salah, yg salahnya kenapa cari ditempat yg sudah jelas bukan milik kita... jalan kampung, seperti juga jalan2 raya yg lain, dibina untuk kemudahan awam.

    sama juga macam nak makan rambutan, kalu pokok rambutan tu bukan pokok kita, jangan ngada2 nak petik walaupun buahnya masak ranum lagi manis isinya.

    patutlah budak2 melayu sekarang ramai yg rosak akhlaknya... tengok je la sape yg buat keje korek emas kat jalan tu mak dan bapak budak belaka... malu siut :)

    BalasPadam
  4. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri - so mana ada emas...batu daaa

    BalasPadam
  5. penjejeak bintang19 Januari 2012 8:43 PG

    w'pun citer nie dh lama tp saya bminat nk komen.....
    zaman skrang org dh x kisah soal halal haram janji puas. yg pntg dapat duit......org sangup wat ape je janji masyuk$$$$

    BalasPadam

Dipersilakan komen.