Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

03 April 2010

Sekolah Lama Saya Terbakar Perbuatan Khianat ?

Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh, Pahang sekolah saya masa tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas tahun 1990-1991, terbakar semalam disyaki perbuatan khianat. Polis pada hari Sabtu menahan seorang pengawal keselamatan sekolah yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kebakaran sebuah bangunan Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah di sini yang menempatkan dewan dan bilik darjah, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood berkata ada saksi yang ternampak suspek melarikan diri ke arah pintu masuk di hadapan pondok pengawal keselamatan ketika kejadian.

"Kami sudah ambil keterangan daripada pengawal keselamatan itu," katanya dan menambah pengawal itu kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.

Sementara itu Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh Syed Jamaludin Syed Abdul Rahman ketika dihubungi berkata kebakaran pada kira-kira pukul 4.30 petang semalam itu dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat.

"Ketika pihak kami sampai selepas menerima laporan pada pukul 4.34 petang, dewan itu hampir separuh terbakar kerana bahagian dalamnya dipenuhi dengan kerusi bankuet dan pentas yang dibuat daripada kayu yang mudah terbakar," katanya. Katanya punca kebakaran masih dalam siasatan dan kerugian dianggarkan RM300,000.

4 ulasan:

  1. baru tahu kat sini sekolah alkhairiah terbakar.terima kasih ustaz sebab post pasal ni kat blog.sekolah saya juga tu.
    siapa la yang berniat jahat tu..

    BalasPadam
  2. Agok2 la sampei bakor sekoloh agame.Tak ingat dose ke gamoknye ter.

    BalasPadam
  3. Sekolah al khairiah terbakar.... tu sekolah lama saya. Sesekali balik kg pandang2 gak bangunan tu dari jauh. Tq post untuk pengetahuan semua

    BalasPadam
  4. assalamualaikum...sahabat....lama tak dengar cerita....baru jumpa blog sedara....pasal sekolah tu koi baru tahu petang semalam....hai sapalah yang khianat tu...anak koi pun tengoh sekkolah kat situ dalam tingkatan 1...boleh mintak no hp awok....no koi 0134096879

    BalasPadam

Dipersilakan komen.