Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

07 April 2010

Hantaran 10,000: Kahwin Pondok-Pondok (Episod 13)

Keluar dari pejabat Agama, Zaid ajak ke kedai Mamak Yasin, tak jauh dari situ. Zaid dan kawannya naik kereta BMW baru, manakala Harun dan Zihan naik moto Honda EX5 saja.

"Aku dah biasa ke penguatkuasa Jabatan Agama, dah ramai pekerja kilang termasuk warga asing ditangkap. Bos minta aku uruskan. Jadi aku pun nak tolong kau". Kata Zaid.

"Memang betul, engkau banyak tolong aku dari dulu lagi. Kalau engkau tak ada, tak tahulah aku nak mintak tolong siapa kat JB ni. Mak ayah aku kat kampung pun tak tahu, aku taknak susahkan mereka. Abang aku yang askar tu ada kat kem JB ni tapi aku taknak libatkan dia. Dia tu panas baran sikit, nanti lain pula jadinya.". Kata Harun.

Kemudian Zaid perkenalkan kawan dia yang seorang lagi tu sebagai Mansor, seorang peguam di JB.

"Ini kawan aku peguam, tapi bukan peguam Syarie. Dia salah seorang peguam panel kilang kita, serba sikit boleh bantu kau dapatkan nasihat undang-undang". Kata Zaid.

Harun terkejut dan tidak menyangka pula bertemu peguam. Dari malam tadi dia dah fikir nak lantik peguam tapi bila fikir soal bayaran, hasratnya terhenti. Sekarang peguam itu minum semeja dengannya. Dia menceritakan episod perjalanan hidupnya. Dari bertunang, majlis yang tak jadi dan nikah dengan kawan bapanya sehinggalah dia kerja di JB ni. Sambil bercerita, Zihan kelihatan sedih dengan mengesat air matanya.

Nasihat Peguam

"Okey. Pertama, sila ke pejabat kadi di daerah kamu dan dapatkan surat nikah. Kena tanya dulu, kamu nikah itu ada surat nikah atau tidak..... Saya rasa yang nikahkan itu bukan jurunikah bertauliah dan sebab itulah penguatkuasa kata tiada dalam rekod. Apa-apa hal pergi tanya dulu, mungkin ada mungkin tak". Jelas Peguam Mansor.

"Yer. Zaid, aku nak mintak tolong kau lagi satu, esok aku nak balik kampung sekejap, nak ke pejabat kadi. Kalau boleh esok aku nak kerja shift malam.". Kata Harun.

"Ok. itu tak jadi masalah, pandailah aku uruskan". Kata Zaid.

"Kedua. Kalau tiada surat nikah, maka alasan kes kamu didakwa ke mahkamah cukup kuat. Kalau kamu kata dah nikah, kena kemukakan bukti. Kalau tak ada bukti, itulah yang susah". Kata Peguam Mansor lagi.

"Yer. Itulah yang memeningkan kepala aku. Harap-harap adalah surat nikah esok. Tapi menurut ustaz Razali yang siasat kami tadi, dia kata pernikahan tu tak ada dalam rekod, dia dah semak". Kata Harun.

"Ermmmm......Kalau begitu, kalau nanti kamu kena tuduh di mahkamah, lebih baik mengaku salah saja. Kemudian buat rayuan depan hakim. Ini kesalahan kali pertama, mungkin hukumannya tak berat sangat.".  Kata Peguam Mansor.

Harun terkejut dan seakan tidak dapat menerima yang peguam kata begitu. Pada anggapannya yang tak biasa mengadap kes sebegitu, padanya peguam akan suruh dia lawan habis-habisan, tapi kali ini tidak pulak. Habis dia terdiam dan hilang semangat nak bercerita. Melihat kawannya yang terdiam, Zaid bersuara.

"Haru.....Ingatlah. Ini bukan kali pertama kami mengadap kes sebegini. Kami nak tolong kau, bukan nak lemahkan semangat kau. Kami nak cari jalan penyelesaian mudah. Dari segi hukum pun, kalau pernikahan dah tak sah, takkanlah nak diteruskan juga. Kenalah nikah semula dengan cara yang betul". Kata Zaid.

"Maaf Harun, saya peguam sivil. Betul tu Harun. Ini bukan kes jenayah berat macam kes bunuh atau mengedar dadah yang boleh hukum gantung. Kalau gitu kita lawanlah habis-habisan. Kalau menyerah, awal-awal dah kena hukum gantung. Kes khalwat ini ada hikmahnya kamu kena tangkap. Boleh kita kembali ke jalan yang benar termasuk nikah semula". Kata Peguam Mansor.

Harun mengangguk saja dan suaranya sudah mula berubah, semangatnya sudah mula hilang bila dicadangkan mangaku salah di mahkamah nanti. Dia yang tak berapa tahu pasal undang-undang dan tak pernah mengalami kejadian ini tentu kekok. Bagaimanapun dia berterima kasih kepada Zaid dan peguam Mansor yang banyak beri pandangan berguna. Jam pun dah masuk pukul 3.00 dan nak balik kerana masuk kerja jam 5.00. Cuma yang difikirkan lagi adalah nasihat dari penguatkuasa tadi supaya jangan tidur serumah lagi. Itu pun satu masalah besar juga.

"Zaid. Bagaimana nak buat, penguatkuasa suruh kami tak duduk sama lagi satu rumah. Kalau duduk, boleh kena tangkap lagi.". Kata Harun.

"Ok. Kalau engkau setuju, isteri kau boleh duduk di asrama wanita di belakang kilang tu. Tak  jauh nak pergi kerja, jalan kaki saja. Lagi pun asrama tu dah makin kosong sejak pekerja Indon dah ramai balik ni.". Kata Zaid.

"Yer aku setuju. Jauh atau dekat tak kisah, aku boleh datang ambil dan hantar hari-hari". Kata Harun.

Maka mereka pun balik, Zaid yang belanja makan petang tu.  Pekerja Bangla yang kerja di Restoran Yasin tu dulu kerja hotel sekarang jadi juruwang pula, pakai tali leher, peguam pun tak pakai tali leher. Balik ke rumah, salin baju, terus ke tempat kerja. Esok ada tugas yang lebih penting.

5 ulasan:

  1. Huhu... makin lama, makin mendebarkan cerita ni. Tak sabar nak tunggu episod terakhir.
    ...Mira

    BalasPadam
  2. Tuan, siapalah yg buat repot(aduan) pada pihak berkuasa?

    BalasPadam
  3. Mat.. tunggu episod yang akan datang, mungkin satu atau dua episod lagi nak habis dah ni. Sabar yer...Terima kasih kerana baca blog saya.

    BalasPadam
  4. hehe...bengang punya pasal, pekerja bangla pakai tali leher pun nak marah....

    BalasPadam
  5. awal2 td pun saya dah sangsi dgn kelayakan jurunikah pasangan ni...aduh..ksiannye lah...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.