Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

13 April 2010

Hantaran 10,000 : Antara Korban dan Yang Terkorban (Episod 18)

Ustaz Khalil tak duduk di kerusi yang disediakan, sebaliknya lebih suka bercakap sambil berdiri. Sekali sekala, Ustaz Khalil menyelak lansir untuk memerhati orang lain di luar, kemudian merenung tajam ke arah Harun. Muka Khalil tetap tak senyum, lagaknya seperti seorang pegawai tentera yang sedang memberi arahan kepada anak buahnya.

"Kamu dah sarapan pagi ini" Tanya Ustaz Khalil.

Harun terdiam sambil mengangguk sedikit tanda dah sarapan. Dalam hatinya, kenapalah soalan dah sarapan itu ditanya.

"Bagus kalau kamu dah sarapan. Sesuailah untuk saya beritahu dua perkara penting hari ini. Kalau kamu belum sarapan, tak boleh saya terangkan pada kamu" Kata Ustaz Khalil.

Jantung Harun sekali lagi berdebar, menantikan apakah dua perkara penting itu. Nampak gayanya macam semakin gelap masa hadapannya.

"Ok. Pertama, esok kamu hendaklah kahwin semula di masjid kampung Zihan jam 10.30 pagi. Kamu hadir saja ke situ". Kata Ustaz Khalil.

Terkejut sangat dia mendengar perkataan itu. Kenapa pula jadi begini pula ceritanya.

"Errg... tuan. Esok ker ?.. Errg.. saya tak sedia apa-apa pun.". Kata Harun.

"Tak sedia apa, kamu datang saja ke masjid tu, semua dah sedia." Kata Ustaz Khalil.

Nak kata Ustaz Khalil ni main-main takkan lah dia main-main. Cuma Harun macam tak percaya dan dia tak pernah terfikir begitu. Bagaimana penerimaan keluarga dia nanti ? Kan ibu dan bapa serta adik beradiknya kata dia dah kawin sebelum ini.

"Tapi tuan....Saya, errrrrg. Saya kena fikirkan dulu.". Kata Harun.

"Nak fikir apa ? Kamu ni nak kawin ke taknak ? Kamu sayang ke tak dengan Zihan? Ke dah tak sayang?". Kata Ustaz Khalil sambil tersenyum. Baru kali pertama Ustaz Khalil menampakkan senyumnya. Tapi senyuman itu belum dapat mengembirakan Harun.

"Tak. Bukan begitu tuan, bukan begitu. Tapi... errrrg. Hantarannya pula bagaimana tuan ?" Kata Harun.

"Hantarannya ? Hantarannya kali ini sejuta ringgit.". Kata Ustaz Khalil.

Selepas itu Ustaz Khalil ketawa. Bagaimanapun, ketawa Ustaz Khalil itu menambahkan kekeliruan lagi.

"Hahahaha...... kamu datang saja ke masjid itu esok. Nanti semuanya beres". Kata Ustaz Khalil.

Sejuta ringgit ? Rupanya dia sedar yang Ustaz Khalil main-main kali ini. Harun tunduk dan terdiam seketika, kemudian Ustaz Khali meneruskan kata-katanya. Kali ini tangan Ustaz Khalil ke dua-duanya diletakkan di atas meja berdepan dengannya seperti seorang guru sekolah.

"Ok. Yang kedua, kes kamu saya dah bincang dengan pendakwa Syarie. Dan kes kamu tidak dituduh di mahkamah sebab kes kamu ini lebih kepada masalah keluarga yang perlu diselesaikan. Jadi kes kamu ini dikira selesai apabila kamu kahwin semula esok dan kes akan ditutup." Jelas Ustaz Khalil dengan teliti dan jelas. Kali ini Ustaz Khalil serius semula dan tak senyum lagi.

Mendengar kata Ustaz Khalil itu, Harun pun menutup muka dan menangis tanda kegembiraan. Dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya kerana itulah harapannya selama ini. Dan dengan berita itu, segala yang ditakutinya sudah berakhir. Siang malam dia berdoa semoga Allah, memohon  di selamatkannya dan keluarganya. Hari ini doa itu termakbul dan dia terus menangis. Ustaz Khalil pun kemudian keluar dari bilik meninggalkan Harun dan Ustaz Razali.

Harun kemudian memeluk Ustaz Razali tanda terima kasih yang tidak terhingga dan air matanya jatuh ke bahu Ustaz Razali. Ustaz Razali pun turut sedih dan turut air mata turut berlinangan. Sememangnya hati kecil Ustaz Razali sebelum ini bersimpati kepadanya kerana kes ini lebih kepada perselisihan  keluarga.

"Syukur alhamdulillah. Semuanya dah selamat" KataUstaz Razali.

Harun keluar dari bilik dan melalui bilik penguatkuasa yang terdapat dalam 5-6 orang penguatkuasa sedang duduk. Dia bersalaman dengan ke semua penguatkuasa yang ada tanda kegembiraan. Di antara penguatkuasa berkenaan, adalah yang menangkapnya pada malam kejadian. Selepas bersalaman dengan semua, baru dia teringat yang dia tadi tidak bersalaman dengan Ustaz Khalil sebab masih panik dan terkejut, sehingga dia seakan tidak sedar Ustaz Khalil keluar dari bilik. Dia ada sikit terkilan, nak masuk jumpa Ustaz Khalil, tentu sukar.

Di luar, Ustaz Razali masih mengiringinya. Kemudian Zaid menyambut dengan penuh debaran, terus Harun meluru dan terus memeluk Zaid.

"Aku dah bebas, aku dah bebas..". Kata Zaid sambil menangis teresak-esak. Zaid masih kehairanan dan tertanya-tanya.

Manakala peguam Mansor berbual dengan Ustaz Razali dan Ustaz Razali jelaskan penyelesaian kes itu. Sebagai peguam dia faham dan berterima kasih kepada JAIJ. Mansor tersenyum sambil berpeluk tubuh. Tiba di kereta, Harun nak maklumkan berita gembira ini pada Zihan yang esok mereka akan kahwin semula di masjid. Tapi sebelum telefon, dia teringat sms isterinya semalam. Dan dia baca sms itu semula, tulisannya ialah

"Abang, nanti esok, bawak balik baju Melayu warna merah jambu, kain sampin dan songkok hitam".

Baru dia teringat, itulah baju pengantin waktu dia sepatutnya pakai waktu nikah dulu. Baju itu ada di dalam beg di rumah JB. Tapi kenapa isterinya sms begitu ? Adakah Zihan sudah tahu dari awal yang dia akan kahwin semula esok ? Ya Allah, apakah semua ini ? Kenapa ini teradi ?

 Dan kenapa isterinya tak beritahunya sebelum ini ? Harun terdiam seketika dan berfikir, apa yang berlaku selepas ini ? Persoalan-persoalan begini membuatkan dia tak jadi untuk beritahu Zihan. Dia masih tertanya-tanya dalam kegembiraan....

6 ulasan:

  1. salam...

    ingatkan sudah abess....ada lagi sambungannya..:-)

    harap2 hepi ending....

    BalasPadam
  2. adui aiii...dah macam drama kat tv3...jual jerk la skrip ni kat tv untung2 dapat sedikit habuan...

    BalasPadam
  3. ustaz nie btul2 wat semua org x sabar la.....

    BalasPadam
  4. salam..
    semakin tak sabar nak baca cerita seterusnya...
    susunan cerita sangat menarik..

    BalasPadam
  5. Salam, boleh ganti drama 'Nur Kasih'..

    boleh bygkan Tiz Zaqyah ngan Remy Ishak.. hehhe

    BalasPadam
  6. menitis air mata saya baca episod ni... mengguris hati... sedih sangat2 :'(

    BalasPadam

Dipersilakan komen.