Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 April 2010

Hantaran 10,000 : Salah Anak atau Salah Bapa (Episod 11)

Malam tu tidur mereka seperti tak tidur kerana bercampur dengan perasaan takut. Takut kalau-kalau penguatkuasa datang semula ke rumahnya sedangkan mereka baru kena tangkap, mungkinkah boleh ditangkap sekali lagi ? Tapi mereka beranikan diri, nak ke mana lagi kalau bukan tidur di situ.

Esoknya, jam 6.00 lagi sudah bangun dan bersolat Subuh berjemaah di rumah. Selepas solat, Harun berdoa sambil menangis teresak-esak. Melihat suaminya menangis, isteri pun menangis sama. Sedih dan takut untuk menghadapi hari ini untuk ke Jabatan Agama. Mungkinkah mereka akan didakwa hari ini ? Kemudian Zihan membuat sarapan ala kadar iaitu nasi goreng dan air kopi.

Jam 8.30 mereka sudah sampai ke pejabat penguatkuasa dengan menaiki motosikal. Mereka beri surat jaminan malam tadi dan kad pengenalan masing-masing diserahkan kepada penguatkuasa bernama Tamrin. Tamrin adalah salah seorang penguatkuasa yang membuat serbuan malam tadi. Kemudian Tamrin berbincang dengan penguatkuasa lain mengenai kes itu. Oleh kerana kes itu ada kelainan sedikit, Tamrin mengajukan kes itu kepada Penolong Pengarah Penguatkuasa, Ustaz Khalil.

"Tuan, saya nak rujuk kes malam tadi. Pasangan yang ditangkap khalwat ini kata dah nikah tapi tak ada surat nikah. Tapi ada gambar mereka masa majlis akad nikah". Kata Tamrin.

"Dia kata nikah di mana ?". Khalil ajukan soalan.

"Di daerah berkenaan pada tarikh berkenaan". Kata Tamrin.

"Ok, sila buat semakan terlebih dahulu ke pejabat Kadi berkenaan. Kalau ada rekod, mereka boleh terlepas. Tapi kalau tak ada rekod, kita perlu buat tindakan lain". Khalil.

Tamrin kemudian menghubungi pejabat Kadi daerah berkenaan. Hasil semakan, pada tarikh berkenaan tidak ada rekod perkahwinan pasangan berkenaan didaftarkan. Tamrin sekali lagi masuk ke bilik Ustaz Khalil untuk memberitahu perkembangan kes itu.

"Tuan, tiada rekod di pejabat Kadi berkenaan". Tamrin.

Mengetahui perkara tersebut, seorang lagi penguatkuasa iaitu Razali dipanggil ke bilik penolong pengarahnya. Razali adalah penguatkuasa dan penyiasat  yang berpengalaman lebih 10 tahun, sebab itu dia dipilih.

"Razali, tugas kamu menyiasat kes ini. Beberapa perkara yang perlu kita tekankan dalam siasatan kes ini....... Pertama, siasatan hendaklah menjurus kepada kes khalwat. Sila lengkapkan keterangan saksi-saksi yang menangkap malam tadi dan barang kes  lain sekiranya ada. Soal dia nak mengaku bernikah, itu hal dia. Kalau dia terus dengan pengakuan sebegitu, biar dia buktikan."

"Kedua, cuba siasat kalau-kalau ada kemungkinan dia dah nikah. Mungkin nikah sendikit atau nikah tak minta kebenaran. Kalau boleh, dapatkan keterangan dari orang yang ada dalam gambar ini masa majlis pernikahan termasuk jurunikah, wali dan keluarga terdekat". Khalil.

"Baik tuan, saya cuba selesaikan seberapa segera". Kata Razali.

Kedua-dua pasangan ini dipanggil untuk soal siasat secara berasingan bermula dengan Harun. Dalam jam 11.00 pagi siasatan selesai dan Razali merujuk semula kepada Ustaz Khalil.

"Tuan, keterangan lelaki dan perempuan nampaknya hampir sama. Dari tarikh nikah, jurunikah, wali dan cerita-cerita lain nampaknya sama.". Razali.

"Ok. Saya tak syak mereka menipu atau mereka-reka cerita. Tapi kenapa tiada dalam daftar ?". Khalil.

"Satu lagi tuan, kejadian ini berlaku disebabkan hantaran 10,000 yang diminta bapanya". Razali.

"Hantaran 10,000 ? Apa kaitan dengan hantaran sebanyak itu ?". Khalil.

"Katanya, itu kehendak bapa mertua lelaki, sehingga berlaku krisis di antara mereka". Razali.

"Razali, itu cerita sampingan. Yang penting kepada pegawai penyiasat adalah untuk kaitkan kes khalwat. Kalau siasatan kes khalwat bagaimana ? Sudah lengkap ?". Khalil.

"Kalau khalwat saya rasa lengkap tuan, cuma beberapa saksi yang menangkap malam tadi saya belum sempat ambil kenyataan mereka. Tapi saya rasa semua hampir lengkap berdasarkan keterangan saksi utama". Kata Razali.

"Ok. Lengkapkan segera. Saya nak jumpa Pendakwa Syarie petang ni juga pasal kes ni. Kalau boleh nak  segerakan kes khalwat. Yang siasatan menjurus kepada nikah sendikit tu saya rasa biar dulu. Kalau pendakwa tolak, saya rasa baru kita teruskan". Kata Khalil.

"Razali, kalau kes nikah sendikit berapa ramai saksi yang dah kita kenalpasti ?" .Kata Khalil

"Ramai tuan, ayah perempuan, mak perempuan, jurunikah, ayah lelaki, mak lelaki, abang lelaki". Kata Razali.

"Ok. Jangan terlalu ramai, panggil ayah perempuan dulu, saya nampak dia saksi yang sangat penting". Kata Khalil

"Baik tuan, saya ambil masa 2-3 hari untuk mengesan bapanya kerana perempuan kata dia tak dapat hubungi bapanya sejak pagi tadi". Razali.

"Ok. Cuba jejak bapa dia, kalau tak boleh, pergi ke daerah berkenaan". Khalil

2 ulasan:

  1. suspennya..sabor ajelah :)

    BalasPadam
  2. ustaz, sya blh bayang kan ni cerita drama dah ..kalau david teo baca ni mesti dia minat nak terbitkan drama bersiri..kalah mertua vs menantu..ni kira mertua lelaki vs menantu lelaki ni..hahahaha

    BalasPadam

Dipersilakan komen.