Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

03 April 2010

Harga Minyak Dunia Melonjak Tinggi

Hampir setiap hari dalam seminggu dua ini saya mengikuti perkembangan harga minyak dunia. Hari ini mencapai  $ 85.31 USD setong, harga yang dikira tinggi juga. Keadaan ini pasti mengubah keadaan ekonomi dunia.

Berikutan kenaikan harga minyak ini, Bursa Malaysia pula hari ini cukup baik iaitu Indek Komposit mencapai 1335.94. Kenaikan kali ini bukan tertumpu kepada saham mewah atau berwajaran berat saja tapi juga saham-saham kecil yang menampakkan kekukuhannya. Kepada pelabur runcit di Bursa Malaysia yang sudah lama menyepi, boleh menumpukan perhatian untuk mendapat keuntungan di pasaran saham. Minggu depan dijangka semakin rancak terutama saham berkaitan minyak dan perladangan. Saham minyak seperti RAMUNIA dan SAAG masih murah dan boleh dibeli.
Suatu yang dibimbangi adalah kenaikan harga minyak  kerana kerajaan terpaksa berbelanja lebih untuk menampung subsidi minyak. Juga kenaikan harga eletrik yang menggunakan sumber gas untuk operasi janakuasanya. Oleh kerana kenaikan harga minyak dunia ini, kenaikan harga minyak di negara kita adalah tidak mustahil. Sekiranya harga minyak dan eletrik naik, kesan ketara akan berlaku kepada seluruh penduduk negara kita. Ini pastinya akan meningkatkan harga barangan keperluan.

Apa Langkah Kita ?

Keadaan yang berlaku ini bukan kehendak kita seperti kenaikan harga minyak, eletrik dan harga barang. Tidak ada pihak yang suka. Kerajaan yang memerintah juga tidak suka dan sebolehnya mahu mengelak kenaikan ini. Sekiranya kerajaan sekarang menaikkan harga, sudah tentu rakyat akan merasa kecewa dan kerajaan yang memerintah akan jadi tidak popular. Tapi sedarlah kita bahawa inilah perkitaran ekonomi yang menyeluruh yang seluruh rakyat perlu berkorban.

Di antara perancangan kita untuk menghadapi situasi seperti ini adalah beringat waktu senang. Sekarang harga minyak belum naik, kita beringatlah dari sekarang. Banyakkan menyimpan wang dan jangan lakulan pembaziran. Kekadang kita leka apabila kita berada dalam keadaan selesa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.