Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 April 2010

Sultan Johor Tiba di Kluang

Alhamdulillah Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar selamat tiba ke Kluang pada Jam 3.30 tadi. Ketua-ketua jabatan yang diketuai Pegawai Daerah Kluang menyambut keberangkatan Tuanku di Sri Lalang, sempadan masuk daerah Kluang melalui tol Air Hitam. Saya diamanahkan untuk memimpin bacaan doa waktu ketibaan Tuanku di khemah yang disediakan di tepi jalan tersebut.

Tuanku dijangka berada di daerah Kluang sehingga petang esok. Esok Tuanku akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Yahya Taman Kluang Barat bersama rakyat jelata. Semua rakyat Kluang dijemput bersama ke masjid berkenaan tengahari esok untuk bertemu Tuanku.

1 ulasan:

  1. Sultan Johor yang berjiwa rakyat... DAULAT TUANKU

    BalasPadam

Dipersilakan komen.