Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 November 2012

Contoh Teknik Bila Dah Kantoi, Isteri Tau Suami Dah Nikah Lagi

Jangan main-main kalau isteri tau kita dah kawin lagi.... Sampai tak boleh cerita punya dahsyat. Perang besar jadinya yang lebih dahsyat dari Perang Bosnia, Perang Iraq, Perang Korea atau Perang Afghanistan bila isteri tahu suami dah bernikah. Suami 40an bernikah dengan gadis 20-an sedangkan dia masih ada isteri umur 40an.

Suami kerja swasta dengan gaji  lebih kurang RM 3,000. Isteri pertama kerja kerani gaji dalam hampir 2,000. Manakala isteri baru lagi cun dan bergetah tu, kerja swasta gaji lebih RM 2,000. Perkahwinan dengan isteri pertama dikurniakan beberapa orang anak dan hidup pasangan ini bahagia. Tapi, bahagia-bahagiapun, suami pegi nikah lagi satu. Yerlah, bahagia ini terlalu luas hendak ditafsirkan. Mungkin dah bahagia nak cari lebih bahagia lagi kot.

Semuanya Sudah Berlaku

Apapun nak kata, lelaki ini bernikah dengan isteri baru tanpa pengetahuan isteri pertama. Ada juga kawan-kawan nasihat supaya beritahu isteri, tapi dia taknak buat. Dia tahu isteri dia macam mana, kalau angin kus-kus datang, boleh terbalik satu rumah jadinya. Itu yang dia nikah saja. Macam satu tulisan kat blog saya juga kot. mungkin dia belajar kat sini, KLIK SINI.

"Tak tahulah ustaz, macam mana saya boleh bernikah lagi. Inilah yang dikatakan suratan takdir.". Kata lelaki ini.

Nikah pula di 'seberang' dan ada sijil. Suami rahsiakan lama juga, hampir setahun. Rumah isteri pertama dan kedua dalam daerah yang sama. Suami pula hampir setiap hari tidur malam di rumah isteri pertama. Dia ke rumah isteri kedua kejap-kejap saja macam orang periksa meter air atau eletrik.

Duduk pula di rumah kondo, kira line clearlah tu. Kalau pembantu rumah anda dari Indon baru masuk sini, jangan diajar cakap kondo, nanti lain bunyinya. Dulu pembantu rumah saya baru masuk, dia tambah huruf 'm' di hujungnya, lain bebenor bunyinya.

....BERSAMBUNG KE EPISOD KEDUA.

7 ulasan:

  1. dh bahagia..nk bahagia lagi?? apa lg la xcukup..entahla...kalo saya la..dpt tau..xsuka lepas je..saya pon bukan jenis suka share-share..org skrg mcm2 penyakit...semua nk kongsi..lama2 kene penyakit mcm2...kalo nk kene penyakit pon...bukan dari hormon org lain...eikkk...xmahu? hehhee

    BalasPadam
  2. haha hehe... kelakar punya cite...

    BalasPadam
  3. Orang yg sebegini... "shellfish". Dalam islam pun dah ajar supaya jujur. Pasangan setuju atau tidak, perang atau aman.. kena terimalah. Berani buat berani tanggung balasan dr Allah. Samada Allah bg yg baik atau buruk. X faham bila manusia membelakangi Al-Quran.

    BalasPadam
  4. kalau suami rendah, isteri tinggi melampai.... orang akan cakap, dah jodoh dia..
    kalau suami muka mcm pecah rumah, isteri pulak cantik macam bidadari.... orang akan cakap, dah jodoh dia...
    kalau suami tua terkekekeh, isteri muda bergetah, orang akan cakap, dah jodoh dia
    TAPI....
    Bila umur 40 dpt umur 20... orang tak plak cakap dah jodoh dia... yang pasti bagi orang lelaki akan cakap DAH REZEKI DIA....

    BalasPadam
  5. emo je komen-kemn diatas nie.. hahahaha.. #tumpang lalu.. ",)

    BalasPadam
  6. Saya tak berani nak komen takut terkena kat muka sendiri. Apapun kalau takdir apa kudrat kita untuk menghalang.

    BalasPadam
  7. Era kini fitnahnya kuat

    Poligami nampak jijik

    Manakala zina lak kelihatan tiada apa2 pun dosa

    Dah nak kiamat. Jika tak, lambat pula. Kasihan ahli kubur yang terseksa. LOL

    BalasPadam

Dipersilakan komen.