Seorang lelaki 30-an, masih bujang, kerja di sebuah syarikat dengan pendapatan bulanan antara 4,000-5,000 sebulan. Kerjanya pula memerlukan dia pergi ke beberapa negeri beberapa hari dan bermalam di hotel di negeri berkenaan.
Terpengaruh Dengan Kawan-kawan
Kerjanya pula ramai kawan yang dari tempat lain dan ada yang kaki perempuan. Pada mulanya dia macam takut-takut, tapi akhirnya dia terjebak. Kebiasaannya, mereka 2-3 orang lelaki akan membawa perempuan balik ke hotel dengan bayaran tertentu. Bayarannya pula bukanlah setinggi mana dan tiada masalah untuknya mengeluarkan wang itu tujuan itu.
Gadis Remaja
Bila ditanya, lingkungan umur perempuan tersebut, lelaki ini kata, kebiasaannya yang umur belasan tahun dan awal 20-an. Mencari perempuan begini bukanlah susah sebab kawannya sudah biasa. Lama kelamaan, dia pula yang biasa mencari perempuan sendiri sekiranya kawannya tidak ada.
"Berkenaan bayaran ini, tak tahulah nak cerita. Rasanya dia orang tak kisah soal bayaran sebab yang penting enjoy dan dapat belanja makan dan top up telefon". Ceritanya.
Ramai Sangat Perempuannya
Bila ditanya, berapa ramaikah perempuan yang dia sudah langgan, jawabnya tak ingat. Bila dicadangkan angka 10, atau 20, atau 50, jawab dia hampir-hampir 50 orang dah. Katanya semua peringkat umur dari remaja hingga 40-an tapi yang ramainya remaja lagi.
Katanya, sudah pelbagai bangsa tapi yang ramainya adalah sebangsa dan seagama dengan kita. Ditanya lokasinya di mana, dia beritahu 3 bandar besar yang dia biasa pegi. Semuanya di negara kita, di semenanjung ini juga. Ditanya hotel apa, dia tak berapa pasti tapi dia sebuatlah jalan apa dan berdekatan apa.
Katanya, bukan susah nak cari perempuan sebab dalam beberapa keadaan, perempuan itu akan cari lelaki dengan pelbagai cara. Katanya lagi, masa buat 'projek' dia tak semestinya pakai stokin. Ini bukan stokin biasa yer. Masa tu, nak pakai, pakai, taknak pun tak kisah.
Jatuh Sakit
Lelaki ini tidak tahu apa sakit yang dihidapinya. Badan dia kurus sehingga lebih 15 kg secara tiba-tiba. Dulu beratnya hamipr 70 kg, sekarang jadi lebih 55 kg saja. Ada orang kata dia makan ubat kurus tapi dia tak pun.Bila ditanya, adakah dia selera makan dan minum dan tidur nyenyak. Katanya semuanya macam biasa saja.
Satu hari itu dia demam, mulanya ingatkan demam biasa. Tapi demamnya melarat lebih seminggu, kemudian baik seperti sediakala. Dia menyambung kerja seperti biasa. Begitulah hidup dia, dia rasakan dia tak sakit apa-apa yang kritikal.
Nak Nikah
Lelaki ini hendak menamatkan zaman bujang yang penuh 'buaya' itu. Dia nak kawin dengan seorang gadis kampung, dari keluarga orang baik-baik. Maka dia memperlihatkan budibahasa yang tinggi pada bakal bapa dan mak mertua dia. Dia dipuji oleh masyarakat di kampung itu.
Periksa HIV
Diringkaskan cerita, lelaki ini disahkan mengidap HIV. Diringkaskan lagi cerita, akhirnya perempuan ini bernikah dengan lelaki yang dia sudah tahu ada HIV selepas diberikan khidmat nasihat oleh pakar HIV. Diringkaskan lagi cerita, maka tamatlah cerita ini.
Orang tua-tua berpesan,
"Segala yang baik dari cerita ini, jadikanlah pengajaran dan yang buruk itu jadikan sempadan".
Sama-sama Kita Renungkan
Yer, betul..... Kita dulu berada dalam kandungan ibu kita kira-kira 9 bulan lamanya. Selepas itu kita lahir sebagai anak yang tiada dosa seperti kain putih. Kemudian ibu dan bapa kita yang mendidik dan memberi pelajaran pada kita. Lepas itu kita dewasa, kita tentukan ke mana haluan kita. Kita tahu apa dia dosa, apa pahala. Orang berzina, main judi dan minum arak tahu yang zina, judi dan arak itu dosa. Tapi tetap ada juga yang pilih dosa dan terjebak dalam lembah kehinaan ini.
Hidup kita hanya sementara, seperti kita dari JB hendak ke KL, kita singgah di R&R Ayer Keroh Melaka untuk makan, toilet dan isi minyak kereta kita. Kita tak akan terus berhenti di R&R Ayer Keroh itu, sebaliknya akan meneruskan perjalanan ke KL. Begitulah dengan hidup kita tuan-tuan dan puan-puan... kita hidup di dunia ini hanya tempat persinggahan sementara saja seperti R&R tadi, kita akan teruskan perjalanan hidup kita.
Setiap yang hidup pasti akan mati, tidak perlulah kita berhujah untuk menafikan kematian. Sehebat manakah kita.... sekaya manakah kita.... sebesar manakah pangkat kita.... kita pasti akan mati. Kita akan masuk ke lubang kubur juga. Segala harta, pangkat dan kekayaan akan ditinggalkan kepada yang hidup. Antaranya isteri atau suami kita, juga anak-anak. Yang kita bawa ke lubang kubur apa ? Jawapannya amalan kita di dunia akan dikira satu persatu. Amal baik akan dibalas baik, amal buruk dan jahat dkan dibalas jahat.
Berapa lama kita berada di dalam kubur ? Entah berapa ratus atau ribu tahun, entah bila. Jadi kalau kita lapang dan bahagia di alam kubur kita, selama mana pun, kita akan bahagia di sana dan tidak kisah selama mana kita di sana. Tapi kalau kita disiksa di kubur, maknanya berapa tahun kita akan meraung kesakitan dengan siksaan itu ? Renungkanlah....
Apabila malaikat Izrafil yang tugasnya meniup sangkakala, orang yang banyak amal baiknya akan dibangkitkan dalam keadaan yang gembira dan tenang. Sebaliknya orang yang sewaktu hidupnya di dunia dulu jahat, maka di padang Mahsyar nanti dia akan tersika lagi.
Selepas itu, ke mana perjalanan mereka ? Syurga atau neraka ?
Kembali Kepada Kisah Tadi
Sama-sama kita renungkan, adakah perempuan-perempuan yang hampir 50 orang ini adalah pengidap HIV juga ? Bagaimana dengan kawan-kawan dia termasuk yang ajak dia buat jahat dulu ? Juga kawan dia yang dulu baik tapi jadi jahat sebab dia yang ajar orang ni jadi jahat. Adakah mereka juga pengidap HIV ?
Jawapannya, selagi tak periksa darah untuk HIV, tak tahu keputusannya. Kalau setakat nak periksa kandungan gula atau kolestrol dalam darah, rasanya tak dapat tahu dia ada HIV.
Sekian.
apa ada dlm kubur...ialah cxara kita jalani hidup ini.
BalasPadamAkuhivpositif.blogspot.com ;)
BalasPadamhmmm..
BalasPadamdah 2 bulan kisah ni berlalu..
justeru.. apa jadi pd pengantin kita tu...?
atau sama2 kita biarkan lagi 6-8 bulan... 1-2 tahun sama2 tgk kesan/hasilnya..?