Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 Februari 2013

Cerita Pasal Rokok Eletrik

"Dik, itu rokok apa ?" Tanya saya kepada dua orang lelaki yang minum di sebelah meja saja di kedai mamak.
 
"Ini rokok letrik, ganti rokok betul". Kata lelaki tu.
 
Kemudian saya berbual dengan lelaki tu dan dia kasi saya ambil gambar rokok tu. Yer, pasal rokok ni, dah banyak diperkatakan dalam akhbar, cuma saya hari tu berpeluang dapat tengok dan pegang rokok betul. Katanya, rokok itu jimat kos beli rokok. Beli rokok tu RM 150 kat kedai dan perisa dia berbentuk cecair RM 15 boleh tahan seminggu. Maknanya dalam sebulan hanya membelanjakan RM 60 sahaja berbanding hampir RM 400, kata lelaki tu. Rokok tu kena cas macam telefon sebelum boleh digunakan. Katanya lagi, beberapa negara luar dah guna rokok tu sekarang.
 
Dalam hati saya, kalau beginilah, jualan rokok akan merosot, begitu juga dengan industri termbakau dan saham berasalkan rokok di bursa saham. Sekarang tidaklah sebab belum meluas lagi penggunaannya. Asap rokok ini pula nampak bukan macam asap, tapi macam wap kita masak nasi.
 
Tempat Jual
 
Saya pergi ke sebuah pasaraya dan mendapati jualannya secara terbuka. Rokoknya bermacam harga, ada murah dan ada mahal. Saya rasa, tak lama lagi mungkin rokok ini jadi terkenal macam telefon bimbit termasuk penjualan aksesorinya. Saya tengok juga jualan cecairnya yang pelbagai perisa, dah macam pewangi kereta pulak. Nampaknya, tiada larangan penjualannya.
 
Bahaya Atau Tidak ?
 
Saya tanya seorang yang pakar dengan kelulusan tingginya dalam bidang kedoktoran. Dia kata rokok itu memang bahaya, tapi rokok betul juga bahaya. Betullah dia cakap tu, tengok kat kotak rokok, kan ada gambar paru-paru rosak dan amaran "Rokok Memerbahayakan Kesihatan". Jadi, agak kelakarlah kalau ada orang kata merokok lebih baik dari hisap rokok letrik tu.
 
Undang-undang
 
Apa-apa hal saya suka rujuk undang-undang dalam sesuatu perkara. Pertama, adakah undang-undang yang boleh menangkap atau mendakwa orang yang jual atau memiliki atau menghisap rokok tu. Yang saya tahu, undang-undang sekarang lebih kepada 'tembakau' dalam mengawal penjualan rokok. Tapi, adakah rokok letrik ini tembakau ? Saya tanya, bukan bagi pendapat.
 
Entahlah
 
Saya tak hisap rokok dan tak tahulah apa nikmat hisap rokok. Macam saya dulu gila memancing, sekarang dah bersara memancing. Orang yang tak memancing, tak tahu apa nikmat memancing. Begitu juga dengan rokok. Tapi janganlah terjebak. Rokok memerbahayakan kesihatan. Fatwa pun dah keluar, merokok adalah haram dan berdosa. Duit pun banyak habis, rokok bukan muranh sekarang.
 
Apa yang saya tahu, kajian di negara luar, rokok letrik ini dijadikan satu cara untuk berhenti merokok. Saya pun rasa gembira juga kalau pengguna rokok letrik ini ada azam dan cita-cita untuk berhenti merokok.
 
Tapi Jangan Belajar Merokok
 
Yang bahayanya kat sini, kalau orang yang tak merokok dan tak pernah merokok pun tiba-tiba nak cuba rokok leftik ini. Biasalah, manusia ni kan suka cuba-cuba, cuba, try, test. Nanti dari tak merokok, jadi perokok tegar pulak.


3 ulasan:

  1. Salam ustaz,

    Doktor/pakar tu kata rokok letrik nie mmg bahaya, mana fakta untuk membuktikan kata-katanya ? jgn hanya kata bahaya, tetapi hakikatnya ini semua cubaan untuk memastikan org ramai tetap menghisap rokok biasa, takut nanti kerajaan rugi sebab jualan rokok biasa merudum, saham jatuh.. hanya kerana mau kekal mengaut keuntungan, keluarkan kenyataan yang tidak berasas. Kasi bukti lah, baru org boleh percaya !

    p.s - kerna duit dan keuntungan apa saja sanggup dilakukan.. sangat keji..

    BalasPadam
  2. salam tuan,
    saya terbaca pandangan peribadi seorang doktor perubatan berkaitan dengan rokok elektrik di sini http://drzubaidi.com/blog/?p=2795. ada banyak fakta menarik beliau bentangkan. menurut beliau lagi penjualan rokok jenis ini adalah diharamkan di negara seberang tambak johor.

    BalasPadam
  3. Salam..
    Saya ade dngar psal rkok elektrik ni..bau mmg wngi..ala2 shisha..but,knape rkok elektrik ni bole mbuat someone tu stop rkok??ade bahan ape dlm rkok tu smpai bole buat someone tu stop rkok..hairan kn..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.