Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

10 Mac 2014

Tong Sampah SWM Boleh Jadi Tempat Simpan Air, hehehe

Semalam saya ke kedai gunting rambut dan sambil gunting tu, berbuallah dengan tukang gunting tu.

"Rumah U ada air ke?". Kata saya.

"Mana hari-hari ada, kena catu juga. ". Kata dia.

"Habis tu, cukup ker U simpan air?". Tanya saya.

"Cukuplah juga. Guna pun tak ramai juga". Kata dia.

"Oh... banyaklah tong air U guna" Kata saya.

" Tak ada banyak sangatlah. Itu tong sampah SWM kasi boleh jadi tempat simpan air". Kata dia.

"Ohhh... itu tong baru yang ada roda itu ker". Kata saya.

"Yer... itu boleh simpan banyak air juga. Tapi kena bersihlah" Kata dia.

Ermmm.. bagus juga idea ini. Tapi kat rumah saya belum dapat ini tong.

"Rumah U sudah dapat ker, rumah saya belum dapat, macam mana yer?" Tanya saya.

"U telefonlah SWM, nanti dia datang rumah hantar" Kata dia.

"Itu macam ker. Tapi itu Taman Idaman ada rumah dapat, ada rumah tak dapat, kenapa yer?" Tanya saya.

"Saya ingatlah, masa SWM datang, itu orang tak ada rumah. Ini semua kena sain juga wooo". Kata dia.

5 ulasan:

  1. Cerita ustaz mengingatkan saya ketika pertama kali tidur rumah mertua,
    Lepas makan,masa nak basuh pinggan saya buanglah tulang ilkan kat dalam tong sampah,
    rupanya Tong hitam bulat tu diaorang buat simpan air.
    rasa bersalah sangat lepas tu,malu pun ada,hehe..

    BalasPadam
  2. masa kecik kecik sekitar tahun 90-an ada juga catuan air, teringat mak ada guna tong sampah tinggi ni sbg tempat simpan air, kebetulan baru dapat tong tu kalau tak silap

    BalasPadam
  3. Duduk kampung kalau takder air leh mandi air kolam, tempayan, kolah dan sebagainya yang boleh simpan air. Kalau duduk bandaraya, takde air...bertemankan air mata je la jawabnya.

    BalasPadam
  4. Asalkan suci dari najis, bekas apa pun tak mengapa. perkara utama ialah suci (lebih aula) masalah bekas adalah perkara kedua

    BalasPadam
  5. tong sampah tu SWM kena jaga baik² sebab kalo hilang kena ganti rm200. nak dpt tong tu kena ade agreement. kena sign. salinan ic kalo x silap. kalo siang letak luar, kalo mlm bw masuk (kalo dpn rumah bpagar). kalo org curi, naya aje.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.