Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

25 November 2009

Keropok Lekor Trengganu Punca Taun ?


Pengusaha keropok lekor di Terengganu merungut kerana jualannya terjejas kerana berita kononnya keropok ini boleh membawa kuman taun. Betul atau tidak cerita ini, cerita ini telah menjadi tajuk berita akhbar. Kebetulan atau tidak, jualannya merosot teruk, katanya sehingga 80 peratus.

Pengusaha keropok lekor paling polular di Terengganu mendakwa jualannya sebelum ini mencecah RM 4,000 hingga RM 5,000 sehari sebelum ini. Jadi, pendapatan dia sebelum ini adalah sekitar RM 120,000 hingga RM 150,000 sebulan.... Waw.. banyaknya.

Pada saya, akhbar tak salah, akhbar melaporkan berita yang diperolehi dari pihak berkuasa. Memang ada orang yang dijangkiti taun selepas makan keropok Terengganu. Kementerian Kesihatan perlu lebih tegas kepada perniaga, contohnya perniaga diwajibkan mendapat surat kesihatan termasuk mengambil suntikan. Sekarang, kebanyakan penjual keropok lekor tak mempunyai surat kesihatan seperti yang disyaratkan.  Maaf, saya bukan serkap jarang, esok pun saya nak ke Terengganu. Cuma esok saya cuba tak makan keropok lekor kerana kesihatan lebih berharga kepada saya. banyak lagi yang saya boleh makan selain keropok lekor ni. Bukan mati pun tak makan keropok lekor.

Peniaga yang mendakwa untung RM 5,000  atau RM 150,000 sebulan ini patutlah bersyukur dengan rezeki yang diperolehi. Mudah-mudahan rezekinya berkekalan. Janganlah nak bising, rugi sedikit sudah menyalahkan pihak lain. Ingatlah, rezeki itu Allah Taala bagi, kalau Allah mahu tarik balik nikmat itu, bila-bila masa saja. Jangan lupa bayar zakat harta dan perniagaan, tahun ini dah sempurna ke belum  ?

Sebelum ini peniaga ayam pun rugi teruk bila kes selsema burung, tapi ujian ini tak lama. Dan peniaga tak salahkan akhbar dan Kementerian Kesihatan pula. Hidup kita perlu melalui susah senang terutama dalam berniaga, jangan nak fikir untung saja. Adik saya pun kerja Kementerian Kesihatan, suatu hari tu saya marah juga adik saya serbu kedai mamak yang selalu saya minum, sampai kena tutup 3 hari, susah juga nak minum teh tarik. Tapi bila fikir masalah kesihatan orang ramai, saya percaya tugas adik saya tu betul, dia nak jaga semua orang, bukan nak jaga tekak saya sorang jer.

Ok. Ada kantin sekolah yang kena tutup kerana ada 2-3 pelajar sakit perut dan cirit birit. Kementerian Kesihatan dan pihak sekolah segera mengarahkan kantin ini tutup. Adakah ini salah ? Walaupun 2-3 pelajar ini mungkin makan asam jeruk yang dibeli dari luar, tapi proses siasatan itu mengambil masa dan mungkin punca sebenar tidak diketahui. Jadi, adakah tidakan pihak berkuasa ini zalim terhadap peniaga ?Saya rasa tidak, pencegahan penting....

Kalau pengusaha keropok lekor tu nak bising-bising, pastikan yang bising tu ambil sijil kesihatan dulu. Lepas tu ambil lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan. Kalau setakat bising-bising, lepas tu jual seperti sedia kala, tidak ke mana. Kalau kerajaan tegas mendenda peniaga, nanti mereka kata nak sekat peniaga kecil berniaga pula. Lebih tenat lagi kalau mereka guna saluran politik untuk terus membuat bantahan. Kepada pihak akhbar dan media, teruskan salurkan maklumat yang tepat terutama mengenai kesihatan manusia. Kalau selsema babi itu berpunca dari babi, sebut saja babi, jangan nak jaga perniagaan tauke babi pula.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum...
    Saya pasti adik tuan merupakan seorang PPKP yang menjalankan tugas & tanggungjawabnya dengan baik. Saya juga bekas warga KKM. Kalau tuan menziarah tempat pembuatan keropok, tak mustahil tuan hilang selera untuk makan. Satu ketika dahulu, saya juga pernah mengadakan lawatan ke kawasan sebegini. Tiada ungkapan lain di dalam hati...cuma sebaris ayat.."Aduhai...inikah yang aku makan buat peneman ketika menyiapkan laporan setiap hari".
    Minta maaf kepada pengusaha2 keropok...walaupun bukan semua, tetapi kebanyakan tempat memang kurang menitikberatkan kesihatan ..samada persekitaran mahupun tuan punya badan.

    BalasPadam
  2. Minta maaf kepada pengusaha2 keropok...walaupun bukan semua, tetapi kebanyakan tempat memang kurang menitikberatkan KEBERSIHAN ..samada persekitaran mahupun tuan punya badan.

    BalasPadam
  3. Bukan hanya kepada peniaga keropok lekor.. Semua peniaga makanan harus jaga kebersihan..
    Baru berniaga tu maju, orang suka.

    BalasPadam
  4. Saya sekarang ada di Terengganu, nampaknya gerai jual keropok ramai orang singgah. Betul ke pengusaha ni kata jualannya jatuh 80 peratus ? Mungkin banyak ditokoh tambah saja tu....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.