20 Ogos 2010
Rasuah Penguatkuasa Agama Kluang, Kena Denda 10 000, penjara sehari
Seorang lelaki warga Indonesia hari ini dituduh di Mahkamah Sesyen Batu Pahat kerana kesalahan memberi rasuah kepada penguatkuasa Agama Kluang pada 10 Ogos lepas. Lelaki ini pada mulanya, ditangkap oleh penguatkuasa di sebuah hotel di Kluang dengan seorang pelacur bukan Islam atas kesalahan khalwat. Beliau kemudian telah bertindak merasuah penguatkuasa sebanyak RM 300 supaya dilepaskannya dari kesalahan khalwat.
Bagaimanapun, lelaki ini ditahan SPRM yang turut menyertai operasi tersebut, selepas menyerahkan wang itu kepada penguatkuasa. Hakim menjatuhkan hukuman denda RM 10,000 dan sehari penjara kepada lelaki ini selepas mengaku bersalah di Mahkamah atas kesalahan rasuah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
nak beli orang dengan RM300, hah amek.. Rm10000 sekali kena.
BalasPadam