Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 Jun 2011

Silap Merancang Kewangan, Hidup Dalam Kesusahan (Episod 1)

Seorang lelaki pendapatan dalam RM 2,200, kerja kerajaan, usia lewat 20-an. Isteri dia cikgu gaji dalam RM 1500 sebulan. Anak 3 orang, 2 sekolah rendah, seorang baru 2 tahun. Suami dan isteri orang daerah situ, dekatlah dengan mak ayah dan adik beradik dia.

Rumah Baru ?

Oleh kerana duduk di satu daerah itu lama, dalam 6 tahun, maka rasa nak beli rumah. Dia pun orang daerah itu juga.Tambah lagi di daerah itu ada projek perumahan baru. Yer le, sampai bila nak menyewa. Rasanya kalau setiap bulan bayar RM300 duit sewa, hanya beri pada penyewa saja. Apa kata kalau 300 itu buat bayar rumah sendiri,  kan berbaloi tu.

Lebih membakar semangat dia bila kawan-kawan sepejabat beli rumah baru. Lepas je beli buat openhouse pula tu. Dulu rumah sewa tak buat openhouse pun, ini mesti nak menunjuk rumah baru yang harga 160,000 tu.

Beli Rumah

Projek perumahan tu jual rumah 170,000 dan dia rasa nak beli. Bila pergi ke tempat jualan tu, dia dapat diskaun 10 ribu, tinggallah harga 160,000. Wau... murah, rumah dua tingkat tu, koner lot pula tu, harga murah ler tu. Cepat-cepat dia beli rumah tu dan keluarkan KWSP dia dalam 10 ribu dan 150,000 lagi nak buat loan kerajaan 4 persen. Kira punya kira, dia buat 30 tahun, bayar bulan dalam 750.00. Lelaki beli guna nama dia seorang. Pada dia orang, beli rumah ini tak rugi, ini aset.

Sebelum beli rumah, lelaki dah ada personal loan yang dah lama dan duit pun dah tak ada, kena bayar 400 sebulan, 7 tahun lagi nak habis. Dia pula ada kereta baru buatan Malaysia, bayar dalam 600 sebulan, 6 tahun lagi nak habis.

Kiraan Mudah Perbelanjaan

Maka personal loan (400), kereta (600) dan rumah (750), maka dia wajib bayar 1,750 sebulan. Ikut kasar, baki gaji dia (2200 - 1750 adalah 450). RM 450 tu sebagai suami kena keluar duit api, air, makan kat rumah, susu anak, jaga anak, minyak kereta, bil telefon dll. Rokok tak hisap, kalau hisap rokok lagi sakit. Cukup ker sebagai suami 450 sebulan?

Tak Per, Isteri Ada

Isteri yang gaji 1500 tu ada kereta buatan Malaysia baru, bayar 500 sebulan, ada 7 tahun lagi dan ada personal loan 500 sebulan, ada 13 tahun lagi, duit dulu dah habis buat muka kereta dan lain-lain. Maka gaji isteri dia tinggal 500 saja. Isteri dia belanja tetap tiap bulan  minyak kereta, astro, telefon dan belanja sekolah anak, jajan-jajan anak sekolah. 500 sebulan tu habis sebab biasalah, perempuan ni suka berbelanja.

Duit simpanan ?

Mengaku terus teranglah, pasangan suami isteri ini tak ada duit simpanan. Tiap bulan dapat gaji kira habis dan mengharapkan gaji bulan depan. Kekadang hujung bulan kira sakit juga, poket kosong sementara nak dapat gaji. Kalau tahun itu, kerajaan tak istiharkan ada bonus, dialah yang paling naik hangin, marah-marah.

Orang tengok dia ni senang. Yer le, laki kerja kerajaan, isteri cikgu, kereta baru ada dua biji. Rumah besar pulak tu. Dalam rumah pun perabut dan alat eletrik mahalmahal juga. Tapi kita tak pernah terfikir akan kesensaraan hidup mereka. Mereka tegolong dalam orang susah juga sebenarnya.

Pertukaran Mengejut

Suami diarahkan bertukar ke satu daerah, jaraknya dalam 110 km dari tempat kerja lama. Termenung dan membebel juga dia. Sebenarnya bukan dia saja kena tukar, ramai dari seluruh negeri. Merayulah dia jumpa bos, panjat sana sini. Alasan yang dia beri pada bos, mak ayah dia dah tua kat kampung dan dia saja yang boleh diharapkan dalam adik beradik. Tapi jauh di sudut hati, sebenarnya dia berat nak pindah sebab dah ada rumah baru, duduk pun belum cukup setahun.

Rayuan Ditolak

Rayuan dia ditolak, maka terpaksalah dia melalui cabaran hidup di daerah baru. Mulanya dia ambil langkah untuk berulang saja walaupun jauh. Kenalah dia tempuh 110km sehala, 220 pergi balik. Adoi... duit minyak sehari dalam RM 45, hari-hari kena tuang minyak sampai orang stesen minyak tu dah cam dia. Letih dan mengantuk jangan ceritalah. Kereta meragam, tayar botak dll belum kira lagi.

Mana boleh tahan berulang, minyak dan makan minum sehari lebih RM 50, sebulan jejak RM 800 - 1000. Dia mana ada duit, gaji dia pun cuma tinggal 450. Itu pun bukan untuk minyak saja, api,air, makanan kat rumah, orang jaga anak dll. Mana boleh cukup.

Ada masa juga suami tak balik, tidur kat pejabat. Tapi tak tenang juga, bila ingatkan isteri dan anak-anak kat rumah. Rasa sangat isteri dia susah layan anak-anak yang masih kecil tu.

Mengandung Lagi

Dalam ulang alik tu, isteri dia mengandung anak keempat. Itulah kata orang, kalau duduk berjauhan ni, biasanya gitu... hehehe.

Pujuk Isteri Pindah

Akhirnya dia pujuk isteri pindah ke daerah tu walaupun mulanya payah juga nak pujuk isteri dia.

"Kita nak tinggalkan rumah baru kita ke bang ?". Kata isteri dia.

Betul, yang berat nak tinggalkan adalah rumah dia. Pasal kerja isteri dia tu tak berapa sangat, mana-mana daerah ada sekolah rendah. Tapi sekali fikir pula, tak patut juga isteri menolak. Takkanlah nak biarkan suami setiap kali bangun 5.30 pagi dan balik rumah kul 7 malam. Dari segi keselamatan pun bahaya juga di jalanraya ni.

Jadi, bagaimana yer ?



10 ulasan:

  1. Salam,

    Saya suka membaca catatan ini dan tak sabar untuk mengetahui episod seterusnya..
    Pada saya inilah realiti dan cabaran hidup yang ditempuhi oleh kebanyakkan orang sekarang
    BESAR GAJI, BESAR JUGA KERAKNYA..

    BalasPadam
  2. ala ustaz, habiskan la dulu cerita man burger, baru buat cerita baru.

    BalasPadam
  3. salam..

    bergaya sungguh hidup kakitangan kerajaan/cikgu kita yea...

    gaji xsebrapa..
    cuma keraknya je yg besar !!

    BalasPadam
  4. salam & selamat pagi,

    menarik citer ni...saya pun tak sabar nak tggu sambungannya...ini pun sebagai pengajaran dan teladan kepada kita semua..

    BalasPadam
  5. Realiti hampir >90% org2 muda skrg. Kdg2 nek tengok mereka pakai keta hebat2 & rumah serta perabut mahal dari kita, timbul jeles juge sbb kita yg tua keja gomen nak pencen pun takut2 nak beli keta & rumah mewah mcm tu.

    Parent dia org loaded le tu..

    BalasPadam
  6. salam

    begitulah hakikatnya hidup di kota sekarang nih...
    tak sabar gak nak tunggu episod 2 :)

    BalasPadam
  7. kawan2 saya yg usia 30-an, sanggup hutang keliling pinggang. Janji rumah nampak macam ala-ala dlm majalah Anjung Seri, kereta at least jenama Honda & model terkini. Perabut tentunya dari IKEA. Kain-baju semua jenis branded. pinggan-mangkuk pun nak pakai yg import, sampai bekas plastik pun guna tupperware. hobi pun jenis yg mahal (geng DSLR, motor kuasa besar). kebanyakannya mengejar kepuasan hidup...

    BalasPadam
  8. Rozy... terima kasih, komen yang bagus. Pada saya kalau nak bergaya kalau ada kemampunan tak jadi masalah sangat. Yang dirisaukan, duit tak sebanyak mana, tapi gaya saja yang lebih. Hutang kiri kanan.

    BalasPadam
  9. Apa nak heran. Tok ada 4 anak. Tak sama perangai Allah beri, ada yg taste sederhana, ada yg tak kisah & ada yg agak tinggi ... dia tau tok ni bole bantu agaknya..tak mcm tok dulu, parent tok susah..

    Tu ujian utk tok supaya tak putus jlnkan keja dakwah pada anak2 ... sejak dari kecil la ni dah beso pun kena nasihat..tak pe, tak pe.. dlm pada tu tok sentiasa ingatkan depa2 jgn lupa zakat, sedekah, tolong org dll..& jgn lupa daftar hj .. sbb klu daftar skrg, giliran >20thn lagi..

    Biasanya yg taste tinggi tu bila baru2 keja hingga masuk 35thn, lepas tu bila depa dah rasa peritnya, insyaAllah mereka pandai le budget..

    BalasPadam
  10. yg menyedikan selalunya yang bersikap tak sadar diri & tak pandai menguruskan kewangan ni rata2 org melayu..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.