Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 November 2009

Amy Search Nak Buka Sekolah Tahfiz Di Johor



Alhamdulillah, bila baca Malaysiakini hari ini, memuatkan berita bertajuk" Amy Search teringin tubuh sekolah tahfiz".  Berita seperti ini  membuatkan orang Islam mengucapkan syukur kepada kekuasaan Allah Taala. Seorang artis yang selama ini bergelumang dengan dunia hiburan hampir 20 tahun, akhirnya terbuka hidayah untuk menyumbang bakti kepada Islam. Orang Islam sepatutnya menyokong dan menerima baik cadangan ini. Saya alu-alukan hasrat Amy ini, sekiranya saya dapat membantu sesuatu dalam menjayakan hasrat ini, saya cuba membantu sekadar yang termampu.


Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, bercadang membina sekolah itu di Johor. Hasrat itu timbul semasa beliau menziarahi sebuah bukit ketika menunaikan ibadat haji tahun lalu.

"Ketika mendaki bukit, saya bertanya-tanya arah mana tujuan saya nanti dan siapa diri saya serta untuk apa Allah kurniakan saya dengan bakat yang ada ini.

"Ketika itu juga, telinga saya terdengar-dengar lagu Cahaya Merah Dari Ufuk Timur -- lagu yang menginsafkan hati saya tentang matlamat kejadian insan," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran buku Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah di Bangi semalam.

Alhamdulillah, saya percaya Amy akan menjadi satu aset yang penting kepada agama Islam di negara kita. Orang Islam diseru supaya memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada Amy dari aspek keagamaan. Pada saya, sebagai seorang Islam dengan berniat sahaja untuk berbuat baik, Allah telah memberi pahala yang cukup besar padanya. Soal belum buat tidak penting, yang penting cita-cita sudah ada. Kalau sudah terlaksana nanti, Allah akan melipat gandakan pahalanya sebagai amal jariah yang berterusan selama-lamanya.

3 ulasan:

  1. syukur dan tanda bersyukur kepadaNYA. Masih ada ruang dan masa.

    BalasPadam
  2. Salam Ziarah...

    Tidak terlintas untuk saya membaca blog ini walaupun telah lama berada di Link blog kegemaran saya iaitu blog BERSAMA MAZIDUL...Tetapi apabila ada gambar Amy Search di blog ini, sy tertarik untuk membuka...Kerana saya memang meminati Amy...

    Sykur pada Allah yang maha besar lagi maha mengetahui...Inilah Amy...Tetap rock,namun sudah mula berjuang ke arah Islam...

    BalasPadam
  3. Terima kasih kerana membaca dan membuat komen dalam blog saya... Teruskan

    BalasPadam

Dipersilakan komen.