Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 April 2010

Hantaran 10,000 : Cerita Di sebalik Cerita (Episod 22)

Ustaz Khalil telefon Razali.

"Ada apa telefon saya tadi." Kata Ustaz Khalil.
"Yer tuan, tadi Harun telefon kata pak imam tak ada di masjid tu." Ustaz Razali.
"Yer ke tak sampai ? Kalau tak sampai nak buat macam mana ?" Kata Ustaz Khalil.
"Tak tahulah saya. Tapi tuan yang minta dia ke masjid tu. Pengantin tertunggu-tunggu" Kata Ustaz Razali.
"Ohhh macam tu ceritanya. Ok, Razali, pernikahan semua dah selesai tadi." Kata Khalil.
"Selesai ? Dah selesai nikah ker.". Kata Razali.
"Yer. Semua dah selesai.". Ustaz Khalil sambil ketawa. Pening juga Ustaz Razali melayan kerenah bosnya itu, orang tengah serius, boleh buat lawak pulak.

Bapa Niagakan Anak Perempuan
Sepanjang perjalanan di lebuhraya, Ustaz Khalil mengingati balik kes itu. Kenapalah bapa perempuan sanggup tetapkan hantaran 10,000 ? Perempuan bukan bergaji besar, pembantu kedai saja. Lelaki kerja operator kilang, gaji tak sampai seribu. Kalau gaji besar tu, mungkin lain ceritalah.

Dahlah tu, bila 10,000 tidak dapat dipenuhi, maka permusuhan dengan anak menantu pun berlaku. Ini semua kerana sikap bapa yang main judi dan pinjam ceti haram, beginilah jadinya. Harap-harap janganlah berlaku pada orang lain seperti kisah ini. Islam galakkan maskahwin dan hantaran yang rendah, bukan membebankan dan menyusahkan.

Di rumah pengantin

Pengantin lelaki nampaknya gembira melayan tetamu, tapi isterinya nampak sedih dan tak ceria. Harun hairan juga, cuma taknak tanya, silap-silap boleh jadi gaduh nanti. Kemudian lepas seorang-seorang tetamu balik dan bersalaman dengan pengantin dan keluarga pengantin. Pegawai pejabat kadi dan pak imam jurunikah yang mula-mula balik, diikuti orang lain. Seterusnya ibu dan bapa Harun balik naik moto, kemudian Zaid, makcik Kiah dan sedara mara lain. Isterinya makin masam dan muncung saja, tak tahu kenapa.

Tiba-tiba ada seorang lelaki datang bersalaman dan memeluk pengantin lelaki. Lelaki itu adalah pak imam olok-olok hari tu. Sebenarnya, dia dah hampir seminggu menghilangkan diri dari kampung. Kehilangannya menjadi tandatanya orang kampung. Rupanya dia lari bersembunyi di bangsal durian Cina di pinggir kampung itu. Cina itu kawan baiknya, terus duduk di bangsal jaga durian siang dan malam. Cina itu pun hairan juga, dia jaga sebelah malam saja, tetapi lelaki ini siang dan malam, dapat juga jadi kawan dia.

Rupanya, pak imam palsu ini menyembunyikan diri sebab takut ditangkap oleh penguatkuasa Jabatan Agama kerana dia jadi imam palsu. Imam palsu itu kata sambil peluk lelaki.

"Tolong tarik balik laporan pada penguatkuasa, pakcik takut, pakcik dan insaf. Pakcik buat ini pun sebab terpengaruh dengan permintaan arwah. Pakcik menyesal, tolonglah". Kata Pak imam palsu itu.

Harun kehairanan, kenapa sampai takut begitu lelaki ini. "Tarik balik laporan ?" Termenung juga Harun fikir, laporan apa ? Baru dia sedar, itu laporan kepada penguatkuasa, termasuk laporan sehingga dia ditangkap khalwat.

Bila dikenang semula detik-detik dia ditangkap khalwat, Harun mula marah kepada pengadu. Tapi siapa pengadu ? Kenapa suruh dia tarik laporan, bukan Harun yang buat laporan. Takkanlah dia sendiri nak menganiaya dirinya kepada penguatkuasa, selama ni dia rasa dia dah separuh nyawa, bukan kerja main-main. Tidak..dia bukan pengadu, nak tarik balik report apa pulak ?

"Macammana pakcik tahu yang penguatkuasa Jabatan Agama cari pakcik ?" Kata Harun nak tahu.

"Begini..beberapa hari sebelum arwah meninggal, ada orang datang rumah 4 orang, katanya dari Jabatan Agama Johor Bahru. Tapi pakcik tak ada, isteri pakcik saja ada rumah masa tu. Jadi orang tu pesan supaya menyerah diri. Kalau tak serah diri, waran tangkap boleh keluar. Tu yang pakcik takut sangat". Jelas imam palsu tu.

"Siapa lelaki yang datang tu, betul ke dari Jabatan Agama, ke orang lain menyamar ke?". Harun nak tahu lanjut.

"Yer betul. Lelaki tu naik proton saga biru, 4 orang.  Lepas tu dia kasi satu surat, suruh serah diri segera. Surat tu ada cop Jabatan Agama". Pakcik tu jelaskan dalam keadaan sikit gagap.

"Mana surat tu? Boleh saya tengok?". Kata Harun.

"Surat tu pakcik dah renyukkan dan bakar. Pakcik takut sangat, pakcik tak pernah mengalami peristiwa begini, pakcik taknak masuk lokap". Kata pakcik tu.

Harun tiba-tiba jadi serius, mukanya bertukar kepada tak senyum pula. Proton saga biru ? Harun fikir, mungkin Ustaz Khalil dan orangnya. Ini nampaknya cerita baru. Dalam hati, Harun kata, inilah balasan Tuhan kepada orang yang berbuat jahat, hidupnya jadi tak tenteram sampai sekarang. Tulah, siapa suruh jadi imam dan saksi nikah palsu, rasakan. Harun marah sebab dia rasa, apa yang kena pada pakcik tu cuma sikit berbanding yang dia kena. Tapi walaupun sikit, sampai menyiksa diri pakcik tu, sanggup tidur dalam kebun durian.

 Perbualan itu turut diperhatikan pengantin perempuan dan mak pengantin. Pakcik tadi, di belakangnya ada dua orang lelaki iaitu saksi nikah palsu itu. Kedua-duanya tunduk saja tak kata apa-apa. Kemudian pakcik tu nak kata sesuatu dan beri sesuatu kepada lelaki tu.

"Pakcik nak cerita sesuatu. Dan pakcik nak serahkan sesuatu. Harap tidak keberatan menerimanya". Kata pakcik tu.

Harun  bertambah hairan dan memandang isterinya yang penuh kehairanan. Apa berlaku seterusnya ? Ni apa cerita sebenarnya ? Siapa pengadu kes ini, belum tepat seratus peratus tekaannya. Mulanya memang nak lupakan terus peristiwa ni, tapi bila diungkit semula, hatinya sakit.

...BERSAMBUNG KE EPISOD 23
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-titisan-darah-gugur-ke.html

9 ulasan:

  1. ler..ada sambungan lagi ke?? huhu..sabar je la...

    BalasPadam
  2. semakin tertarik saya membaca kisah ini episod ke episod..penuh misteri...huhu...SOKLAN: TUAN KADI..NIE CITE BETUL KE?

    dePablo JB

    BalasPadam
  3. citer ini membuatkan saya menjadi penyabar.

    BalasPadam
  4. heee saya jadi ternanti2 episod seterusnye..mcm drama bersiri..

    BalasPadam
  5. Salam ustaz.

    Saya selama ini jadi pembaca yg senyap tapi bila baca citer samarinda Ustaz ni sampai beberapa episod terdetik hati nak tanya.

    1. Yg pengadu saya rasa aruah bapa mertuanya sebab sakit hati minta baki duit hantaran tak dapat.

    2. Ok kalau di tenguk pada cara nikahnya dah agak tak sah tapi bagaimana dgn status suami isteri tersebut yg tak tahu pernikahan mereka tidak sah dan telah menjalani kehidupan suami isteri seperti orang lain dan andai kata semasa isu tersebut timbul andaikata isteri dah mengandung anak tersebut nak di kata anak luar nikah atau pun tidak sebab mereka nikah semula. Boleh ke di binkan nama bapa andai kata diambil kira dari pernikahan semula.

    3. Oleh kerana kedua mereka tidak tahu pernikahan tidak sah adakah mereka telah melakukan perzinaan.

    4. Kenapa keluarga pihak lelaki andai kata pernah menghadiri pernikahan orang lain tidak muskil dengan cara pernikahan yang telah dijalankan sebelum ini dimana tidak ada tandatangan surat nikah dan tandatangan saksi.

    5. Kenapa seorang bapa sanggup menganiaya kehidupan anak perempuannya hanya kerana hantaran tinggi dengan menjalankan pernikahan dengan menggunakan kawan-kawan dam hajinya.

    Maaf ustaz banyak sangat soalan. Terima kasih

    BalasPadam
  6. ustaz,

    ni betul macam baca novel ni.

    membaca cerita (ala ala novel gitu) yang mendebarkan dan penuh aksi...

    ha ha ha

    BalasPadam
  7. Notie.. Saya jawab soalan anda sikit saja.

    1. Sah atau tak sah nikah itu, Mahkamah Syariah saja boleh tentukan. Biasa mahkamah akan lihat pada rukun nikah dan pelbagai aspek. Dalam cerita ini, penyerahan 'wali berwakil' sangat meragukan. Ini jadi cerita lain kalau bapa sendiri yang nikahkan. Saya taknak jawab tepat soalan ini, sebab apa-apa hal, mahkamah saja yang boleh tentukan.

    2. Kalau mereka duduk sebagai suami isteri sedangkan mereka tak kahwin, hanya Mahkamah Syariah saja yang boleh tentukan salah atau tidak. Ada kalanya, mereka ini tak salah sebab mereka tak tahu atau diperdaya oleh seseorang. Ada kalanyanya pula, mereka bersalah sebab mereka sengaja atau tak ambil berat. Apa-apa hal, biar mahkamah putuskan.

    3. Soal ada anak atau mengandung dalam tempoh itu, mungkin boleh dinasabkan kepada ibu bapanya sekiranya dari segi hukum syarak sah walaupun dari segi peraturan salah. Dan ada kalanya tak boleh pulak. Lain kes, lain jawapannya. Bergantung pada jawapan soalan 2, di atas.

    Apa-apa hal, sebab itulah penguatkuasa arahkan nikah semula seberapa segera untuk tidak hidup dalam kekeliruan. Kalau dah salah, kena insaf dan bertaubat.

    BalasPadam
  8. laaaaaaaaaa... bersambung lg ke ustaz.. huhu...

    BalasPadam
  9. bagus citer ni.membuatkan sy insaf bhwa ade org laen yg lbih hebat lg diuji dgn dugaan untuk berkahwin ni.sblum ni sy rasa terseksa sgt sbb nak kawen blum cukup duet...dah lama sy bersabar.tp nmpknye dgn cerita ini sy boleh ambil iktibar dan moga kesabaran sy makin menebal..terima kasih ust khalil..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.