Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

24 April 2010

Wali Menangis Masa Nikah, Anak Dah Mengandung

Betapa sedih dan hancurnya hati seorang bapa, bila anak perempuannya yang dibesarkan dangan baik, tiba-tiba mencemarkan nama baik keluarga. Anak sepatutnya mengharumkan nama baik keluarga dan membalas jasa ibu bapa. Tetapi anaknya yang berusia 19 tahun, masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Kluang, tingkatan 6 sudah termengandung 5 bulan sebelum nikah. Anak perempuan ini lahir ke dunia ini 19 tahun dulu, diberi pendidikan agama yang baik dan menjadi harapan keluarga. Bapanya pula adalah orang yang baik di kampungnya dan bukannya dari keluarga yang bermasalah.

Semalam saya nikahkan satu pasangan, lelaki 20-an bekerja di sebuah kilang di JB dan berasal dari Kluang. Manakala perempuan 19 tahun, masih bersekolah dan akan ambil STPM tahun ini. Sebelum saya nikahkan, saya menasihati lelaki supaya menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Kepada perempuan semoga menjadi isteri yang baik dan menasihatinya supaya terus mengambil peperiksaan dengan jayanya tahun ini.

Waktu saya hendak nikahkan, selepas wali iaitu bapanya menyerahkan saya sebagai wali berwakil, ayahnya keluar dari majlis itu sambil menangis. Saya faham betapa sedihnya perasaan seorang bapa yang tidak dapat melawan ketentuan Allah Taala. Bapanya tidak sanggup melihat majlis akad nikah itu kerana tidak dapat menahan kesedihan. Orang lain terdiri dari keluarga lelaki dan perempuan, senyap dan sunyi sepi dalam majlis itu. Kemudian semuanya bersyukur kerana sekurang-kurangnya lelaki bertanggungjawab atas perbuatan yang dilakukan sebelum bernikah dan sah sebagai suami isteri. Mudah-mudahan bahagia hingga ke akhir hayat.

5 ulasan:

  1. budak2 sekarang suka ikut nafsu, sepatutnya bila hendak melakukan sesuatu yang buruk, ingatlah mak ayah dirumah, kasihanilah mereka, jangan lah malukan mereka. kenangkan kasih sayang yang telah mereka curahkan

    BalasPadam
  2. moga kita sama2 ambil iktibar dari kisah ini..
    Allah itu maha penyayang.. ada hikmahnya disebalik semua yg berlaku. wasalam

    http://improveslife.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. saya ada kemuskilan,,

    benarkah apabila wanita ini habis bersalin (habis pantang) dia perlu dinikahkan semula???.

    saya mendengar pelbagai pendapat ttg ini...ingin tanya pendapat saudara

    BalasPadam
  4. Pendapat tu tak betul. Tak perlu nikah semula

    BalasPadam
  5. nama anaknye boleh tukar bin/binti kan ayah kandung yer tak?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.