Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 November 2012

Dr Zahazan Mohamad Penceramah Maal Hijrah Peringkat Daerah Kluang

Semua orang Islam dijemput ke Masjid Bandar Kluang pada 14 November 2012, Rabu sempena sambutan Maal Hijrah. Aturcara adalah seperti berikut :
6.00 petang : Bacaan Yasin dan tahlil
                    : Bacaan Doa akhir tahun hijrah.
                    : Solat Maghrib
                     : Bacaan doa awal tahun hijrah
                     : Pengumuman Tokoh Maal Hijrah Daerah Kluang.
                     : CERAMAH AGAMA oleh :
                      Ustaz Dr Zahazan bin Mohamad, bekas pensyarah
                      Universiti Islam Antarabangsa.
                      (Sering muncul di TV dan Radio IKIM.FM /
                       Pengarah Urusan Majalah SOLUSI)
                     : Solat Isyak.
                     : Jamuan makan malam.
Semua dijemput hadir.


Gaji Kakitangan Kerajaan Naik 5 Peratus Tahun Depan ?


Pagi ini bila baca sebuah akhbar harian popular, muka depannya memuatkan berita sensasi mengenai kenaikan gaji kakitangan awam. Yang saya faham (orang lain saya tak pastilah dia orang faham macam mana), gaji semua kakitangan awam akan naik 5 peratus tahun depan.
Reaksi awal saya masa berbual dengan kawan-kawan, saya kata begini.
 
"Semuanya bergantung atas diri kita sendiri.......Macam tak ada guna gaji naik setinggi mana pun, kalau kita tak belanja berhemah. Tengoklah, hari ni, belum pun naik gaji 5 peratus, ada yang dah ambil kalkulator kira kenaikan berapa."
"Lepas tu ada segelintir yang congak-congak nak buat personal loan dan nak beli kereta baru atau rumah baru. Sedangkan buat personal bukan ada tujuan apa-apa, sekadar nak nampakkan kita ada duit. Lepas tu, duit dihabiskan setahun dua saja tapi kena potong gaji sampai 15 ke 20 tahun."

Kereta Baru

"Yang beli kereta baru pula memang syok. Tapi orang tu dah ada  kereta lama yang masih baik yang dah habis bayar bank. Atau bayaran ansuran bulanannya dah nak habis. Ada orang kata, kalau sebelum ni bayar kereta RM 600 sebulan boleh, kalau bayar RM 800 sebulan lepas ni tak ada masalahlah sebab tahun depan gaji naik RM 200. Tapi pada saya semua ini silap, maknanya gaji naik dia cuma dapat nikmat kereta baru saja ler"

Rumah Baru

"Beli rumah pun kena hati-hati, jangan ikut sedap hati jer. Kawan kita beli rumah, janganlah kita nak berlawan-lawan. Mungkin kawan kita tu gaji lebih, tapi kita ? Kenalah tengok kemampuan kita sendiri. Orang tu pun mungkin dah ada rumah. Tapi bila gaji naik, mulalah rasa rumah dia tak selesa dan nak beli rumah baru yang lebih mahal. Lepas tu nak buat ubahsuai rumah ribu-ribu. Ada orang duit habis untuk repair rumah saja. Dapat bonus repair rumah, dapat naik gaji repair rumah, buat personal loan repair rumah, dapat KWSP repair rumah. Sedangkan duit simpanan dia tak ada, habis....."

"Kalau begitulah sikap kita, lebih baik tak naik gaji. Sebab, naik setinggi mana pun gaji kita, kita masih di tahap i tu. Nasihatlah kawan-kawan terutama yang baru-baru kerja ni, janganlah terburu-buru".

Pelaburan Emas

"Ini tengok pelaburan emas. Ada orang terlalu ghairah beli atau melabur emas. Bacalah tulisan kat blog saya, lebih setahun dulu saya dah minta orang berjaga-jaga dalam pelaburan emas. Saya kata, banyak yang meragukan, tapi orang kita terjebak juga. Sekarang bila dah terkena, tak bolehlah kita nak salahkan sapa-sapa."

Kata saya pada kawan saya. Ini kira kata-kata nasihat sebelum sama-sama dapat kenaikan gaji. Tidak lupa juga, kepada yang gaji tahunannya naik Januari setiap tahun, lagilah banyak kenaikannya nanti.
Dalam jam 6.00 petang, keluar berita kat radio. Katanya, kenaikan itu bukanlah semua penjawat awam yang 1.4 juta seperti yang akhbar tu kata. Tapi hanya kepada kakitangan yang dah sampai gaji maksimum saja. Maknanya beberapa orang sajalah yang terlibat. Rasanya yang dah umur 50 tahun lebih yang dah dekat nak pencen saja yang naik gaji tu. Itupun bukan semua.

Melepaslah kita orang.


Dah Periksa Saman Trafik Kereta Kita Ker ?

Tadi duduk kat Restoran Mamak, lokasi pengambaran kisah Sudah Nasibku Mat Burger . Kat kedai tu, syok, wifi free laju. Kalau download apa-apa program, beberapa saat saja dah dapat. Telefon saya Samsung, masuk ke 'play store' dan dapat download free banyak benda baru.
 
 
Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus
 
Ada satu program tu, boleh download 'Soal jawab Ustaz Azhar Idrus'. Banyak soal jawab boleh baca kat situ. Kalau beli buku tu mungkin cecah harga RM 20, tapi download free jer. Soaljawabnya pun lengkap termasuk bab akidah, ibadat, Quran, Hadis, kekeluargaan dan banyak lagi. Jawapannya pun ringkas dan padat serta mudah difahami.
 
Saman Trafik
 
Ada satu program ini pula, lambang polis iaitu 'Malaysia Police Summons'. Saya download beberapa saat jer. Bila dah dapat tu, kita boleh taip no ic kita.
 
Ermmmm... nampaknya cepat betul saman kita masuk kat situ. Saya taip no ic kawan saya, nampaknya dia ada beberapa saman. Sampai saman hari Ahad balik Raya Haji pun boleh masuk. Baru 4 hari tu. Siap dengan gambar sekali pulak tu.
 
Anda Bagaimana ?
 
Yang lain tu, entah-entah ada juga saman. Tengok ler sendiri....

29 Oktober 2012

Gadis Anak Sulung Nikah Lelaki Indon

Perempuan ini umur 18 tahun, anak sulung bernikah dengan lelaki Indonesia 29 tahun. Perkenalan mereka lebih kurang setahun lalu mendapat restu ibu dan bapa mereka, akhirnya bernikah.

Lelaki ini bekerja sebagai buruh binaan lebih di sini sejak 3 tahun lalu dengan pendapatan antara RM 2,000- 3,000 sebulan bergantung kepada kerjanya. Mereka bernikah mengikut cara yang betul, bukan nikah lari macam cerita Nasib Labu Labi.
Selamat pengantin baru.

26 Oktober 2012

Aksi Cemas Lembu Korban Terlepas

Tadi, dalam jam 6.15 petang, saya ke Pantai Pandak, Cendering, Kuala Terengganu. Sempat saya merakam gambar semulajadi menarik seperti di atas. Tiba-tiba nampak aksi kejar mengejar, rupanya beberapa pemuda bermotosikal dan berlari, kejar seekor lembu jantan. Ini mesti lembu korban, fikir saya.
 
Lembu ini menggemparkan orang ramai yang ada kat situ. Pusing keliling lembu ni nak lari tapi tak boleh. Lembu ni masuk kat hutan sekejap, lepas tu keluar semula sebab lembu ni tahu itu bukit. Lembu ni nak ke pantai, tak boleh, ada laut.
 
Ramai juga yang tolong kejar dan kepung naik moto. Saya pun sama dan beranikan diri untuk ambil gambar. Satu gambar ini, saya betul-betul di depan lembu dan dia meluru ke arah saya. Bila dah dekat, saya lari sebelah kereta.
 
Masa itulah seorang lelaki ini berjaya ikat leher lembu ini. Kira memang profesional betul orang ni. Yer ler, dia kerja ternak lembu atau jaga lembu, mesti dia tahu. Berjaya juga lembu ni ditangkap. Mesti untukkorban esok atau lusa.

24 Oktober 2012

Perjalanan Hidup Anak Luar Nikah Yang Melahirkan Anak Luar Nikah


Kisah silam, ibu dan bapa perempuan ini berzina sebelum nikah. Hingga lahir seorang anak perempuan beberapa bulan selepas pernikahan yang sah mak dan ayah dia. Bila lahir tak cukup tempoh, anak perempuan ini dibintikan 'Abdullah' sedangkan bapa dia nama lain.

Bila anak ini besar, pada usia 17 tahun, perempuan ini bernikah berwalikan hakim kerana dia anak luar nikah. Masa pernikahan dia ni dengan si Mamat umur 20-an ini, dia dah buncit sebesar buah tembikai harga RM 10 sebiji iaitu dah mengandung dalam 7 bulan.. Dalam 2 bulan lepas nikah, perempuan ini melahirkan seorang anak perempuan. Diberikan nama anak perempuan ini dengan dibintikan 'Abdullah'.

Tiga tahun usia pernikahan pasangan ini bercerai dan melalui perintah mahkamah, bapanya mendapat hak penjagaan anak. Tidak perlulah dipanjangkan untuk nak tahu punca dan sebab musabab kenapa bercerai tu.

Cerita Berbelit Sikit

 Harap fahamlah dengan cerita saya kali ini walaupun berbelit sikit cakap saya. Sebab apa berbelit ? Semalam saya ke sebuah pasaraya besar beli satu barang. Pekerja Bangla itu berbual dengan saya, bahasanya berbelit-belit. Dia baru 3 bulan kerja kat sini tapi dah pandai cakap Melayu pasar.

"Awak kerja sini sudah dapat gaji ker ?" Tanya saya.

"Apa bos ? Sudah dapat gaji ker ? Bos, sudah dapat gaji ker bos". Kata Bangla tu.

Pening kepala saya layan Bangla ni.

23 Oktober 2012

Pelabur Emas Semakin Cemas (Episod 14)

Bila saya cerita pasal emas dalam episod yang lepas (klik sini), ramai juga yang bertanya kepada saya melalui facebook saya. Kebanyakan mereka mengucapkan terima kasih kerana pendedahan saya dan menceritakan pengalaman mereka. Saya tak mahulah ceritakan apa yang diceritakan pada saya di sini kerana  masih terlalu awal.

Ayat yang menyebabkan mereka menghubungi saya adalah nasihat saya supaya menjual emas pelaburan mereka sekarang setelah pihak berkuasa mendedahkan di akhbar utama. Nasihat saya ini dengan harapan supaya penganjur yang terbabit tidak lari lagi. Kalau kita jual pun, kita masih dapat wang kita.

Hanya Mahkamah Boleh Serahkan Emas Kita

Hari ini di akhbar, kenyataan yang lebih terperinci mengenai kes pelaburan emas ini. Iaitu hanya mahkamah saja yang boleh menentukan ke mana wang atau emas rampasan itu. Apa pun keputusan mahkamah sama ada emas/wang itu dipulangkan semula kepada pelabur teraniaya, atau tidak dipulangkan iaitu dilupuskan. Atau dijadikan derma kebajikan atau jadi ased negara atau apa saja keputusan.

Hakim berhak menentukan setelah  kes ini selesai. Bila nak selesai ? Jangan tanyalah bila. Memang selagi kes tidak selesai, emas/ wang itu dijadikan bahan bukti pendakwaan dan tak boleh dipulangkan kepada pelabur.

22 Oktober 2012

Persenda Ibadat Korban di Facebook... Sila Hentikan

Saya baca satu tulisan di FB, lebih kurang begini. Iaitu peragut disembelih oleh orang kampung. Mulanya saya ingat, ini kisah pencuri yang kena tangkap yang kemudiannya disembelih dengan parang tajam oleh orang yang menangkapnya.

Rupanya ceritanya, peragut yang dimaksudkan adalah lembu atau kambing. Iaitu ibadat korban, bukannya pencuri. Yer ler, lembu dan kambing itu peragut rumput, bukan ragut beg tangan orang. Lawak ini serba sedikit memberi maksud, lembu itu disembelih kerana kesalahan meragut rumput tanpa izin.

Kenapalah Buat Lawak Sebegini ?

Memang ini ada unsur lawat dan menarik peminat membacanya. Tapi sedarkah kita, bahawa kita sedang menghina atau mempersendakan ibadat korban itu sendiri. Sedangkan ibadat korban adalah sunat yang sangat dituntut. Juga kita mengenang sejarah pengorbanan agung Nabi Ibrahim a.s yang menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s kerana ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Allah. Kemudiannya Allah menggantikan sembelihan itu kepada kibas.

Kenapalah hendak dibuat lawak benda sebegini ? Banyak lagi nak lawak benda lain. Tidak mustahil, nanti ada orang terutama anak-anak yang melihat lembu korban disembelih, mereka akan buat lawak bodoh, konon itulah hukuman kepada peragut. Jadi percuma saja, hukum Islam dihina.

Dalam Blog Pun Ada

Bukan saja di FB, dalam blog yang banyak tulis pasal Islam pun ada memuatkan lawak ini. Saya harap, dihentikanlah serta merta. Kita marah pada musuh Islam yang hina Islam dalam filem dan sebagainya, sedangkan kita sendiri tidak sensitif malah sama terlibat.

Kepada sesiapa yang telah menulis dalam FB atau blog, sila padamkan segera. Kalau kita baca tulisan ini dari rakan kita di FB, jangan kongsi/ share atau suka/ like, kerana kita akan menyebarkan kepada orang lain pula. Mohon maaf atas teguran saya........

19 Oktober 2012

Pelajar Universiti Mengadu 'Datang Bulan' Bila Kena tangkap Khalwat

Lelaki dan perempuan umur 20-an, kedua-duanya masih belajar di sebuah universiti tanahair. Perempuan orang Kluang dan bawa pakwe dia datang Kluang. Mula janjinya perempuan tidur rumah dia dan lelaki tidur hotel. Tapi akhirnya ubah perancangan iaitu sama-sama tidur hotel.

Dalam jam 4.00 pagi, bilik mereka diperiksa oleh penguatkuasa JAIJ dan pasangan ini disoal siasat.

"Saya tak salah. Saya sedang datang bulan dan senggugut. Jadi saya tak salah". Kata perempuan ini. Lelaki dah terdiam ketakutan.

Tapi alasan itu tidak dilayan sebab mereka berdua saja dalam bilik ini bersama lelaki bukan mahram dia, maka nak buat alasan macam mana pun, tangkapan khalwat tetap dilakukan. Dia nak kata datang bulan ker, datang bintang ker, kita tak ambil kisah. Yang penting, penguatkuasa yang datang tangkap dia.

Budak Tingkatan Lima 'Lemas' Dalam Hotel Dengan Pakwe


Perempuan ini 17 tahun, masih sekolah tingkatan 5,  keluar dengan pakwe dia pergi makan. Pakwe dia umur 20-an bekerja di sebuah kilang. Lepas makan, mereka ambil keputusan untuk menyewa hotel dalam jam 11.00 malam, lelaki belanja.

Bagaimanapun, dalam jam 4.00 pagi, pasangan ini ditangkap oleh penguatkuasa JAIJ. Hanya mereka berdua saja dalam bilik dan sedang nyenyak tidur.

Pekerja Karaoke Kena Tangkap Khalwat Lepas Balik Kerja


Lelaki umur 20 tahun, perempuan 19 tahun, kedua-duanya bekerja di sebuah pusat karaoke di Simpang Renggam dalam daerah Kluang. Pasangan kekasih ini balik kerja berdua dan menaiki motosikal lelaki, terus ke bilik sewa perempuan di sebuah rumah kedai di Simpang Renggam dalam jam 1.00 pagi.

Pada jam 2.00 pagi, sebaik saja penguatkuasa Jabatan Agama Johor daerah Kluang membuat pemeriksaan di dalam bilik sewa tersebut. Tertangkaplah  pasangan yang hanya mereka berdua sahaja dalam bilik ini.

kes ini akan didakwa di Mahkamah Syariah Kluang tidak beberapa lama lagi. Jika sabit kesalahan di bawah seksyen 27 Enakmen Kesalahan jenayah Syariah Johor boleh didenda sehingga RM 3,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

17 Oktober 2012

Pelabur Emas Risau Dalam Cemas, Lagi Pendedahan (Episod 13)

Hari ini, muka depan sebuah akhbar popular tempatan mendedahkan kenyataan pihak berkuasa, bahawa banyak lagi skim perniagaan emas yang meragukan. Dengan beraninya akhbar tersebut menyebut nama-nama syarikat tersebut tanpa berselindung.

Saya ada ramai kawan di kalangan wartawan, dan saya tahu, sesuatu berita terutama nama yang khusus tidak boleh sewenang-wenangnya ditulis dalam akhbar sebelum cerita tersebut dipastikan. Kalau tidak, penerbit, penulis dan yang sewaktu dengannya boleh berhadapan dengan saman di mahkamah.

Dulu Saya Sudah Dedahkan

Dari dulu lagi, saya menimbulkan banyak keraguan mengenai pelaburan emas ini. Antaranya saya syak, ada orang yang mengambil kesempatan terhadap kenaikan harga emas beberapa tahun ini untuk mencari pelabur baru. Tapi, adakah pelaburan itu benar-benar terjamin ?

Dalam bab jaminan ini ada dua. Pertama, adakah pelaburan ini berlesen ? Kedua, kalau berlesen pun, apakah risiko yang boleh kena pada pelabur ?

Bukan saya dengki kepada sesiapa terutama kepada pengusaha, agen atau pelabur. Tapi saya mengenang sejarah lampau iaitu sudah ramai terutama yang sebangsa dan seagama dengan saya yang terduduk rugi kerana tertipu. Juga saya teringat cerita orang dulu-dulu iaitu Mat jenin, Lebai Malang dan Si Luncai.

Mudah-mudahan Tidak Tertipu

Saya percaya, puluhan ribu malah mungkin ratusan ribu pelabur yang terlibat dalam pelaburan ini. Jumlahnya pula bukan sikit punya ringgit. Kalau pelabur seorang melabur dalam RM 1,000 atau 5,000. Tak reti saya nak kira. Tapi macam kalau duit tu beli tempe, boleh susun tempe tu dari Johor Bahru sampai Songkla, Siam.

Termasuk yang disebut dalam akhbar berkenaan yang kawan saya masuk. Yang saya tahu, cara perniagaannya ada dengan membeli dan memiliki emas, bukan pelaburan secara lansung. Jadi, mungkin juga kalau syarikat ini diambil tindakan, maka pembeli masih memiliki emas dan boleh dijual di tempat lain. Cuma persoalan lain adalah ketulinan emas berkenaan dan berapa harga yang laku jika dijual ditempat lain ?

Selamatkan Duit Kita Dulu

Lagi satu, kalau syarikat itu hanya sebagai pelaburan dan pelabur tidak memiliki apa-apa, risikonya lagi berat. Kalau sayalah, kalau cerita ini dah keluar, elok hari ini juga pergi dapatkan duit kita balik semula. jangan fikir nak untung, dapat duit pokok kita pun dah cukup. kalau syarikat itu ada janji nak kasi berlipat ganda, janganlah percaya, selamatkan duit kita dulu.

Nak salahkan sesiapa dah tak boleh. Terimalah hakikat yang kita dulu dah tertipu atau kena tipu, sekarang masanya nak selamatkan diri kita. Bukan kita hendak kena tipu tapi dah terkena, nak buat macam mana.

Diharapkan, pelabur semuanya selamat, sama-sama kita doakan. Biar pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dengan baik. Janganlah ada orang kita kata, tindakan pihak berkuasa ini adalah untuk sekat ekonomi orang kita. Atau kata, ini adalah agenda musuh kita hendak menjatuhkan ekomoni orang kita, dan sebagainya lagi.

11 Oktober 2012

Pakcik Ni Kena Denda RM 2,000 Kerana Masuk kedai Nombor Ekor

Pakcik ini, 50-an, kerja pekerja am, terkejut apabila hakim mahkamah syariah memutuskan hukuman denda RM 2,000 kepadanya. Dia tak ada cukup duit kerana dia bawa duit dalam lingkungan RM 1,000 saja.  

Dia sebelum ini ditangkap di dalam kedai nombor ekor dan dia tidak membeli nombor ekor pun. Sebelum masuk mahkamah, dia ada juga tanya-tanya orang lain pasal kes dia. Ada orang kata, kalau setakat tuduhan berada dalam kedai tapi tak beli, hukumannya tak berapa tinggi. Maka pakcik ni kata, 1,000 tu dah lebih pada cukup.

Akhirnya Anak Bini Tahu Juga

Rupa-rupanya, dia hadir ke mahkamah tanpa pengetahuan isteri dan anak-anak dia. Sejak dari ditangkap dulu, penjamin kes dia adalah kawan dia. Bukanlah susah kawan dia jadi penjamin, bukan kawan dia kena bayar sesen pun untuk jadi penjamin. yang penting bukan bini dia jamin.

Bila mahmakah dah putuskan, apa dia nak kata. Dua ribu, dua ribulah, kalau tak bayar, nanti boleh kena masuk penjara. Nak merayu apa lagi, tadi dalam mahkamah hakim dah beri peluang nak merayu. Kalau nak ikut hukuman maksimum, denda RM 3,000 dan penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Nak tak puashati macammana, kira puashatilah tak kena 3,000 atau merengkok dalam penjara 2 tahun.

Apabila kurang duit RM 1,000 lagi barulah pakcik ini terpaksa berterus terang pada isteri dia yang tak kerja. Maka gelabahlah macam nak pitam isteri dia bila tahu suami kena hukum oleh mahkamah. Terpaksalah berterus terang, iaitu kes nombor ekor. Tapi suami tetap pertahankan yang dia tak beli, cuma berada dalam tu saja.

Pukul 5.00 petang kalau tak bayar, nanti masuk penjara Kampung Gajah, Kluang. Maka sejam lagi nak pukul 5, datanglah anak lelaki dia bawa duit. Katanya, ini anak sulung dia yang sekarang belajar kat universiti tempatan. Entah duit dari mana dapatnya, tidaklah ditanya mana datang duit tu. Yang peting bayar. Anak pula diam saja tak kata apa, tapi dalam hati, entahlah apa anak dia kata. Itu belum lagi kat rumah nanti bila berdepan dengan bini dia. Mesti berasap punya kena bebel isteri dia.

"Awak tu dah tua, tak tobat-tobat main nombor ...." Gitulah agaknya dia kena bebel nanti.

Jangan Pandang Kecil Kes Berada Dalam Kedai Judi

Tahniah dengan keputusan hakim ini yang beri hukuman tinggi juga dalam kes ini. Walaupun orang ini tak beli, cuma berada saja dalam kedai tapi hukuman ini sudah cukup jadi pengajaran. Bayangkan, kalau orang Islam bebas dan ramai-ramai duduk dalam kedai judi sampai macam pesta kalau tidak dihukum dengan tegas.

Lagi satu, tak payahlah berlakon dan bersendiwara. Sebenarnya orang yang masuk kedai judi ni, tak lain, adalah nak beli nombor tapi belum sempat. Tengah beratur lepas tu sedar ada operasi, maka mereka lari. Atau ada yang dah beli nombor tapi campak nombor dari tangan bila ada operasi. Macam-macam hal....

10 Oktober 2012

Suami Orang kena Tangkap Dengan Janda Bergetah

Lelaki 30-an bekerja sebagai kakitangan kerajaan, sudah beristeri dan  anak sudah dua orang. Manakala perempuan 30-an juga kakitangan kerajaan, janda bercerai dan punyai anak 2 orang. Lelaki kerja di Kluang manakana perempuan bekerja di sebuah negeri lain tapi dalam jabatan yang sama.

Katanya, mereka sudah kenal sejak 5 tahun dulu dan hubungan mereka semakin intim. Katanya, mereka ada hasrat nak bernikah tetapi lelaki mendapat tentangan dari 'Mak Andeh' kat rumah.

"Benda lain saya boleh kongsi, tapi bendealah itu saya tak boleh!....... Kalau awak gila sangat kat perempuan miang tu, awak tinggalkan saya!....." Kata Mak Andeh masa darahnya tengah mendidih dan mulutnya macam berteh goreng.

Kena Tangkap

Baru-baru ini, perempuan datang ke Kluang, katanya ada berkaitan kerja, tapi yang paling penting adalah ada orang nak kerjakan dia. Mereka pergi makan tomyam dan lepas itu masuk hotel dalam pukul 10.00 malam naik kereta perempuan. Dalam jam 1.00 pagi, pasangan ini kena tangkap kes khalwat dan akan didakwa di Mahkamah Syariah tak lama lagi.

07 Oktober 2012

Bapa Lelaki Tak Setuju Anak Nikah Dengan Perempuan Lebih Tua

Lelaki bujang awal 20-an hendak bernikah dengan perempuan anak dara lewat 20-an tetapi mendapat tentangan dari keluarganya terutama bapanya. Ibu bapa dah puas nasihat dan kemudiannya marah-marah kepada anaknya itu. Anak dituduh derhaka kerana tik dengar cakap orang tua.

Alasan yang diberikan oleh bapanya adalah kerana perempuan itu lebih tua dari anaknya, itu saja. Lelaki ini bekerja di sebuah kilang manakala perempuan sebagai pembantu kedai. Kalau nak kaji dari segi lain, bukanlah ada apa-apa alasan untuk keluarga menghalang, apa lagi alasan mengikut syarak. Timbul pula cerita yang bapanya berhasrat  hendak menjodohkan lelaki ini dengan perempuan lain pilihan keluarga.

Akhirnya lelaki mengambil  keputusan untuk bernikah juga, walaupun ibu bapanya tetap tidak merestuinya. Pernikahan berwalikan bapa perempuan dan bapa perempuan menyedari yang pengantin lelaki tidak mendapat restu keluarga. Tetapi bapa perempuan lebih matang dan menerima ketentuan ini.

Ini bukan zaman dulu-dulu yang jodoh anak-anak diatur oleh keluarga, sekarang masuk zaman internet dan facebook. Anak-anak sekarang ada pilihannya sendiri dan berhak menentukan jodoh serta masa depannya sendiri. Kalau bapak carikan perempuan lain untuk jodohkan anak, elok bapak sajalah nikah lagi satu, tak ker elok begitu ?

"Ingat... selepas nikah ini, carilah masa yang sesuai untuk bawa isteri jumpa mak dan ayah. Antara masa yang sesuai adalah pagi Hari Raya Haji yang tak lama lagi ini...." Kata Kadi sebelum menikahi pasangan ini.

Lelaki kelihatan sebak dan menangis sambil mengesat air mata.

"Walaupun pernikahan tidak dapat restu  mak ayah, janganlah buang keluarga. Kamu anak lelaki sulung dalam keluarga, jadilah contoh yang baik kepada adik-adik kamu." Kata Kadi lagi sambil lelaki ini mengangguk-angguk menunjukkan rasa tersentuhnya.

05 Oktober 2012

Isteri Gedik Kena Tangkap Dengan Lelaki Bujang


Seorang perempuan 30-an sudah ada suami dan seorang anak, ditangkap khalwat dengan lelaki bujang 30-an. Kedua-dua mereka bekerja di tempat yang sama. Pada hari kejadian, mula-mula mereka berdua pergi naik kereta ke majlis perkahwinan rakan sekerja mereka. Lepas itu, dah agak malam, singgah di rumah bujang lelaki tu.

Katanya, tak sempat balik ke rumah perempuan itu sebab sudah malam, takut hantu kot. Jadi, kenalah tinggal di rumah lelaki itu untuk malam itu. Tak kisahlah, sebab anak dia mak dia jaga hari tu. Suami pula sibuk bekerja. Maka mereka berdua saja di dalam rumah dan pada jam lebih kurang 4.00 pagi, pasangan ini ditangkap oleh penguatkuasa.

04 Oktober 2012

Baru Kenal Dua Hari, Dah Bawa Awek Balik Rumah

Lelaki ini budak sekolah menengah, katanya mengenali perempuan ini yang juga sekolah menengah melalui telefon. Mereka dari daerah yang sama tapi berlainan sekolah. Dua hari lepas kenal, lelaki ini pinjam moto kapcai abang dia dan bawa perempuan ni bersiar-siar di kawasan taman perumahan.

Bila rasa line clear iaitu waktu mak, ayah dan adik beradik dia tak ada dalam rumah, maka lelaki ini bawa perempuan ini masuk rumah dia lebih kurang jam 3.00 petang. Pintu pagar ditutup tetapi tak berkunci. Moto dia letakkan dalam pagar. Pintu sliding ditutup tapi tak berapa kemas dan tak berkunci. Gril pada sliding itu bermangga dan berlansir.

Maka mereka berdua buat projek dalam rumah tu berdua. Tapi adalah orang, yang dikenali sebagai generasi 'Y' yang buat aduan kepada pejabat agama. Dalam jam 4.30, mereka ditangkap oleh penguatkuasa sewaktu berdua sahaja dalam rumah. Mereka kata, perempuan masuk rumah tumpang buang air. Tapi entah kencing batu agaknya sampai dah lebih sejam berada dalam rumah dan mereka akhirnya dah tak ada alasan nak lepas.

Hasil siasatan, mereka mengakulah baru dua hari saja kenal memalui telefon.

Kisah Kereta Lelong Kastam : Saya dan Kereta BMW (Episod 12)



Saya cadang nak ambil borang tu, buat bank draf dan hantar semula hari Isnin. Saya di Kluang dan nak hantar kat JB, maka nak siapkan satu harilah ikut rancangannya. Bagaimanapun, hari Isnin tu saya tak jadi pula pegi JB sebab ada kerja sikit. Lagi pun tak berapa kisah sangat, rasa masanya masih lama lagi.

Esoknya, Selasa saya cuti dan pergi JB dengan kawan saya. Sampai di Kastam Larkin dalam jam 11.45, saya minta kawan saya tu naik ambil borang. Saja suruh dia sebab saya nak tunjuk muka masa hantar nanti. Ambil borang orang lain pun boleh.

Tapi, lama juga saya menunggu kat dalam kereta, member tu tak muncul-muncul. Ke mana dia ? Sesat ker ? Dah dekat 30 minit menunggu, baru kawan saya tu turun dengan gelabahnya. Apa terjadi ? Dia tak bawak borang yang saya ambil pun.

Kenapa yer ?


02 Oktober 2012

Pengalaman Ngeri DJ Radio Best104 Kena Culik

Seorang penyampai (DJ) di stesen radio Best 104 di sini nyaris menjadi mangsa culik, bunuh dan bakar selepas dilarikan lebih sepuluh lelaki tidak dikenali dalam kejadian jam 1 pagi, Sabtu lalu di Johor Bahru.

Menceritakan detik-detik cemas dilaluinya, dia berkata, selepas tamat bekerja pada hari itu, dia terus memandu kereta menuju ke rumah ibunya di Kampung Sungai Danga, di sini.

“Saya memandu seperti biasa di Lebuhraya Persisir Pantai dan terkejut apabila tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah terus menuju ke depan menghalang Proton Neo yang saya naiki.

“Seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut, sebelum kereta saya dihimpit pula di sebelah tepi oleh sebuah Kereta Wira yang juga datang secara tiba-tiba,” katanya membuka cerita.

Menurutnya, segala-galanya berlaku begitu pantas sehingga dia tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa.

“Salah seorang daripada lelaki tersebut membuka pintu kereta lalu mengacukan pisau Rambo ke leher saya. Dia menarik saya keluar dan memaksa menaiki keretanya.

“Sebaik sahaja saya masuk, muka saya segera diserkup dengan kain dan tangan pula diikat,” katanya kepada wartawan sewaktu ditemui di rumah keluarganya, di sini.

29 September 2012

Lafazkan Syahadah Selepas Dengar Ceramah Dr Zakir Abdul Karim Naik


Ribuan membanjiri Dataran Bandaraya Johor Bahru malam tadi dalam ceramah Dr Zakir Abdul Karim Naik. Ramai juga yang hadir terdiri daripada orang bukan Islam. 

Suatu yang mengejutkan adalah seorang lelaki bukan Islam mengucapkan syahadah dan masuk Islam selepas mendengar ceramah itu. Perkara mengejutkan ini disaksikan oleh ribuan yang hadir malam tadi. Selepas ini, Dr Zakir akan turut berceramah di UITM Shah Alam, Dewan Jubli Perak Kuantan dan PWTC Kuala Lumpur.

28 September 2012

Kenapalah Kakak Dia Kata Wali Dia Gila, Padahal Tak Gila


Seorang wanita 40-an hendak bernikah dengan lelaki 50-an. Perempuan ni ibu tunggal dan sebelum ini pernah bernikah berwalikan bapa. Lelaki pula adalah duda.

Sekarang perempuan ini hendak bernikah berwalikan adik lelakinya. Apabila ditanya mengenai bapa dan datuknya, dia menjelaskan bapa dan datuknya sedah meninggal dunia dan menunjukkan surat mati. Dia hanya seorang sahaja adik lelaki dan lain-lain adik beradiknya adalah perempuan. Maknanya adik dia sajalah yang berhak menjadi wali perkahwinannya.

"Adik saya iaitu wali saya gila, sakit mental". Kata perempuan ini.

"Ada surat dari hospital yang menyatakan dia gila ?" tanya ustaz.

"Surat tak ada tapi adik saya ini memang gila, semua orang dah tahu". Kata kakaknya.

Ermmm.... secara kasar, nampaknya adiknya tak layak jadi wali. Berkemungkinan akan berwalikan wali yang lain atau wali hakim. Perempuan ini bersetuju berwalikan hakim. Tetapi.... ada soalan yang belum terjawab, iaitu betulkah adik dia ini gila ?

"Okey, saya akan datang ke rumah kamu (jaraknya lebih kurang 35km) untuk pastikan adik kamu gila. Atau seorang jurunikah akan dihantar ke sana untuk mengesahkan adik kamu gila". Kata ustaz.

Terus perempuan ini berubah mukanya dan jadi kelam kabut. Akhirnya, tidak semena-mena dia mengaku adik dia tidak gila. Malu muka dia... Akhirnya dia bernikah juga berwalikan adik, adiknya pun tiada masalah dan setuju jadi wali.

Tapi, persoalan yang belum terjawab, mengapa kakak dia kata adik dia gila yer ?

Ceramah Dr Zakir A.Karim Naik di Johor Bahru Malam ini 28 Sept 2012 (Jumaat)

Semua dijemput hadir di Dataran Bandaraya, Johor Bahru jam 8.00 malam ini.

Siapa Dr A.Zakir A.Karim Naik ?

 Dr Zakir Abdul Karim Naik, seorang doktor perubatan yang berubah haluan menjadi cendekiawan.

Tidaklah hairan ke mana sahaja Dr Zakir pergi sekarang, orang menggelarnya ‘Ahmed Deedat Plus’. Deedat, yang luas ilmu, tajam fikiran dan telah menjelajah seluruh dunia untuk menyampaikan mesej agama itu melalui ribuan ceramah, menggelarkan Dr Zakir ‘Deedat Plus’, kerana ketinggian ilmu dan ketajaman fikirannya itu.

27 September 2012

Waspada Dengan Kegiatan Syiah Di Negeri Johor

 
Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) mengesan 300 orang daripada 60 keluarga di bandar raya ini berfahaman dan mengamalkan ajaran syiah.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Datuk Zainal Abidin Osman berkata pemantauan berterusan JAIJ mendapati kesemua mereka berada di tiga markas iaitu di Kampung Sungai Tiram, Larkin Perdana dan Taman Daya, di sini.

"JAIJ menerima aduan daripada orang ramai berhubung penglibatan segelintir umat Islam ini. Siasatan mendapati mereka mengamalkan ajaran syiah beraliran Jaafariyah Isna A'shar yang berasal dari Karbala, Iran," katanya  ketika menjawab soalan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (BN-Jorak) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini hari ini.

Empat Tahun Bercerai, Nikah Semula

Lelaki 50-an dan perempuan 50-an bercerai talak satu empat tahun lalu. Lelaki sebagai petani manakala perempuan tidak bekerja. Lepas bercerai masing-masing duduk rumah masing-masing. Perkawinan mereka lebih 20 tahun dulu dikurniakan 3 orang anak. Seorang anak perempuan bernikah semasa ibu dan bapa mereka sudah bercerai dengan berwalikan bapa.

Lelaki dan perempuan ini tidak bernikah dengan sesiapa sepanjang 4 tahun bercerai itu. Akhirnya pasangan ini membuat keputusan bernikah semula dan melupakan kisah hidup pahit manis perceraian mereka 4 tahun lepas. Majlis pernikahan turut disaksikan oleh anak-anak.

25 September 2012

Mak Ayah Terkejut Besar, Anak Dah Nikah Kat Seberang


Ibu bapa berusia 50-an membesarkan anak lelaki sulung mereka dengan pendidikan agama dan akademi yang baik. Anak lelakinya ini menyambung pelajaran hingga ke pengajian tinggi seterusnya bekerja di sebuah negeri di utara.

Baru-baru ini, pada usia anaknya 20-an, diketahui yang anak lelakinya ini sudah bernikah. Cara ibu bapa mengetahuinya adalah dari orang yang tidak dikenali. Mengetahui berita ini, ibu bapa bergegas menemui anaknya dan didapati anaknya duduk serumah dengan seorang perempuan. Dari segi gaya rumah termasuk pakaian, nampak macam itu rumah keluarga.

Anaknya mengaku sudah bernikah di seberang dan menunjukkan surat nikah itu. Ibu bapa terkejut melihat surat nikah iaitu anaknya sudah bernikah dua tahaun lepas. Bagaimanapun anaknya sedikit pun tidak menunjukkan reaksi sudah bernikah terutama apabila balik ke kampung termasuk hari raya adalah seperti orang  bujang.

Apabila dibongkar lagi, perempuan juga tidak memberitahu keluarganya yang dia dah nikah. Pasangan ini belum ada anak dan mereka rahsiakan pernikahan mereka.

24 September 2012

Asam Garam Hidup Bermadu : Cerita Dari Isteri Kedua


Ifah, umur awal 30-an, masih anak dara sebelum bernikah, bekerja sebagai eksekutif. Semasa umurnya 20-an, dia tidak menyangka akan menjadi isteri kedua malah amat tidak gemar kalau cerita kisah bermadu ini. Akhirnya, Ifah  bernikah dengan suaminya, lewat 30-an hampir 2 tahun lalu. Suaminya ada seorang pegawai di jabatan kerajaan.

 Mereka bernikah di sini, bukan seberang dan dapat kebenaran dari mahkamah syariah. Isteri pertama dipanggil ke mahkamah oleh hakim sebelum kebenaran diperolehi. Dalam keadaan yang serba salah dan tertekan, isteri pertama hadir ke mahkamah.

Peperangan besar berlaku antara isteri dan suaminya bila mengetahui hasratnya bernikah lain. Dia hadir ke mahkamah dan membuat bantahan. Bagaimanapun, hakim mempertimbangkan beberapa perkara termasuk kemampuan dan ekonomi suami. Akhirnya mahkamah memberi kebenaran. Ifah menceritakan yang madunya (isteri pertama) pada mulanya menerima kehadiran isteri kedua, tetapi lama kelamaan, berlaku pergolakan.

Isteri pertama 30-an, bekerja di sebuah pejabat kerajaan dan dikurniakan anak-anak yang masih kecil dan bersekolah rendah. Dia tewas dengan ejekan dan hasutan kawan-kawan sepejabat yang dah jadi buah mulut orang. Ketenteraman isteri pertama hanya boleh bertahan selama 2 bulan saja. Dari seorang wanita yang penyabar dan lembut, isteri pertama bertukar jadi garang atau istilah yang Ifah berikan adalah 'gila meroyan'.

'Gila meroyan, macam mana tu gila meroyan ?'. Tanya ustaz.

'Gila meroyan itu macam orang kena masuk hantu'. Kata Ifah.

'Macam mana masuk hantu tu ?' . Tanya ustaz lagi, seakan tak berapa nak faham.

'Kena rasuk macam orang gila'. Cerita Ifah.

Bercerita pasal gila meroyan dan masuk hantu itu antaranya, isteri pertama sering mengamuk kalau suami tidur ke rumah isteri kedua. Dari pagi siang sampai malam, malam sampai siang, telefon suami akan berbunyi, dah tentu mengganggu ketenteraman. Akibatnya, suami semakin kurang tidur ke rumah isteri kedua dan kalau datang pun dalam keadaan takut-takut macam mat rempit nak curi moto.

Rumah isteri pertama dalam lingkungan 5 km saja dari tempat kerja suami. Semua pakaian suami ada di rumah isteri pertama. Isteri kedua pula jaraknya dalam 40km dan jadi tempat datang-datang suami saja macam orang baca meter letrik.
BERSAMBUNG KE EPISOD KEDUA

22 September 2012

CUEPACS Nak Minta Elaun? Mintaklah....


CUEPACS nampaknya minta kerajaan supaya elaun rumah dinaikkan. Tapi jangan minta itu saja. Bagaimana yang duduk di kuarters kerajaan ? Tentu tak rasa apa-apa kalau elaun rumah naik. Pada saya, nak minta elaun rumah dinaikkan, mintaklah. Kalau permintaan ini ditunaikan, saya rasa, akan ramailah yang beli rumah sendiri atau menyewa di luar. Akan banyak juga kuarters kerajaan yang kosong kalau perkara lain CUEPACS tak pandang.

Cuma jangan lupa, minta juga elaun Cola diberikan penuh kepada yang mendiami kuartes kerajaan, sekarang dapat separuh jer. Contohnya di Johor Bahru, kalau duduk kuarters kerajaan dipotong elaun rumah (semua) dan dipotong separuh elaun Cola yang RM 300 tu.

Satu lagi, kalau duduk pangsapuri kerajaan yang ada caj lain seperti penyelenggaraan bangunan RM 180 sebulan, kena bayar sendiri. Tapi ini soal penyelenggaraan ini bab lainlah.

Baca sendirilah dari akhbar ini :
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menambah Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada penjawat awam dalam belanjawan yang akan dibentangkan di Parlimen 28 September ini.
Sambungannya, Klik Sini

KESIMPULAN SAYA :

1. Minta elaun rumah semua peringkat gred dinaikkan.
2. Penghuni kuarters kerajaan dapat 50 peratus dari jumlah elaun rumahnya.
3. Elaun cola dapat 100 peratus kepada penghuni kuarters.
(Apa macam CUEPACS, ada bernas ke cadangan saya ni? )

Maka dengan itu, semua menang-menang. Sekarang banyak kuarters kerajaan yang orang tak mahu duduk. Jangan kata saya saja buat cerita, ini bukan rahsia lagi. Antara sebabnya adalah sewa rumah di luar lebih murah berbanding potongan elaun rumah dia. Kedua, elaun cola hilang 50 peratus.

21 September 2012

Adik Tak Mahu Jadi Wali Pernikahan Kakaknya


Seorang anak dara 30-an bernikah dengan lelaki bujang 30-an berwalikan hakim. Apabila diminta menceritakan kisahnya itu, katanya adiknya sudah lama tidak bertegur dengan kakaknya. Adiknya sekarang tinggal di sebuah negeri di utara dan bekerja di sana.

Bapa perempuan ini sudah meninggal dunia lama dan hanya seorang adik lelakinya saja yang sepatutnya menjadi wali. Akhirnya perempuan ini berjaya mendapatkan perintah mahkamah kerana 'wali enggan'.

20 September 2012

Beberapa Kali Bercinta dan Putus Tunang Akhirnya Nikah Dengan Suami Orang


Seorang perempuan 30-an, anak dara akhirnya bernikah dengan suami orang 30-an sebagai isteri kedua. Mengikut ceritanya, perempuan ini sudah beberapa kali putus cinta lebih sepuluh tahun lalu dan dua kali bertunang dan putus tunang sebelum ini.

Akhirnya, beliau bercinta dengan seorang lelaki yang sudah punyai isteri dan anak seterusnya bernikah. Nikah pula bukan nikah lari pergi naik tongkang ke seberang, atau naik perahu ke sungai sempadan, tapi melalui permohonan di mahkamah syariah. Isteri pertama turut hadir ke mahkamah syariah dan mahkamah meluluskan permohanan ini.

"Tuan, isteri pertama saya setuju saya bernikah ni". Kata pengantin lelaki.

Isteri Setuju ?

Tak apalah, dengar sajalah apa yang lelaki ni cerita. Kalau ditanya, apa maksud 'setuju' itu lebih lanjut, mungkin ada banyak makna. Mungkin juga setuju dalam keadaan terpaksa atau setuju dalam rela dan lain-lain. Lebih lagi kalau ditanya sendiri pada isteri pertama, maksud 'setuju' tu apa... Tak mustahil, perkataan lain yang keluar dari mulut, yang saya tak mahu tambah menambah lagi.

Akhirnya Bermadu

Berbalik pada cerita di atas tadi, ada orang yang saya kenali, dia ni beberapa kali putus cinta dan setahu saya sekali putus tunang, yang saya tak tahu berapa kali putus tunang tu, tak tahulah. Nanti, dia baca cerita saya ni, jangan rasa risau pulak. Pasal apa ? Pasal orang kita, rasa poligami ni dah macam benda yang paling dia tak mahu  berlaku. Sampai ada orang rasa, kalau suami dia naikah lagi satu, macam dah nak kiamat dah.

Media : Majalah dan Akhbar, TV

Media mainkan peranan penting dalam membentuk pemikiran masyarakat. Jadi dalam bab poligami ini, media patutnya kenalah jadi media yang seimbang. Antaranya, kalau kita siarkan cerita rumahtangga bergolak, bercerai, main kayu tiga, maksiat dan pelacuran, kenapa pula media tak siar kebaikan berpoligami.  Kenapa majalah dan akhbar, tak cerita kebaikan dan kebahagian orang yang beristeri lebih dari seorang ?

Masukkanlah dalam media, buat temuramah dengan beberapa tokoh yang berpoligami. Temuramah sekali isteri pertama dan kedua serta anak-anak sekali. Atau kalau tak mahu siarkan nama pun boleh juga. Tapi jangan buat cerita sendiri, kenalah pergi temuramah.... Hehe...

19 September 2012

Akibat Tangguhkan Perkahwinan, Pasangan Dah Tak Tahan dan Terbuncit


Lelaki 20-an bertunang dengan gadis 20-an lebih kurang setahun lalu. Lelaki kerja swasta dengan gaji lebih RM 2,000 manakala perempuan tak bekerja. Sepatutnya, pasangan ini bernikah pada 3 bulan lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kerana kehendak ibu perempuan. Punca ditangguhkan adalah kerana bapa perempuan baru saja meninggal dunia. Maka menurut ibunya, majlis pernikahan perlu ditangguhkan untuk menghormati kematian bapa perempuan.

Nasi Dah Jadi Bubur

Bagaimanapun, lelaki dan perempuan ini sudah terlanjur dan membuat kerja di sebuah hotel. Selepas itu, perempuan disahkan mengandung. Apabila sudah mengandung 3 bulan, barulah pasangan ini datang ke pejabat untuk bernikah berwalikan abang.

"Tuan, saya malu dengan masyarakat kerana perbuatan anak saya ini....." Kata bapa  kepada lelaki, kemudiannua menangis teresak-esak.

18 September 2012

Operasi Khalwat : Lari Tak Cukup Tanah

 
Panik apabila pintu bilik hotel yang ditumpangi diketuk penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang, seorang lelaki sanggup mengadang pintu biliknya dengan sebuah meja bagi menyelamatkan diri bersama pasangan kekasihnya daripada ditahan dalam Ops Maksiat, awal pagi kelmarin.

Selepas hampir 10 minit mendiamkan diri tanpa memberi tindak balas, pintu bilik berkenaan dipecahkan pihak penguatkuasa.
Menurut Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor, pemeriksaan penguatkuasa mendapati, seorang lelaki berusia 33 tahun bersama pasangannya berusia 19 tahun yang sedang mengandung tujuh bulan berada di dalam bilik hotel itu.

“Pihak kita juga menghadapi sedikit masalah apabila lelaki itu yang juga bekas tentera tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan pegawai penguatkuasa JAJ kepadanya,” katanya.

Mohd Khalil berkata, hasil soal siasat, lelaki tersebut telah diberhentikan daripada perkhidmatan tentera kerana kesalahan tatatertib dan sudah mempunyai isteri serta empat anak yang tinggal di Taman Sri Impian.

“Manakala pasangannya itu tidak bekerja setelah menamatkan persekolahan sehingga tingkatan lima,” katanya.

Beliau berkata, lelaki tersebut memberitahu yang dia mahu bernikah apabila mengetahui kekasihnya mengandung, tetapi hasratnya terbantut apabila mendapat tentangan daripada isteri.

“Bagaimanapun, pasangan tersebut dibebaskan setelah diikat jamin oleh keluarga masing-masing dan akan didakwa di bawah Seksyen 23(1) (2) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau enam kali sebatan jika sabit kesalahan.

“Pasangan itu adalah antara tujuh pasangan yang telah berjaya ditahan dalam Ops Maksiat sempena Hari Merdeka awal pagi kelmarin,” katanya.
 
Dipetik dari Akhbar Sinar Harian, Edisi Johor.

15 September 2012

Filem Hina Nabi Muhammad, Apa Agenda Mereka ?

Saya dah tonton filem itu yang boleh ditonton di youtube. Sekali tengok saja, saya dah tak sanggup nak tengok kali kedua. Semuanya cerita penipu yang difilemkan oleh musuh Islam. Siapa pemilik youtube dan laman-laman kesukaan kita di internet ? Adakah orang Islam punya ? Cuba senaraikan, yang mana satu orang Islam punya... Kalau orang Islam punya, adakah dapat sambutan hebat seperti youtube atau facebook.
Ada beberapa video di youtube yang hanya berada beberapa minit saja di sana, kemudian dibuang oleh pengendali youtube. Katanya disebabkan bantahan seseorang atau institusi atau negara kerana beberapa isu. Tapi, kenapa pula dalam video menghina Islam seperti ini dibiarkan oleh youtube ?
Sudah lama berada di Youtube
Video yang menghina nabi itu sudah wujud di youtube sejak julai lagi iaitu sudah 2 bulan dan penonton sudah melebihi sejuta orang. Tidak dinafikan, youtube adalah video internet yang paling popular. Di facebook pun, ramai orang mengiklankan video ini, facebook juga tak sekat.
Apa Agenda Mereka
Musuh-musuh Islam nak tengok bagaimana tahap kekuatan orang Islam. Mereka tak nampak sekuat mana kekuatan iman, tapi mereka boleh nampak sekuat mana perpaduan umat Islam. Dunia Islam luas dari Asia, Afrika, Eropah malah seluruh dunia ada orang Islam. Negara orang Islam juga ada dan ada pertubuhan orang Islam iaitu OIC. Apa tindakan atau pendirian OIC dalam hal ini ?
Boikot Barang ?
Adakah tindakan boikot barang musuh Islam adalah satu tindakan yang tepat. Beberapa tahun lalu kita sudah jalankan kempen boikot barangan ini tapi apa kesannya ? Bila negara Belanda siar di akhbar mereka kartun hina nabi, kita boikot barang Belanda. Tapi kita lupa, pada masa itu, Belanda antara negera yang menjadi pelabur yang besar di negara kita.
Orang kita dalam bab boikot ini sebenarnya tak ke mana. Kita nak boikot barang orang yang bermutu dan masuki pasaran dunia tapi barang kita ada kualiti atau tidak ? Malaslah nak cerita lebih dalam bab ni sebab yang niaga keropok lekor sampai ke pasaran dunia pun bukan orang Islam, eksport belacan pun bukan orang Islam dan barang yang ada sijil halal kebanyakannya syarikat bukan Islam.
Orang Islam pula bila suruh ambil sijil halal dia kata dia dah Islam, buat apa nak ambil sijil halal lagi. Ada juga yang tak mahu bayar untuk mendapatkan sijil tu yang jumlahnya bukanlah sebanyak mana. Ada juga yang komplain kata kedai makan tu tak ada sijil halal dan jual benda tak halal, sedangkan yang mengadu tu juga ada kedai makan tapi tak ada sijil halal juga. Maaflah, bukan saya nak mengata, tapi ini kelemahan kita.

Orang Islam Mesti Menentang

Orang Islam wajib menentang penyebaran video ini. Kita boleh bersahabat dengan orang Islam selagi mereka tidak memusuhi dan memerangi agama kita. Cuma kaedahnya bagaimana ? Antaranya, kita sama-sama duduk semeja, gariskan tindakan-tindakan kita dan seterusnya bertindak mengikut batasan undang-undang negara.

13 September 2012

Cantik Yang Dah Tak Cantik

 
Seorang jurujual kereta bukan Melayu kata,
 
"Kalau dokumen you cantik, loan boleh lulus".
 
Betulkah perkataan 'cantik' itu  sesuai di situ ?
 
Lepas tu dia kata lagi.
 
"Enjin kereta you dah tak cantiklah".
 
Betulkah perkataan 'cantik' itu sesuai di situ ?
 
Lepas tu ada seorang kata,
 
"Tadi ada seorang perempuan cantik lalu depan rumah kamu".
 
Kira betullah bahasa tu iaitu cantik sesuai bagi perempuan. Tapi kenapa pula dokumen cantik sedangkan dokumen dia tak lengkap bukan tak cantik. Lagi satu, apa perlunya perkataan dokumen, orang kampung saya tak faham, elok guna perkataan surat sokongan dan sebagainya.
 
Enjin tak cantik, memanglah enjin itu tak cantik macam anak dara.
 
 
 
 


10 September 2012

Ramai Bakal Pengantin Perempuan Tak Pandai Memasak ?



Dalam 3 tempat saya berceramah dalam kursus pra perkahwinan beberapa hari lepas, saya tanya peserta soalan bab masak memasak.

"Siapa kat sini pandai masak ? Sila angkat tangannnn" Kata saya sambil memandang ke arah peserta perempuan.

Tiada seorang pun yang angkat tangan tapi ramai yang tersipu-sipu. Apa maknanya tu ? Entah...

"Okey, siapa yang pandai masam mee goreng ? Angkat tangan..." Kata saya lagi.

Tidak ada juga yang angkat.

"Ermmm... siapa yang pandai masak nasi lemak. Angkat tangan..." Tanya saya lagi.

Sekali lagi tak ada yang angkat.

"Okey, siapa yang pandai buat teh tarik ? Angkat tangan.."

Nampaknya seorang pun tak ada yang angkat tangan. Kenapa yer ?

Bakal Pengantin Tak Pandai Masak ?

Bukan saya nak mengata, tapi itulah hakikat yang berlaku kepada bakal pengantin perempuan. Bukan saya nak marah, tapi nada saya berceramah itu lebih kepada lawak jenaka saja. Dalam kita dok cerita pasal berjimat cermat dan bising pasal harga makanan kat kedai mahal, kita tak berapa ambil kira dalam bab memasak ini. Cuba bayangkan, berapa ringgit duit kita habis di restoran atau kedai makan sehari, apa lagi sebulan atau setahun ?

Mee Goreng

Saya tanya pasal mee goreng sebab saya tahu cara nak masak mee cara paling ringkas. Harga sebungkus mee mentah adalah RM 2.00 sekilo. Dengan sekilo itu, kalau macam mee dihidang kat kedai, boleh 8-10 orang makan. Bayangkan sebungkus mee dijual RM 3.00 sepinggan, tauke kedai boleh untung RM 30.00 dengan modal RM 2.00 tadi. Di kedai sekarang susah nak cari mee harga RM 3.00 lagi, biasa RM 3.50 atau RM 4.00.

Tak Pandai Masak Sungguh Ker ?

Tidak angkat tangan mungkin kerana tak berani dan takut kena tanya dan mungkin dia orang tahu tapi tak mahu mengaku tahu. Okey, saya tak tanya banyak, saya tanya bagaimana nak buat teh tarik. Oleh kerana seorang pun mengaku pandai, saya sebut saja nama dan seorang itu terpaksa buat. Bila ditanya, dia memang tak tahu buat dan kalau saya minum teh dia, mungkin boleh sakit perut.

Belajar Buat Teh Tarik, Klik Sini

07 September 2012

Suami Isteri Rasa Bersalah Walaupun Berjaya Menipu di Mahkamah


Ada orang suka menipu dan penipuannya bermutu tinggi dan berjaya juga. Kemahiran menipu bukan semua orang ada dan bukan senang untuk dipelajari. 

Melibatkan Hukum Hakam

Tetapi bagi satu kes ini, seorang lelaki 40-an dan isterinya 40-an sudah bercerai talak satu. Selepas 3 bulan lebih bercerai, kedua-dua mereka telah hadir mendaftarkan 'rujuk' dengan mendakwa mereka telah rujuk dalam tempoh edah. Pertama, perempuan mendakwa dia masih ada edah iaitu belum 3 kali suci lagi. Lelaki pula mendakwa telah rujuk dalam tempoh tersebut.

Setelah meneliti beberapa perkara, mahkamah telah mengesahkan mereka telah rujuk semula. Maknanya mereka jadi sebagai suami isteri yang sah semula. Bagaimanapun, selepas beberapa bulan, perempuan membongkarkan cerita sebenarnya, iaitu semasa rujuk berlaku, edahnya sudah habis. Katanya waktu itu, dia sudah beritahu suaminya yang dia sudah habis edah tapi suaminya kata, semua itu boleh diselesaikan dengan memberi keterangan palsu di mahkamah.

Sendiri Rasa Bersalah

Sekarang, pasangan suami isteri ini tidak bahagia dan rasa bersalah, akhirnya merujuk kes ini ke pejabat kadi.

04 September 2012

Barang Keras Tak Semestinya Bahaya, Yang Lembik Lagi Bahaya


 

Saya dengar satu ceramah seorang ustaz ni di internet. Kira ada unsur lawak juga ceramah ini tetapi tinggi maksud yang nak disampaikannya. Saya ubah sikit ayat ikut gaya bahasa saya tapi maksudnya lebih kurang sama juga.
 
Benda Keras
 
Kita janganlah takut dengan benda keras contohnya kura-kura. Tengok kura-kura, kena langgar moto atau kereta, dia selamba jer. Kalau kena langgar lori balak atau lori traler, berkecailah juga. Sekeras-keras kura-kura, tak dengar pula kes kura-kura mendatangkan kecederaan pada orang atau memusnahkan rumah orang.
 
Benda Lembik
 
Benda lembik macam ular dalam semak, diam-diam patuk orang. Kalau lambat hantar hospital, boleh arwah. Kalau nak banding kerasnya kura-kura jauh kerasnya berbanding ular. Tapi orang takut pada ular, tak takut kura-kura.
 
Lelaki dan Perempuan
 
Ustaz ini buat cerita yang keras itu adalah lelaki dan yang lembut itu perempuan. Ceritanya lagi, orang lebih takut perempuan berbanding lelaki walaupun perempuan itu lembut saja fizikalnya. Tak mahulah saya cerita lebih-lebih, sendiri dengarlah ceramah tu dan sendiri carilah sampai jumpa dalam youtube.

03 September 2012

Pembiayaan Peribadi Ni Membantu atau Memerangkap Peminjam ?

Baca suratkhabar hari ini, kemudian di dalamnya ada satu kertas yang diselitkan. Iaitu iklan mengenai pembiayaan peribadi atau pinjaman peribadi atau orang kampung saya panggil 'personal loan'. Bank ini adalah bank yang berdaftar dan antara yang terkenal juga. Katanya dia menawarkan pinjaman pada kadar serendah 4.45 % setahun, sekali imbas macam murah sangatlah tu.

Tengok Betul-betul

Kat belakang kertas tu dinyatakan secara terperinci bayaran bulanan yang dikatakan 4.5 % itu. Bila saya tengok dan cuba bandingkan dengan sebuah bank lain, nampaknya bank yang iklan inilah yang kira paling murah. Contohnya, kalau pinjam 100,000 tempoh 15 tahun, kena bayar RM 938 sebulan, kalau 20 tahun RM 796 sebulan. Kalau pinjam RM 200,000, 15 tahun kena bayar 1,874 sebulan, 20 tahun 1590 sebulan.

Ada Benda Yang Diselindungkan

Bila baca kat bawah pula, ada tulisan "Ansuran Bulanan Adalah Tidak Termasuk Caj Perkhidmatan Sebanyak 2 %".

Ohhhh... ada syarat lain rupanya. Kenapa dalam jadual atas itu tidak dinyatakan terus jumlahnya setelah dicampur 2 peratus ? Saja jer kan, nak nampakkan kata pinjaman ini bayar murah kan ?

Tahukah kita yang 2 % itu dari kadar mana ? Kadar pinjaman asas ker ? Baki tahunan ker atau baki bulanan ker ? Nampak saja 2 peratus, tapi jumlahnya tak mustahil sebenarnya sangat tinggi.