Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 April 2010

Hantaran 10,000 : Titisan Darah Gugur ke Bumi (Episod 23)

Pak imam olok-olok kemudian menyeluk poket bajunya dan mengeluarkan sesuatu. Kemudian dia menyerahkah satu sampul surat warna coklat.

"Pakcik serahkan semula wang 500 ringgit. Duit ini dulu sebagai upah nikah yang pakcik terima, arwah yang beri." Kata pakcik tu.

Mendengar kata pakcik tu, Harun berpaling ke arah isterinya yang terdiam tak kata apa-apa. Hatinya mula terbakar, teringat dulu masa pakcik tu dengan seboleh-boleh nakkan 10,000 tapi dapat 3000 dan 2000 saja. Dia teringat bahawa dia dulu dihina di depan orang ramai dalam majlis nikah dia, malu yang amat sangat. Lepas tu nikahkan dengan nikah palsu pula. Hidupnya telah dirosakkan oleh lelaki tua ini, bisik hati Harun.  Ikut hati darah muda, nak saja tengking semula pakcik ni, tapi tak dia masih boleh kawal perasaannya. Isterinya kemudian datang padanya dan berbisik yang tak didengari oleh orang lain.

"Bang, ambil saja 500 tu, boleh buat bayar denda mahkamah. Itukan duit kita" Kata isterinya.

Harun kehairanan. Apa ? Mahkamah ? Mahkamah apa pulak tu.... Kemudian baru dia sedar yang isterinya belum tahu dan dia tak sempat-sempat beritahu yang kesnya dah selesai tanpa masuk mahkamah. Mungkinlah itu sebabnya kenapa isterinya tak ceria dan masam saja sejak tadi, mungkin sebab teringat ada perkara besar yang belum selesai.

 Kata-kata isterinya itu membuatkan Harun semakin marah dan hilang sabar. Dia rasakan yang isterinya tak sepatutnya, lebih pandang pada duit dari pandang harga diri dan maruah.  Kenapa pandang sangat duit 500 tu. Dulu dia dihina kerana 10 000, sekarang 500 pula melukakan hatinya pula. Harun sudah tanam azam, dia akan berusaha untuk jadi orang yang kaya dan senang lepas ini. Dia tak mahu anak-anaknya terhina kerana miskin dan belajar tak tinggi macamnya. Dia diam saja dan pakcik tu terus hulur ke tangannya. Kemudian dia kata.

"Pakcik ambil saja duit itu, saya tak mahu. Disebabkan duit itu hidup saya derita. Pakcik jangan ungkit lagi pasal duit itu. Pakcik jangan anggap kami ni peminta sedekah dan pengemis, jangan hina kami! Pakcik simpanlah sampai pakcik mati, bawak masuk kubur... Pergilah bawak dalam kubur.. pergi!". Kata Harun.

Mungkin sengaja atau tidak, perkataan itu agak kasar. Tak sesuai rasanya seorang lelaki muda berbahasa begitu, sebut perkataan 'mati' dan 'kubur'. Tapi kenapa kata-kata itu boleh keluar ? Ini menunjukkan betapa marahnya Harun, perasaan sakit hati telah menguasai dirinya. Kemudian suara pakcik tu seakan sebak dan pegang dadanya, dia merayu sekali lagi.

"Janganlah cakap begitu nak. Pakcik anggap kamu berdua macam anak pakcik juga. Dulu arwah ayah kamu dengan pakcik macam adik beradik. Pakcik ada ramai anak lagi belum kawin. Pakcik menyesal, pakcik taknak nanti tuhan balas semua ni pada anak pakcik pulak. Pakcik menyesal". Kata pakcik tu.

Harun mula berubah. Dia kini meninggikan suara pula dan isterinya cuba menenangkan suaminya tetapi tidak berjaya. Keadaan ini membuatkan diri Harun semakin hilang pertimbangan.

"Tidak! Tidak ! Mintak Tuhan tunjukkan pada anak pakcik nanti. Allah maha adil, Allah maha adil ! Kalau boleh, anak cucu pakcik nanti akan lebih hina dari yang kami rasa. Biar mereka kena laknat di dunia, biar mereka pula rasakan !". Kata Harun.

Kemarahannya sudah tak dapat dikawal lagi dan tiba-tiba tangan kanan Haru menumbuk dinding papan dengan kuat beberapa kali. Isterinya cuba menghalang dan memeluknya dari belakang. Sebaik menghentikan tumbukan, dilihat tangannya berdarah dengan banyak juga di celah-celah jari.

 Isterinya kebingungan lantas menarik kain  langsir tingkap untuk mengelap darah yang masih mengalir. Isterinya ketakutan melihat darah dan terus memeluk suaminya sambil menjerit, meminta suaminya menghentikan perbuatan sia-sia itu. Tapi tumbukan itu melambangkan ada rasa tidak puashati Harun sama ada kepada imam palsu itu, atau isterinya atau orang lain yang dia sendiri tak tahu. Perasaan marah telah menawan dan menguasai dirinya.

"Abang ! Abang ! Kenapa jadi begini!..... Mengucap bang!  mengucap bang !..". teriak isterinya sambil menangis.

Harun kemudian terdiam dan menangis teresak-esak dan berhenti menumbuk dinding. Kemudian bapa saudara perempuan yang jadi wali tadi dan isteri naik ke rumah setelah menyedari ada pertengkaran dan bunyi bising tumbukan di dinding. Melihat pak sedara lelaki naik, imam palsu dan 2 saksi tadi perlahan-lahan turun dari rumah sambil tunduk.
"Maafkan kami. Kami balik dulu". Kata imam palsu tu.

Melihat kehadiran wali nikah tadi, Harun agak segan dan mula diam. Tapi darah masih keluar dari jarinya dan membasahi langsir tingkap. Perempuan masih memeluk bahu suaminya sambil menangis dan baju lelaki basah dengan air mata isterinya. Terasa bahang kehangatan air mata seorang isteri terkena badan suami. Tiba-tiba, suami rasa badan isterinya seperti lemah seolah-olah tertidur di bahunya. Kemudian baru dia sedar, isterinya seperti pengsan, dia panggil isterinya. Segera dia cuba dudukkan isterinya tapi tidak berjaya kerana terus longlai. Dia baringkan di atas karpet. Ibu perempuan cuba membantu dan mengambil bantal sofa untuk dibuat bantal.

Harun terkejut apa yang terjadi pada isterinya dalam sekelip mata saja. Harun masih memegang tangan isterinya dengan tangannya yang masih berdarah tadi. Kemudian wali berkata,

"Astagfirullahalazim... kenapa jadi begini. Minta bertenang dan biarkan dia baring sendirian. Beri dia senang bernafas". Kata wali itu.

Harun duduk jauh sedikit dari isterinya manakala ibunya masih memicit-micit kaki dan tangan anaknya. Kemudian walinya itu suruh ambil air minuman dalam gelas. Walinya itu ada baca ayat suci Al-Quran pada air masak dalam gelas dan menyapu ke muka perempuan sambil membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran. Selain peneroka felda di Pahang dan guru mengaji, walinya itu terkenal juga di felda berkenaan sebagai tabib kampung.

Bila dipegang pada nadi di tangan dan bawah leher, dia dapati, pengantin perempuan perlu dibawa ke hospital dengan segera.  Dari raut wajah walinya itu, pengantin lelaki merasakan sakit isterinya itu serius. Kemudian wali itu panggil anak lelakinya pandu kereta dan bawa ke hospital segera. Kereta terus meluncur laju menuju ke hospital ditemani ibunya, ke unit kecemasan, jauhnya lebih kurang 12 km.

Suaminya yang pada awalnya tidak diajak menemani isterinya, menaiki motosikal, meredah  hujan renyai-renyai itu. Tangannya masih sakit dan luka masih berdarah, berani dia menunggang motosikal dalam keadaan sebegitu. Harun amat menyesal, meyesal dan menyesal kerana tindakannya itu telah menyebabkan isterinya sekarang berada dalam kecemasan dan terpaksa bertarung nyawa. Sepanjang menunggang motosikal itu, Harun tidak putus-putus berdoa semoga Allah menyelamatkan isterinya.

..BERSAMBUNG KE EPISOD 24
http://kadikluang.blogspot.com/2010/04/hantaran-10000-salam-terakhir-episod-24.html

5 ulasan:

  1. Aduhhh...sedihnya dan sakit jantung dibuatnya. Pengantin perempuan meninggal ke Ustaz ?
    ...Mira

    BalasPadam
  2. ustaz

    Adoi ai... lega juga rasa bila tahu titisan darah tu dari tangan, bukan titisan darah akibat kemalangan maut

    BalasPadam
  3. alaa... konflik lain la pulak...

    pomen seksen7

    BalasPadam
  4. Hmmmm....nampaknya panjang lagi la cerita nih...
    Rasanya, perempuan didapati telah hamil..
    Selepas ini, konflik pula apa status anak tersebut..nampaknya ustaz khalil akan kembali lagi..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.