Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

21 Oktober 2010

Gadis Kononnya Diculik di Kuantan Rupanya Pergi Kerja di Bukit Bintang

Mula-mula baca cerita Rozaliya yang katanya kena culik di Kuantan, saya rasa macam ada cerita di sebalik cerita tu. (Sila lihat artikel saya sebelum ini, ada buat tanda soal '?' , iaitu adakah betul dia diculik).

Hilang kat depan Mydin Kuantan ? Tampat tu selalu saya pergi, tak nampak pun itu kawasan tak selamat. Situ ramai orang, depan tu ada kedai mamak.  Kalau ada berlaku pergelutan atau aksi kejar mengejar, mesti ada orang nampak. Jadi cerita ada lelaki mengekorinya atau kena culik, saya nampak macam ada benda lain yang tak kena. Fikir saya mungkin ada gaduh dengan keluarga dia atau ada perselisihan dengan tunang dia, sekadar anggapan saya saja.

Dah Jumpa di Bukit Bintang

Misteri kehilangan seorang bakal pengantin Rozaliya Mat Lazim, 20, yang dilaporkan hilang lebih seminggu lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemui di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Rozaliya dipercayai melarikan diri secara sukarela dan telah bekerja selama dua hari di sebuah kedai serbaneka sebelum penyelianya menyedari bahawa pekerjanya itu adalah gadis yang telah dilaporkan hilang di akhbar.

Atas maklumat itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan telah bergegas ke Bukit Bintang, kira-kira pukul 12.30 tengahari dan membawa pulang Rozaliya untuk bertemu keluarganya di Kuantan.

Akhbar baru-baru ini melaporkan Rozaliya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 November ini hilang ketika keluar membeli barangan persiapan perkahwinannya di sini pada 13 Oktober yang lalu. Hasil soal siasat awal polis, Rozaliya menyatakan dia secara sukarela telah pergi ke Kuala Lumpur pada hari dilaporkan hilang secara bersendirian.

Adakah Rozaliya Bersalah ?

Saya tak nampak Rozaliya ada melakukan kesalahan jenayah. Dia cuma meninggalkan keluarganya secara sukarela. Dia pula tak ada membuat laporan polis mengatakan dia diculik. Dia cuma kata ada lelaki mengekorinya. Biasalah ada orang mengekori, kalau saya naik kereta pun mesti ada kereta mengekori kereta saya dari belakang kan ?

Dulu ingatkah kita, ada satu kes ustaz dari Kota Tinggi hilang. Dia beritahu kawan dia yang dia kena culik dan keretanya dijumpai di Larkin. Ustaz ini dijumpai di Utara, rupanya dia ada masalah lain sehingga dia pergi secara sukarela ke sana. Dia tidak dituduh pun atas apa-apa kesalahan.

Tahniah kepada pihak polis

Tahniah kepada pihak polis atas kejayaan menyelesaikan kes ini yang saya anggap lebih pada perselisihan keluarga dan dengan tunangnya. Biarlah mereka dan keluarga mereka yang selesaikan masalah mereka.

Janganlah Buat Macam Ni

Soalnya, orang kita kenapalah buat begini. Sikit-sikit kata kena culik, nak apa sebenarnya ? Nak menarik perhatian orang ker ? Sekarang ni masyarakat dan pihak berkuasa sangat sensitif kalau dapat tahu anak terutama anak perempuan tak balik rumah. Dah lah tu, telefon dimatikan dan buat cerita kononnya dia diekori. Manalah keluarga tak risau.

Masalahnya kalau lepas ni memang betul kes ini  betul-betul berlaku, tak mustahil ada pihak yang tak percaya. Kalau betul kena culik, mungkin orang anggap ini main-main. 'Cubaannnnn' macam cerita Pendekar Bujang Lapok tapi hakikatnya benar. Kita juga yang susah....

2 ulasan:

  1. teruk betul apa dia ingat POLIS tiada keja lain ker....??

    cerita dalam paper dah keluar macam-macam sampaikan keluarga pun nak bergaduh dengan keluarga tunang punca nya dia.

    pendek akal betul la...

    BalasPadam
  2. Hm....tak bagus buat macam ni.macam orang tak matang fikiran.menyusahkan orang dan membahayakan diri sendiri. dahla perempuan...(ingatan kepada diri sendiri gak..)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.