Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 Jun 2011

Suami Orang ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang

KLUANG - Seorang suami ditangkap khalwat bersama wanita lain sewaktu isteri dan anaknya balik ke kampung bercuti untuk beberapa lama.

Pasangan berkenaan ditangkap penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Kluang di sebuah rumah teres di Taman Sri Kluang kira-kira jam 10 malam, kelmarin.

Kadi daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, pasangan berkenaan ditangkap sewaktu mereka sedang berdua-duaan di rumah berkenaan dan atas maklumat daripada orang awam serta penguatkuasa JAJ, mereka bertindak menangkap pasangan terbabit.

“Pasangan berumur 29 tahun berkenaan adalah suami dan isteri orang yan juga pekerja kilang.

“Dipercayai mereka adalah rakan satu sekolah dan wanita berkenaan rapat dengan lelaki terbabit ekoran wanita ini ada krisis rumah tangga dengan suaminya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, disebabkan mempunyai krisis rumah tangga mereka melakukan khalwat sewaktu isteri lelaki berkenaan tiada di rumah.

Mohd Khalil berkata, tangkapan yang dilakukan adalah operasi mencegah maksiat dalam daerah ini yang dijalankan penguatkuasa JAJ, malam kelmarin.

Tangkapan Kedua
Dalam operasi sama, JAJ menangkap seorang duda anak empat bersama pasangannya, anak dara berumur 30 tahun.

Mohd Khalil berkata, duda berkenaan berumur 42 tahun ditangkap di sebuah rumah di Kampung Sri Lukut lebih kurang jam 2.15 pagi, kelmarin.

“Pasangan berkenaan ditangkap penguatkuasa JAJ di rumah duda berkenaan yang juga rumah kampung dan mereka adalah pekerja kilang di kawasan Kahang,” katanya.

Menurutnya, dalam kes berkenaan kedua-dua pasangan akan ditahan di bawah seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana berkhalwat.

Mohd Khalil berkata, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

“Saya juga mahu mewar-warkan kepada orang awam sekiranya ada aduan berkaitan kes maksiat di kawasan mereka diharap dapat menghubungi talian bebas tol kami di talian 1 800 88 3072.

“Malah, sekiranya ada aduan, kami akan merahsiakan maklumat peribadi mereka yang memberi maklumat kerana apa yang kami mahu adalah mencegah dan membanteras maksiat daripada terus berlaku khususnya di daerah ini,” katanya.

(Dipetik dari akhbar Sinar Harian 30 Jun 2011)

6 ulasan:

  1. Dah ada yang 100% halal, yang haram juga yg di cari.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,
    Macam dah jadi trend pulak suami orang dan isteri orang kena tangkap khalwat...macam-macam!

    BalasPadam
  3. kuatkan iman..kuatkan hati...tingkatkan ketakwaan kepada Allah.....insyaallah...kita dilindungi...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum tuan,trend khalwat,maksiat dan penzinaan atau mukadimah penzinaan membabitkan isteri orang dan suami orang amat membimbangkan,saya syor tuan perhebatkan lagi serbuan disamping menambahkan sesi ceramah2 bersifat kekeluargaan,agar Institusi kekeluargaan islam tidak hancur dan musnah dek trend terkini ini.

    BalasPadam
  5. kecanggihan teknologi barangkali dimanfaatkan secara tak baik..mungkin kekasih lama yang ditemui melalui laman facebook dsb walaupun sudah menjadi suami/ieteri orang, mengimbau kenangan lama...sb tu barangkali trend ini bertambah...

    BalasPadam
  6. Nek pun risau, sbb cucu2 nek lelaki pompuan bekerja campor lelaki pompuan, kadang2 kebetulan dlm bilik berdua2an (bos & PA misalnya), tiap2 hari jumpa, lama2 saling terpikat, bujang sama bujang tak pe (ni isteri & suami org). Maklum le yg haram2 ni kan setan suka masuk campur supaya masing2 pandang cantik & manis. Tu pasal yg halal dipandang menyampah.

    Semuga dijauhkan Allah perkara2 tak baik ni. Amin.

    nek

    BalasPadam

Dipersilakan komen.