Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 Ogos 2011

Biarlah Anak Belajar Pandai-pandai, Besar Boleh Bantu Mak Ayah

Masa anak tengah sekolah ni, biarlah anak belajar pandai-pandai. Biar sampai dia orang dapat kelulusan tinggi, lepas tu dapat kerja yang baik. Besar nanti boleh bantu mak ayah. Hendak dapat anak-anak yang  berjaya ni tak semestinya mak bapak dia orang senang sangat. Kekadang mak bapak dia pandai dan orang baik-baik, tapi anak dia jadi 'hantu' pun ada. Ini adalah ujian Allah Taala pada kita.

Anak Berjaya

Ada satu keluarga di Kluang ni, bapa dia kerja kampung dan jadi imam surau saja. Gaji tak sampai pun RM 500 tapi anak dia pandai-pandai. Ada yang jadi jurutera, pensyarah, cikgu dan sebagainya. Bila dah besar anak-anak tak lupa balas jasa mak ayah.

Anak Kurang Berjaya

Tapi ada satu kes ni, mak ayah 60-an. Dah tak bekerja dan tak ada simpanan. Yang ada hanyalah sebuah rumah kos rendah yang dah habis bayar. Umur dah tua nak kerja lagi dah tak larat dan dah mula sakit-sakit. Anak ada 6 orang, 4 perempuan, 2 lelaki dan semuanya dah bekerja dan bernikah.

 Tapi  kerjanya semua kerja biasa saja, gaji tak banyak sebab belajar pun tak setinggi mana. Malah tak cukup nak menanggung keluarga sendiri, tak cukuplah nak bagi duit kat mak ayah. Bukan tak nak kasi mak ayah tapi duit poket sendiri pun tak lepas. Maka mak ayah dia datanglah minta bantuan dari Majlis Agama Islam. Bukan suka meminta-minta tapi dah dalam kesempitan kewangan. Mujur ada Majlis Agama Islam yang bantu fakir miskin dan asnaf yang lain. Insyaallah, permohonan akan dipertimbangkan dan kalau dia betul layak, dapatlah dia.

Tapi persoalannya, anak dia ke mana ? Jawapannya, anaknya ada dan sedar yang mereka perlu bantu ibu bapa. Tapi anak-anak pun tak cukup duit, bagaimana nak bantu.

3 ulasan:

  1. sebab tu barangkali anak dia duit tak pernah cukup sebab jarang bantu orang tuanya...

    BalasPadam
  2. Ade benarnya pendapat kang Latep tu. Faktor2 lain, cube check hubungan dgn Allah, masy sekeliling dll, pi solat jemaah ke dll ....

    Kan Allah janji akan datangkan rezeki dari yg tak disangka2, klu kamu taqwa. Rezeki bukan diukur harta yg menimbun, tapi hati yg bahagia wlu sedikit, kerana hubungan yg intim dgn Allah, berbuat baik kpd kedua ibu bapa & makhluk (panjang nak ulas ni ...ustaz lagi ahlinya yg layak utk mengulas kan?)..

    (peringatan ni tak terkecuali utk tok)

    tok

    BalasPadam
  3. nak dapatkan keberkatan rezeki, anak kena berbuat ihsan terhadap ibu dan ayah tapi bila tak beri jangan kita bercakap yang rezeki tidak berkat. bukan hak/bidang kuasa kita..

    selagi mampu dan ada kudrat ibu dan ayah kena sara diri dan anak kena berbuat ihsan yang mengikut kemampuan diri. Tidak tertakluk pada pemberian wang sahaja.

    apapun kalau ada lebih buat cara lebih kalau ada sikit buatlah cara sedikit. jangan tak bg lansung.

    Kalau melihat senario zaman sekarang yang makin mendesak, kadang2 anak-anak hanya mampu hulur 10-50 sahaja. bagi juga tapi ayah dan mak pulak yang tak memberkati dan NEGATIF terhadap anak. Susah juga nak berkat.

    Anak-anak ada kerja baik belum tentu boleh sara mak ayah.

    dalam keadaan dunia yang semuanya duit ini, doakanlah anak-anak kita apabila sudah besar ada kelapangan hidup, tidak terhimpit dengan hutang dll..senario kehidupan ni macam2..tak terjangkau dek akal kadang2. Yang penting mak ayah kena faham anak dan POSITIF terhadap anak.

    satu contoh ya, anak nak nikah.takdak duit belanja. anak minta nikah sederhana, mak nak juga anak nikah biar beradat sebab takut org mengata, last-last anak nak nikah juga sebab ada masalah diri dan buat pinjaman dengan bank. mau sebelah je rumah pasangan takpe, kalau utara selatan lagi besar pinjaman. mak/ayah pun dah mendesak anak hutang..camana nak lapang rezeki nak bantu mak ayah??

    kiranya dari pengalaman ustaz pasti macam2 cerita...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.