Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

03 Ogos 2011

Ingat MATI, Umur Kita Tak Panjang Mana


Umur saya sudah 40 tahun tahun ini. Sekadar hendak merenung kembali yang 40 tahun itu adalah lama dan panjang. Berapa lama lagi saya hidup ? Atau bila saya akan mati ?

Kalau ikut umur umat Nabi Muhammad dan umur rakyat di negara kita, saya rasa umur kebiasaan kita menempuhi kematian adalah 60-70 tahun. Jadi kalau umur saya ditakdirkan meninggal dunia pada usia 60 tahun, maka cuma ada 20 tahun saja masa saya hidup di dunia ini.

Selepas itu saya akan disemadikan di alam kubur, tidak tahu berapa lama berada di alam kubur ini sebelum akhirat datang. Tapi adakah 20 tahun lagi, tidak mustahil kalau tidak sampai dan kematian itu boleh berlaku bila-bila masa saja dari sekarang.

Padang Mahsyar

Apabila sangkakala ditiup oleh Malaikat Izrafil, seluruh yang hidup waktu itu akan dimatikan. Yang berada di alam kubur pula akan dibangkitkan semula. Semuanya akan dikumpulkan di padang Mahsyar yang sudah tentunya luas terbentang, mengumpulkan semua manusia dari Nabi Adam hinggalah ke akhir hayat manusia.

Waktu itu, kita lupakan saja siapa kita di dunia dulu. Di dunia kita orang besar, jutawan, pangkat besar, ada kuasa dan sebagainya, akan sama-sama dihimpunkan di situ tanpa seurat benang. Ada yang gembira waktu di Mahsyar dan ada juga yang tersiksa dengan pelbagai keperitan di situ.

Yang gembira pada hari Mahsyar itu adalah orang yang ada bekalan sewaktu di dunia dulu. Siapa orang itu ? Adakah kita termasuk di kalangan orang itu ?  Di dunia dulu kita buat apa ? Amalam agama kita bagaimana ? Ibadat kita, solat, puasa, zakat, naik haji adalah perkara wajib yang mesti kita ada kerana itu adalah rukun Islam. Perkara lain adalah sedekah kita, bacaan Al-Quran kita, sifat kebaikan yang kita buat di dunia sesama manusia  dan lain-lain.

Umur Kita

Kalau 20 tahun lagi saya akan meninggal dunia pada usia 60 tahun, maknanya bukanlah lama lagi. Apa yang saya tinggalkan pada dunia waktu itu ? Wang ringgit, rumah , kereta ? Tapi itu adalah perhiasan dunia yang tidak mungkin saya bawa ke kubur dan akhirat. Tapi amalan dan bekalan untuk perjalanan lebih jauh dan panjang di akhirat bagaimana ?

Kesempatan Ramadhan

Kita berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda. Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain. Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

5 ulasan:

  1. rebutlah..kejarlah peluang dan ganjaran yang dijanjikan olehNya di bulan ramadhan ini..semoga segala ibadah kita diberkatiNya..aminn

    BalasPadam
  2. insaf. betul 20 tahun bukan le lama,

    BalasPadam
  3. Salam, jika kita tahu ada kedai yang menjual makanan kepada org yang tidak berpuasa dan tidak melaporkan kepada pihak agama islam negeri... adakah saya di dalam kategori bersubahat?

    harap dapat membantu, terima kasih

    BalasPadam
  4. Subhanaullah, post yg menginsafkan & muhasabah diri. Ape lagi tok yg dah banyak umur ni (sebenarnya sikit aje lagi umur utk di dunia ni!!)

    BalasPadam
  5. Salam, semoga kematian yang berada di sekeliling kita menjadi suatu peringatan buat kita semua yang masih hidup ini...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.