Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Ogos 2011

Isteri Dulu Tak Layan Sangat Suami, Bila Suami Nikah Lagi Satu, Bising Pulak


Suami 40-an baru nikah kat seberang dengan gadis 20-an. Gadis tu dikenalinya kira-kira 2 tahun lalu, masa buat latihan praktikal tahun akhir universiti kat pejabat dia. Bila dapat tahu, isteri pertama 30-an mengamuk macam orang nak buang air, tiba-tiba tandas penuh.

Bila dah gitu, suami luahkan perasaan dia. Katanya, dulu isteri dia sepanjang dah dekat 10 tahun kawin dapat 3 anak, layanan isteri tak seberapa kat dia. Sehingga suami selalu membawa diri, makan hati berulamkan kutu. Katanya suami sering dipersalahkan dan isteri dia pernah kata, dia taknak layan suami dia sangat selagi suami tak berubah. Layan pun cuma lebih kurang saja.

Bila ditanya, apa yang isteri suruh berubah. Isunya bukan besar sangat, cuma pasal hal-hal kat rumah. Tapi suami kata, dia memang susah nak berubah benda tu, lagi pun bukan buat benda salah pun. Akhirnya suami berubah betul-betul dengan buka cawangan lagi satu.

Tapi ayat yang keluar dari isteri adalah,

"Apa kurangnya saya sampai nak cari perempuan lain ? Selama ini saya layan dia dengan baik". Kata isteri pulak.

Pada saya, isteri selalu kata dia layan baik pada suami tapi tak kena tempat. Buktinya adalah, suami sendiri yang cakap, dia tak dapat layanan baik. Nak kata suami tipu atau betul, itu soal lain. Yang pasti, ceritanya ada. Maaflah, bukan nak mengata. Tapi kalau suami dah nikah lagi, tak dapek den nak nolong.

5 ulasan:

  1. dah nikah nak buek cmnor laie.. redha ajer lah kan ustaz..

    tapi kalau kena caranya "PAYUNG EMAS" menunggu di sana.. tapi kalau suami tu x adil... hemm tak tahu lah racun ler jadinyer...

    BalasPadam
  2. Redha untuk perkara yang baik... hidup lebih tenang... kebahagiaan pasti akan datang.

    BalasPadam
  3. baru nikah 2 dah kecoh... moyang ku 4, beres jer.

    BalasPadam
  4. lain orang, lain kisah hidop ngn cara penerimaanya... setiap org x sama... ye en ibnu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar, lain org lain kisah hidup dan cara penerimaan juga berbeza. Namun hidup poligami ini bukanlah mudah. Isteri2 dan suami sama2 mainkan peranan yg penting. Kita adalah insan lemah, maka kita buatlah yang terbaik utk mudahkan perjalanan hidup kita.
      Wpun isteri pertama beri izin, tp dalam pada tu, masih terselit perasaan cemburu dan sakit hati. Jadi kita sama2 pandai main peranan, utk mengelakkan perkara2 yg lebih berat.

      Padam

Dipersilakan komen.