Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 Ogos 2011

Jangan Beli Sosej dan Kepingan Ayam Yang Diragui Status Halalnya

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan umat Islam khususnya di Kedah dan Perlis supaya tidak membeli sosej serta kepingan ayam tanpa jenama yang diragui status halalnya dipercayai dijual meluas di kedua-dua negeri itu.

Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, berkata sekiranya umat Islam meragui status halal sesuatu produk, wajar mengelak daripada membeli atau memakan makanan itu kerana hukumnya haram.

Perkara itu selaras kesahihan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis mengenai sosej ayam dicampur pulut, selain kepingan ayam tanpa jenama dijual secara meluas terutama di kawasan Sungai Bahru Perlis, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Katanya, JAKIM akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk memantau kemasukan berleluasa produk sejuk beku dari Thailand yang diragui status halalnya.

"Mengikut maklumat diterima daripada JPV, kedua-dua produk yang disahkan mengandungi DNA babi tiada dalam senarai produk yang disaring JPV dan ia dipercayai dibawa masuk secara haram tanpa kebenaran agensi berwajib termasuk Bahagian Hab Halal JAKIM.

"Justeru, kita juga menasihatkan peniaga yang mungkin terlepas pandang perkara ini, termasuk tidak mengetahui kandungan produk yang dibawa dari Thailand supaya menghentikan penjualan sosej dan kepingan ayam yang diragui status halalnya, termasuk di bazar Ramadan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

3 ulasan:

  1. Dalam pada itu, cuba elakkan beli makanan yg mengandungi bahan2 tsb, spr steamboat dll, sbb biasanya utk jualan depa akan dapatkan yg murah & biasanya yg murah tak de tanda halal JAKIM.

    Cam no nak makan steamboat klu cam ni ye? nak buek sendiri tak tau, kalau tau pun, macam2 nak kena buat, nak makan sikit aje.. huhu

    Sbb tu disarankan penjual2 makanan ni, buat notis seperti : 'bahan-bahan dari produk org Islam sekian, sekian, ..' atau 'telur ayam dibasuh' dll.

    Dan penampilan yg Islamik, peramah, sentiasa senyum dll.. Murah & berkat rezeki insyaAllah.

    salam ramadhan.

    tok

    BalasPadam
  2. pengguna perlu lebih perihatin dan sensitif.klu dah tak ada jenama faham2 je la

    BalasPadam
  3. Ustaz, adakah di Johor dibenarkan kedai makan milik muslim dibuka seawal jam 7 pagi di bulan posa ini. Di seri gading, ada yang buka jam 7 pagi ada juga yang mula meniaga jam 12 tengahari. Pembeli nyer melayu dan berurus niaga secara terang-terang.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.