Oleh kerana sekarang sedang lelong kereta kastam, blog saya menerima ramai pengunjung untuk dapatkan pengalaman mengenai lelong kereta kastam ini. Ramai juga yang tersasar masuk blog saya tapi mereka tak menyesal masuk sini kerana ada dapat ilmu sikit.
Seorang pembaca saya berminat dengan jenis kereta jenis A dalam harga 20,000 (bukan harga sebenar). Dia tanya saya beberapa perkara yang saya ceritakan kat sini.
Masing-masing Ada Minat
Saya rasa dia minat dan mengidam kereta tu dah lama. Saya tahu, harga kereta tu dulu mahal, jadi minat dia pendamkan saja sebelum ini. Yer ler, macam saya juga, dulu masa zaman saya study, masa zaman saya naik moto saya minat Honda SM4 yang harganya lebih 100,000. Tapi waktu tu berangan saja bolehlah, nak beli memanglah tak mampu.
Dah kerja pulak, harganya mahal lagi. Maka tunggulah harga murah lelong kastam tahun 2005, saya dapat dengan harga lebih kurang 9,000 saja. Saya pakai hingga sekarang, kalau saya jual, ada orang tawarkan saya harga lebih tinggi lagi. Saya pakai kereta tu sampai sekarang.
Yer, dulu kereta SM4 tu dapat pelbagai anugerah dalam era dia, maknanya dia antara kereta yang terbaik. Tapi disebabkan sekarang banyak model baru, maka orang tak berapa nak pandang. Sedangkan kereta baru sekarang ni, belum tentu dapat anugerah seperti tu, harapkan harga saja mahal dan nombor plat baru. Tapi saya dapat memiliki kereta idaman saya dengan harga jauh lebih murah dengan nombor plat baru juga.
Kereta Lama Lebih Baik
Saya tak pernah pakai kereta baru kerana saya rasa itu satu pembaziran berdasarkan penilaian peribadi saya. Kalau orang tak setuju dengan saya, saya tak kisah, saya tak kecil hati pun, hati saya saiz macam tu juga.
Kereta baru harap mahal saja, tapi kualiti belum tentu baik. Kekadang kita jadi mangsa untuk syarikat tu buat ujian. Contohnya ada satu kereta,mula keluar 1.3 cc masa tahun 2004.
Saya komen pada penjual tu masa hari pelancaran. Saya tanya, bolehkah 1.3 cc ni bawa body yang berat ni ? Jurujual tu kata, kereta tu dah setahun gerak di Indonesia, jadi tak ada masalah. Saya diam saja. Saya tahu, itu skrip yang sudah diajar kepada jurujual bila berdepan dengan pengguna. Tau kereta apa ? Kereta MPV kecil jenama terkenal juga.
Tiba-tiba, lebih setahun lepas tu, keluar pula model 1.5 cc pula dengan body yang sama tapi harga lagi mahal. Bila saya tanya, dia kata yang 1.3cc tak der pikap dan lembab. Maka harga secondhand kereta 1.3cc tu jatuh merudum.
Mangsa Ujikaji
Semalam saya singgah di satu kedai kereta. Saya terkejut kerana ada satu kereta baru dijual sebagai kereta terpakai, rasanya baru setahun lebih usia kereta tu. Saya tanya, kenapa kereta baru ini sudah jual. Jurujual tu kata, orang tu jual untuk ambil jenis yang sama yang ada Turbo. Pelik juga saya, kenapa disebabkan enjin sampai tukar kereta.
Jangan lupa, enjin memainkan peranan yang penting dan terlalu amat boring bawa kereta yang lembab. Kereta tu jenis MPV yang besar gedabak tetapi enjin dia setakat 1.6 saja, saya selalu komen. Tapi bila komen pada jurujual, dia kata, itu teknologi terkini. Sekarang turbo pulak. Maknanya pembeli jadi bahan ujikaji.
Lelong Kastam Kereta Berkualiti
Dari dulu saya kata, kereta yang kastam lelong ini jenis yang berkualiti. Kalau tak berkualiti, takkanlah dia boleh masuk pasaran dunia seperti Singapura, kemudian diseludup sebelum kena tangkap. Mestilah orang tu fikir, alang-alang seludup, biarlah yang berkualiti, hehehe. Takkanlah kereta cikai, dia orang nak lari kastam pulak, buang karen aje camtu.
Saya Nasihat Kawan Saya
Kenalan yang baru saya kenal ni pun kenal dalam blog. Dia minat sangat dengan jenama A yang harga 20,000 tu. Pertama, saya nasihatkan dia supaya tengok dulu kereta tu. Kalau setakat tengok dalam gambar, belum tentu gambaran sebenar. Saya rasa kalau ada pun kemik atau tempat yang teruk, takkanlah nak dipaparkan sangat, kecualilah semua sudut dah teruk sangat, kan ? Yer le, iklan sekarang guna internet dan tak sama kalau kita datang tengok. Tapi nasihat saya, seboleh-bolehnya tengok betul-betul sebelum masuk lelong.
Lepas tu, cuba cari nilai pasaran kereta tu. Boleh didapati harga dalam majalah Mototrader, Mudah.com dan harga kat kedai kereta. Lepas tu cuba tengok kerosakan dan kecacatan kereta tu, contohnya cat, enjin, tayar dan kerusi. Kalau semua elok, bolehlah masuk tinggi sikit, kalau tak berapa elok, masuklah rendah sikit.
menarik.
BalasPadam'satu kereta' yg dimaksudkan umpama avanza dalam bayangan saya.
'satu kereta lagi' tu pula umpama exora, juga dalam bayangan saya saja.
:-)
menarik bro..artikel yang berguna..nak tanya bro..kalau tak silap,kastam tak slalu lelong kan? agak agak dalam setahun berapa kali diorg buat ek?dan biasanya bila dan bulan brapa?
BalasPadamsalam ustaz,
BalasPadampsl exora 2,bkn ujikaji.
time proton nk kuarkn exora,engin y da cps.(y dgunakn pd satria neo jgk.tp at the same time,proton tgh develop engin baru.engine br nih jnis da turbo.
then stat bln 11 2011,proton mula mngunakn engine turbo(cfe) pd model exora bold n keta baru y akn launch xlama lg nih
ustaz,psl org ckp exora cps xlrat,sbnarnya,team testing proton ulang alik nk genting selamba je.test procder ikt standard y dgunakn oleh car manufacture len jgk
hrap msj sy ni dpt mnjelaskn kekeliruan org len
Terima kasih sumi...
BalasPadamsalam ustaz boleh tolong bagi web site kereta lelong kastam ??
PadamTender Bersepadu Kenderaan Lucuthak Kastam Bil 1/2012 baru sahaja tamat pada 10/04/2012 yg lepas..
BalasPadamHarap2 menang ler tender tu.. Hantar 5 borang, sangkut satu pun dah Alhamdulillah.. :D
Salam. Prosedur nak masuk bidaan sebut harga kenderaan lucut hak kastam :
BalasPadam1) Surf laman web www.customs.gov.my ; click pada icon SEBUTHARGA KENDERAAN BIL...
2) Melalui web ni boleh download + cetak borang sebut harga, tengok senarai kenderaan2 yg di'lelong' dan tengok gambar2 kenderaan tersebut- ikut negeri + lot kenderaan.
3) Jika ada kenderaan yg berkenan, boleh tengok fizikal kenderaan di tempat2 yang dinyatakan & mengikut masa2 yg ditentukan.
4) Kalau minat masuk bidaan kena isi borang (yg download + cetak tadi) dengan lengkap & sertakan bank draf/banker's cheque/wang pos atas nama PENGARAH KASTAM NEGERI - Amaunnya mesti sama atau lebih 10% drp harga bidaan. Contoh harga rezab RM20K, nak bida RM25K so Banker's Cheque dll mesti > RM2.5K. Kalau menang kena bayar baki RM22.5K, Kalau kalah Banker's Cheque akan dikembalikan. (rezab list bidaan ke 2 dan ke 3 tertinggi).
4) Kalau tinggal kat NS tapi nak bida kenderaan di Kastam Perak (selepas tengok kenderaan dan puashati nak masuk bidaan) borang yang lengkap diiisi berserta Banker's Cheque boleh masukkan dalam mana2 tong sebut harga kat Kastam NS ke, Kastam Selangor ke, Kastam Perak ke...ikut mana2 yg mudah/senang nak pi coz waktu buka sebutharga adalah bersepadu. So kalau dalam tong Kastam NS ada bidaan kenderaan Perak maka Kastam NS akan serah borang bidaan tersebut kepada Kastam Perak. Begitulah sebaliknya.
PERHATIAN! Prosedur ni telus, boleh buat sendiri xpayah guna orang tengah...setakat bawak pomen untuk tengok kenderaan ok ke x bolehlah sebab Kastam mmg xterlayan nak jaga setiap kenderaan dgn baik,,,Yang broker2 kata boleh tolong dptkan kereta lelong kastam under table ke sume menipu je. Yang penting harga bidaan kita munasabah, maka cerah peluang nak memnang bidaan.