Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

25 Oktober 2010

Final Piala Malaysia Negeri Sembilan Lawan Kelantan, Hebat!


Perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini banyak perkara yang menarik perhatian. Paling panas ialah mengenai topik B Sathianathan yang digantung Persatuan Bola Sepak Malaysia. Ini boleh mendatangkan rasa terkilan pengurusan pasukan dan penyokong setia The Red Warriors  terhadap  FAM ketika saat genting menentang Negeri Sembilan di final Piala Malaysia.

Kenapa Tak Tangguhkan ?

Beberapa persoalan bermain di fikiran saya iaitu, kenapa pengumuman pergantungan Sathianathan ini tidak ditangguhkan dulu selepas perlawanan akhir Sabtu ini ? Saya tahu FAM ada alasan tapi saya cerita soal hati dan perasaan pasukan Kelantan.

Pasukan Kelantan Terkilan

Saya percaya pasukan Kelantan disaluti rasa terkilan dengan perkembangan ini. Mustahil kalau tak kecewa sebab Sothianathan telah berjaya membawa Kelantan ke perlawanan akhir dua tahun berturut-turut. Tahun ini pula Kelantan pasti tidak mahu lepas peluang untuk menjulang piala ini. Kalau kita baca Berita Harian hari ini, nadanya seakan sama dengan ulasan saya ini.

Kelantan Harap Bertenang

Pemain dan penyokong harap bertenang dan menanam semangat kesukanan yang tinggi. Jadikan penggantungan ini sebagai motivasi untuk mencapai kejayaan untuk menjulang Piala Malaysia. Janganlah adakan tunjuk perasaan yang boleh menimbulkan ketegangan. Sebaliknya hadapilah perlawanan dengan memperlihatkan permainan terbaik. Penyokong janganlah bertindak agresif atau menimbulkan kekecohan yang boleh merosakkan nama baik persatuan bolasepak negeri masing-masing.

Persiapan Perlawanan Akhir

Bukan saja pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan yang berhempas pulas membuat persediaan. Pasukan keselamatan iaitu polis juga sedang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini. Harap penyokong dapat mematuhi arahan pihak berkuasa. Jangan kerana bolasepak, sesama kita boleh bergaduh dan berlaku kecederaan.

1 ulasan:

  1. aisehhhh! Pemain tak mati, peminat yg mati...ni yg tamooooo

    BalasPadam

Dipersilakan komen.