Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 Oktober 2010

Cerita Pasal Kereta Lelong Kastam (Episod 6) Ada Pertanyaan Untuk Saya Jawab

Ini soalan yang saya terima melalui email saya. Saya cuba jawab berdasarkan pengalaman saya. Kalau nak jawapan yang tepat, boleh tanya Kastam.
.
1. Harga kita tetapkan atau KASTAM tetapkan?
2. Adakah perlu mengisi dokumen?
3. Kalau dah dapat kereta tersebut, boleh x buat loan dulu baru bayar ataupun kena bayar tunai?
4. Dinyatakan atau tidak kereta tersebut samada dh dipotong @ sambung, takut kalau dh beli x boleh register dgn JPJ
5, Di mana tempat nak tengok kereta tersebut...
Harap ustaz dapat membantu saya, sebab saya mmg sedang mencari2 kereta untuk dibeli, mudah2an mcm ustaz dapat sebuah yang masih baik... amin....sekian
.
Jawapan Saya
1. Harga Kastam letak contohnya RM 2,000. Kita kena masuk 2,000 atau lebih pada itu.
2. Ada isi borang yang disediakan. Kemudian buat bank draf 10 persen dari harga kita nak masuk.
3. Dah dapat kereta kena bayar tunai pada Kastam, lepas tu terpulanglah nak buat loan atau tidak.
4. Kastam tak lelong kereta potong kecuali dinyatakan demikian. Kereta yang dilelong boleh jalan dan sudah didaftarkan di JPJ.
5. Nak tengok kereta, pergi ke pejabat Kastam atau stor simpanan kereta. Kalau di JB di menara Kastam Larkin.
Sekian. Mudah-mudahan serba sedikit membantu.

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 7
http://ustazkhalil.blogspot.com/2011/02/kereta-lelong-kastam-episod-7.html

3 ulasan:

  1. alhamdulillah.....
    terima kasih banyak2 ustaz atas maklumat yang dberikan....
    hanya tuhan saja yang dapat membalasnya..

    BalasPadam
  2. ustaz...saya ni pembaca setia ustaz....xble mis punya....walau pun saya dah pindah ke tawau nih tetap juga dibaca blog ustaz ni....tang mana iklan kereta lelong ni ustaz...dari td duk belek dlm intent ni xjumpa...ble ustaz bg add lelong tuh

    BalasPadam
  3. Kereta kastam lepas beli boleh buat loan tak?
    i ada tanya [egawai kastam, dia kata geran akan diberi, tapi AP tidak akan dibekalkan...Surat kastam je akan diberi..Kalau x de AP x boleh buat loan kat bank..I tak berapa tahu pasal ini..Abang boleh tolang bero sedikit pendapat mengenai kes ini..Tolong :)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.