Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

11 Oktober 2010

Sudah Nasibku Mat Burger : (Episod 48) Apa Kesudahan Cerita Ini ?

Ramai sangat yang tanya saya, apa kesudahan cerita Mat Burger ni. Bukan setakat ruangan komen, ramai juga yang datang jumpa saya. Seorang pun saya tak cerita apa kesudahannya....

Mintaklah pembaca komen sebab pembaca kekadang lebih pandai meneka, saya pun hairan. Macam soalan saya dalam cerita 'Hantaran 10,000", ada juga pembaca yang teka dengan tepat siapa pengadu kes tu. Sebenarnya soalan siapa pengadu tu  susah nak jawab dan tidak disangka-sangka jawapannya.

Jadi...apa kesudahan kisah Mat Burger ni ? Tolonglah ulas, contohnya...

- Man dan Yanti jadi kawin.
- Man kawin dengan Cikgu Syikin
- Man kawin dgn anak sedara makcik Kiah, orang Kota Tinggi tu
- Yanti kawin dengan Badrol
-Aboi kawin dengan Syira
-Aboi kawin dengan Cikgu Syikin
-Man dan Yanti tak kawin sampai sekarang
-atau lain-lain.

13 ulasan:

  1. Wah sudah jadi teka teki pulak Ustaz.. apa pun memang penceritaan yg sangat menarik..

    Saya jangkakan Man dan Yanti membawa haluan masing-masing.. walaupun kasih masih bersemi tetapi masa dan keadaan tidak mengizinkan perhubungan mereka..

    BalasPadam
  2. Rasanye Man kawin dengan Cikgu Syikin sebab Man kata dia muktamad putus hubungan dengan Yanti.
    ...Mira.

    BalasPadam
  3. Suruh teka yer....saya teka Man dan Yanti kawin juga akhirnya.
    (Ros)

    BalasPadam
  4. saya teka, man dan cikgu syikin kawin..walaupun saya nak man kawin ngan yanti sebenarnya..

    BalasPadam
  5. Salam Ustaz...

    kakcik memang ikuti cerita ini, tapi kakcik tak mahu bagi ulasan, cuma nak tunggu kesudahannya sahaja. Boleh, kan? :)

    BalasPadam
  6. Tuan Kadi,

    Penceritaan ini boleh didramakan. Mungkin Bos Skop production berminat.Skrip dan plot penceritaan sudah ada.

    Kesudahannya, Man dan Yanti kahwin (sekadar meneka) oleh kerana abg iparnya mungkin akan memujuk ahli keluarga lain menerima Man sebagai suami Yanti.

    BalasPadam
  7. pada pandangan sy ...man dan yanti akan kawin juga akhirnya kira cerita dia lebih kurang sama je mcm cerita sy tapi lain sikit...Isteri sy juga menpunyai Ijazah tetapi sy tidak,dia juga seorg guru mcm cikgu sikin..dlm liku2 persahabatan dan percintaan diorang nampaknya lebih kurang sama je dgn perjalanan hidup sy tapi sy sebagai kontrektor

    BalasPadam
  8. kalau jodoh tidak kemana Ustaz

    BalasPadam
  9. Memang cerita benar yer Tuan Ustaz? Kalau citer benar biasa kesudahan Man tiada jodoh dengan Yanti. Dua dua pilih jalan hidup sendiri

    BalasPadam
  10. Saya rasa mula 2 Man Kahwin dengan cikgu Syikin, pastu kawin dgn anak sedara makcik Kiah....last sekali kawin dengan Yanti ....baru habis cerita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. gile la ko... boleh macam tu plak ye. mcm lari passbatton je. hahahahaha

      Padam
  11. jadi kawin. kalo ta mcm mana ustad tahu kisah keluarga yanti. kan ?

    BalasPadam
  12. man dgn yanti terpisah...kisah hidup man berubah jadi ushawan berjaya mcm tauke dherbs (tlajak laris) dan kahwin ngan bidadari syurga....masa itu baru family yanti terbeliak biji mata...hehe

    BalasPadam

Dipersilakan komen.