Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

20 Jun 2011

Peniaga Ayam, Ramai Orang Tak Bayar Hutang


Biasa kat kampung sikit ada gerai jual ayam di tepi jalan. Di situ juga  sembelih ayam sendiri dan jual ayam segar. Ramai orang Islam yang beli sebab nampak sendiri orang Islam yang sembelih, tanpa was-was.

Kalau tengokkan niaga seorang ni bagus, pelanggan ramai. Tapi bila kita berbual dengan dia, macam-macam cerita sebagai asam garam dalam perniagaan. Seorang ni 40-an, niaga ayam ni dah dekat 20 tahun, lepas sekolah dulu. Dia jual ayam depan rumah dia dan tak kena sewa.

Masalah utama dia adalah hutang. Dia cerita ramai orang hutang tak bayar. Saya tanya kenapa beri hutang, tak kasi tunai saja.

"Biasalah bang, ni  kampung, kalau kita tak kasi hutang nanti dia kata apa pulak". Kata dia.

Maknanya yang berhutang ni orang kampung juga dan dia kenal semuanya. Dia cerita lagi, yang paling banyak berhutang adalah orang kenduri kawin. Biasa ambil dalam 100 ekor lebih, kalau seekor RM 10, kira RM 1,000 juga. Kalau lebih 100 ekor, bayangkan berapa harga.

Biasa orang kawin ni bayar separuh saja, kalau 1,000, dia bayar 500 dulu. Baki selebihnya, janji nak bayar selepas majlis kawin. Tapi nampaknya janji tinggal janji. Lepas majlis kawin, orang tu tak nampak muka. Kalau ada yang datang pun, bayar tak cukup dan janji nak bayar ansur-ansur. Kalau macam ni, susahlah peniaga ni. Dia kira-kira hutang orang tak bayar, dah lebih 50,000.

Cerita ni, cerita pasal tuan rumah majlis kawin ingat dapat banyak duit 'salam keruk' dari tetamu. Kalau dapat sampul pun bukan banyak mana. Jarang nak jumpa duit merah sepuluh ringgit dalam ekonomi sekarang. Yang banyaknya duit seringgit-seringgit. Ada pulak tu, kasi sampul surat kosong jer pun ada. Ishhh... ishhh.. ishhh.. Itu kira nak ambil hati tuan rumah ler tu walaupun tak ada duit nak kasi.

 Rupanya dapat tak sebanyak mana dan hutang ayam tak terbayar. Peniaga ni nak mintak kat pengantin pun, buat tak layan jer. Bukan senang niaga ni yer.

5 ulasan:

  1. kesian..macam2 peel orang..usahakanlah bayar hutang ayam tu..dahla mneyusahkan peniaga ayam tu, takut2 nanti menyusahkan diri di kubur dan akhirat plak..bahaya no..

    BalasPadam
  2. Orang yang berhutang ini apabila meninggal nanti dalam keadaan hutang belum dilangsaikan akan memberi beban pada waris yang hidup untuk melunaskan semua hutang simati.

    BalasPadam
  3. orang yang berhutang nie tk kiralah di kampung ke bandar ke..kalau dah dinamakan berhutang..biarlah dilangsaikan sebelum pejam mata..seelok2nya dh janji nk bayar..bayarlah wpun sedikit2...andainya xsempat melunaskan hutang..terbeban juga waris..silap2 waris sendiri pun tak tahu menahu pasal hutang yang ditinggalkan sebelum ini..itu lagi kes naya..kalau nilai sikit ok la jugak..kalau nilai yg bikin terduduk..nganga gak nk mambayor/melangsaikannya.. ;)

    BalasPadam
  4. Memang banyak kes org berhutang tapi liat nak bayo. Ada yg nak berniaga, behutang .. dah maju liat pulak. Siap cakap nak simpan duit utk pi haji..Padahal yg beri hutang tu beri cara boleh bayar ansor2..

    Macam mana ni ustaz? Kat ceramaha2 boleh sarankan kot..

    cucu tok

    BalasPadam
  5. orang sekarang ni dah tak berapa nak beratkan halal haram ni. dia inat bila dah habis majlis tu hutang dah tak kira dah agaknya...kesian kan...semoga ALLAH menjauhkan saya dari sikap rajin membuat hutang tapi liat mambayar hutang .

    Shahrizat

    BalasPadam

Dipersilakan komen.