Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 Ogos 2011

Ari Ni Tak Dibenarkan Pergi Bazar Ramadhan


Dah hari-hari pegi beli kat bazar Ramadhan Taman Intan. Beli banyak serba mak nenek beli hari-hari. Tapi hari ni semua kat rumah ni tak dibenarkan ke bazar Ramadhan. Kenapa ?

Sebab hari ni saya masak, sorang saja masak, orang lain tak campur. Kebetulan hari ni saya free, hari ni pagi saja ada ceramah, petang tak ada apa. Tadi dalam kul 2 pergi Econsave beli ayam, rempah, kicap dan lain-lain.

Masakan saya hari ni adalah sup ayam hutan, baru kejap tadi masak. Kedua, nasi ayam, nasi kat atas dapur, ayam (bukan ayam hutan) baru selesai panggang. Lepas ni nak masak mee goreng pulak. Air hari ni nak buat air ribena cincau, tak tahulah apa rasa, tak pernah try pun buat air camni.

Kalau dah masak tu semua orang kena makan, sedap ker tak lain cerita. Hehe.... macam paksa pulak. Tapi rasanya puasa-puasa ni semua habis, hehehe.

2 ulasan:

Dipersilakan komen.