Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

26 Ogos 2011

Hisap Rokok Punya Pasal, Akhirnya Bercerai


Seorang isteri 30-an tak suka suami dia 30-an merokok. Suami pun ada cita-cita nak berhenti tapi macam susah nak berhenti. Tapi isteri dia terus membebel dan macam paksa suruh berhenti merokok juga. Kemudian suami kata dia dah berhenti merokok.

Untuk meyakinkan isteri dia, suami menyebut perkataan lebih kurang begini.

"Kalau saya hisap rokok lagi, jatuh talak satu". Kata Suami dia.

Lepas itu memang suami tak merokok. Tapi satu hari tu suami hisap rokok depan isteri dia secara spontan, mungkin tak disengajakan. Isteri tahu hukum hakam serba sedikit, teringat masa kursus kahwin dulu ustaz ada cerita.

Suami terkejut dan dia mengaku memang pernah melafazkan cerai taklik beberapa bulan lalu. Kes ini dirujukkan ke pejabat Kadi, kemudian dipanjangkan ke Mahkamah Syariah. Hakim mengesahkan cerai talak satu.

4 ulasan:

  1. Macam-macam...nilah akibatnya bila pemimpin rumahtangga cetek ilmu agama semua jadi kucar kacir :(

    BalasPadam
  2. bersua muka tidak, tapi tetap setia; beramah-tamah tidak, tapi tetap mesra; bersenda ikut suka jee, tak tau plak ada yang terasa; mengomen macam le hebat, tak prasan rakan rasa kena sebat; duhai sahabat duhai pelawat, kususun ruas jari yang karat, mohon ampun ke hadrat, agar kita semua beroleh rahmat, Allah limpahi dengan berkat

    BalasPadam
  3. Mende ni patot ramei tau....Tu belum cerite bab zihar lagi...

    BalasPadam
  4. patut lagu nih:

    jika abe isap rokok, kanda kan nikah lagi 1.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.