Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

20 Ogos 2011

Lagi Isu Sembelih Ayam, Kenapa Begini ?

Pegawai Jabatan Agama Johor memeriksa ayam-ayam yang telah disembelih ketika mengadakan pemeriksaan ke tempat memproses ayam di Pekan Nenas, Pontian. Tahniah kepada pegawai yang berkenaan kerana membongkar kes ini dan yang lebih penting adalah, berjaya membuka mata masyarakat. Tapi, ini baru di Pontian, di tempat lain bagaimana ? Sendiri fikirlah...

Hari ini hampir semua akhbar utama cerita isu ini, malam tadi TV pun ada tayang. Katanya cara sembelihan dan cara memprosesnya meragukan. Saya tak mahu ulas panjang berkenaan isu ini. Cuma saya nak pulangkan semula kepada orang Islam.........

Iaitu sekarang ini yang menguasai perniagaan ayam yang besar-besar, berapa ramai orang Islam ? Atau cuma ada tak berapa kerat saja orang Islam yang jadi tauke ayam.

Buat apa kita cakap panjang-panjang isu ini, sedangkan orang Islam tidak menguasai perniagaan ayam ini dan lebih dikuasai orang bukan Islam. Soal halal haram ini berkait dengan hukum syarak, orang bukan Islam tidaklah mengaji hukum syarak yang macam orang Islam belajar.

Kenapa orang Islam tidak mahu menguasai perniagaan ini ?.......Sedangkan, orang Islam adalah pelanggan dan pembeli utama. Sempena kemerdekaan negara tak lama lagi, kenangkanlah, kita sudah 54 tahun merdeka, tetapi orang Islam sendiri tidak menguasai perniagaan ayam ini yang sangat ada hubung kait dengan halal haram.

4 ulasan:

  1. maaf ckp.. (lapik dulu ni)..
    biasa la ustaz...

    melayu kita ni mana bleh beniaga..
    tentunya... nak cepat untung.. tu satu hal...
    kisah hasad dengki... khainat.. sakit hati.. bomoh.. hantu jin.. santau.. itu satu hal lagi...

    berhutang... menipu.. cabut lari.. bergaduh..
    itu pun satu hal jugak lagi...

    ada banyak lagi kot.. sebab musababnya tak berapa kerat orang Islam yang jadi tauke ayam. !!... gamaknya laa..

    Wallahualam...

    BalasPadam
  2. orang kita sebenarnya terlalu takut untuk meneroka bidang perniagaan ni, lebih-lebih lagi bidang yang telah lama dikuasai oleh bangsa asing. Setakat jual kuih dan nasi lemak je berani la. Sebenarnya berniaga apa pun takpa asal tahu mengolah pendapatan dan mengembangkan lagi cabang perniagaan dengan tujuan untuk berbakti kepada agama dan umat

    BalasPadam
  3. Modal..ustaz.Bukan takut..modal...

    BalasPadam
  4. Salam..
    Tumpang lalu yerr..sesiapa yang ada info mengenai pihak yang akan menganjurkan kursus penyembelihan ayam halal 2013 minta jasa baik kalian untuk inform dekat saya okey..
    email : greenflava89@yahoo.com

    Terima Kasih :P

    BalasPadam

Dipersilakan komen.