Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 Ogos 2011

Nikah Sudah 14 Tahun, Tapi Tak Daftar

Perempuan 30-an mengadu sebagai isteri kedua kepada seorang lelaki 50-an. Beliau menunjukkan sijil nikah di sebuah negara jiran 14 tahun lalu. Bagaimanapun, tiada pendaftaran di buat di negara ini berkenaan pernikahan tersebut. Katanya, suaminya mungkir janji untuk mendaftarkan perkahwinan itu sehingga berlarutan sehingga 14 tahun.

Pasangan ini dikurniakan dua anak yang sedang bersekolah rendah. Suaminya lebih banyak duduk bersama isteri pertamanya juga ada beberapa orang anak. Pada mula, mereka merahsiakan perkahwinan, tapi beberapa tahun selepas itu telur tembelang pecah. Kira bergaduh besar juga, namun lama kelamaan sudah reda.

Sekarang, selepas 14 tahun, masalah besar timbul iaitu suami dikatakan mengabaikan tanggungjawab termasuk nafkah. Isteri kedua terpaksa bekerja dengan gaji yang tak seberapa untuk membayar sewa rumah, perbelanjaan harian, belanja sekolah dua orang anaknya dan lain-lain. Suami dikatakan sudah lama tidak pulang ke rumah isteri kedua.

Inilah Kisah

Inilah kisah perkahwinan di seberang yang biasanya dilakukan lelaki berpoligami atau tidak mendapat restu keluarga. Kalau nak fikir ambil jalan singkat memenglah mudah, tapi kesan pada masa akan datang kena fikirkan juga. Sebaiknya, sekiranya betul hendak berpoligami, ikutlah prosedur yang ditetapkan di negara kita. Ramai yang sudah berjaya berpoligami termasuk yang saya nikahkan sendiri.


3 ulasan:

  1. "Ramai yang sudah berjaya berpoligami termasuk yang saya nikahkan sendiri."


    Sekali imbas sy baca = "Ramai yang sudah berjaya berpoligami termasuk saya sendiri."


    hehehehe

    BalasPadam
  2. salam ustaz...
    mungkin pandangan sy ni salah..
    tlg perbetoikan...

    ini satu penipuan dan penganiayaan !!..
    kes ini semata2 realitinya..
    si lelaki mencari dan telah mendapat tpt melempiaskan hawa nafsu serakahnya semata2...

    hari ni... mengabaikan tanggungjawab..
    esok lusa.. apabila maut udah memanggil...
    jika yg dipanggil suami tadi tu ada la..
    pencen sesikit.. rumah dan harta sesikit..
    si perempuan 30-an yg mengadu sebagai isteri kedua kepada seorang lelaki 50-an tadi tu.. "APA PUN XBOLEH"... !!!

    BalasPadam
  3. Kan ustaz ni tuan kadi.. nikahkan org le..

    Gambar tu anak ustaz ke..Kecik2 dah pandai main komputer.

    tok

    BalasPadam

Dipersilakan komen.