Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

09 Ogos 2011

Pihak Yang Rugi Bila Putus Tunang, Boleh Tuntut di Mahkamah Syariah


Antara kebaikan pertunangan adalah proses kenal mengenal di antara pihak lelaki dan perempuan. Sekiranya wujud persefahaman, maka eloklah perkahwinan itu diteruskan. Bagaimanapun, sekiranya nampak perkara yang tidak elak sekiranya perkahwinan itu diteruskan, maka elok juga untuk tidak bernikah atau putus tunang saja.

Bagaimanapun, pihak yang memutuskan pertunangan itu sama ada lelaki atau perempuan, perlulah mengikut beberapa adab. Antaranya, janganlah memutuskan pertungan pada tarikh yang hampir dengan tarik perkahwinan. Ini sudah tentu merugikan satu pihak seperti perbelanjaan perkahwinan selain maruah dan harga diri.

Berlaku beberapa tahun dahulu, seorang pemain bolasepak terkenal bertunang dengan seorang jururawat masyarakat di Kluang, kemudian lelaki memutuskan pertunagan sehari sebelum nikah melalui sms saja. Perbuatan seperti ini sudah tentu merugikan pihak wanita dan beliau berhak membawa kes ini ke mahkamah syariah. Had dan jumlah tuntutan tidak dihadkan tetapi tuntutan yang melebihi 100,000 hendalah dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah, kalau kurang pada itu, di Mahkamah Rendah Syariah.

Hari ini dalam akhbar ada satu kes berlaku di Kelantan, seorang lelaki membawa kes ke mahkamah Syariah. Ikuti berita ini dipetik dari akhbar harian.
.................................

KOTA BHARU 8 Ogos - Seorang penjawat awam yang sanggup membeli barang hantarannya di Las Vegas, Amerika Syarikat, hari ini menyaman bekas tunangnya bagi menuntut ganti rugi lebih RM1 juta selepas wanita itu didakwa membatalkan majlis perkahwinan mereka lima jam sebelum akad nikah dilangsungkan pada 3 Jun lalu. Mohd. Masran Ab. Rahman, 32, dari Kampung Banggol Kemunting, Tanah Merah memfailkan saman tersebut melalui peguamnya, Latifah Ariffin dan Murtadza Mokhtar di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dia selaku plaintif menamakan bekas tunangnya, Zulyana Mat Hassan, 28, dan bapa wanita tersebut, Mat Hassan @ Mat Hussin Ibrahim, 60, sebagai defendan pertama dan kedua. Dalam writ samannya, lelaki itu yang tidak hadir di mahkamah hari ini, menuntut ganti rugi am sebanyak RM100,000, ganti rugi teruk (RM500,000) dan ganti rugi malu (RM500,000).

Mohd. Masran turut menuntut ganti rugi khas yang tidak dinyatakan jumlahnya setelah mendakwa terlalu kecewa selepas dia banyak berkorban untuk memastikan majlis perkahwinan mereka berjalan lancar.

Menurut Latifah, wanita itu yang bekerja sebagai juruteknik makmal perubatan didakwa datang ke rumah plaintif bersama bapanya kira-kira pukul 11 pagi, 3 Jun lalu untuk membatalkan perkahwinan mereka sedangkan majlis akad nikah dijadualkan berlangsung pukul 4.30 petang hari yang sama.
''Mereka tiba-tiba sahaja datang dan membatalkan perkahwinan sedangkan keluarga di pihak lelaki sudah bersedia malah semua persiapan untuk majlis perkahwinan di rumah wanita itu sudah tersedia,'' katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Melalui kad jemputan perkahwinan pasangan itu, majlis persandingan di rumah pihak perempuan dijadual diadakan sehari selepas upacara akad nikah di Kampung Salor, Pasir Mas manakala persandingan di pihak lelaki pada 6 Jun di alamat Kampung Banggol Kemunting, Tanah Merah. Menurut Latifah lagi, jumlah saman tersebut adalah gambaran rasa kecewa, malu dan kerugian yang dialami oleh pihak plaintif sebagai anak golongan kenamaan, setelah mengundang lebih 1,200 tetamu ke majlis perkahwinannya.

Tambahnya, disebabkan pembatalan tersebut, majlis persandingan di rumah pihak lelaki bertukar menjadi kenduri kesyukuran kerana kebanyakan jemputan telah hadir. Selain itu katanya, barang hantaran yang disediakan oleh Mohd. Masran bukan sahaja dibeli di negara ini tetapi ada yang turut ditempah khas dari luar negara.

6 ulasan:

  1. 1. bekas tunangnya, Zulyana Mat Hassan, 28,
    (udah nak masuk gulongan andalusia ni !! )

    2. plaintif sebagai anak golongan kenamaan..
    yg mampu & sanggup membeli barang hantarannya di Las Vegas
    (habis tu.. nak cari suami mcmna lagi...?

    jomm..
    sama2 kita mencari jawapannya..
    di mana masalah/silap & salahnya...?

    BalasPadam
  2. jauhnya beli...barang hantaran kahwin sy dulu beli di chow kit road sj. alhamdulillah..lebih sedekad bersama.

    BalasPadam
  3. Tak de jodoh. Kita tak tau cerita sebenar. Yg penting, artikel ustaz ni berguna sbb kita tau undang2 & prosedur2 yang berkaitan. Tambah ilmu kita pada perkara2 yg berlaku di sekeliling/lingkungan kita.

    tok

    BalasPadam
  4. DALAM ISLAM ORIGINAL ADA ISTILAH TUNANG? PINANG YANG WUJUD!

    BalasPadam
  5. Dalam islam takda pertunangan... itu hanyalah adat,dan atas dasar janji dalam islam seharusnya tidak dimungkiri.. bagaimanapun islam tidak pernah menggalakan belanja berlebih2lebihan dan menunjuk2

    BalasPadam
  6. Nak perbetulkan sikit komen di atas....
    Sebenarnya bertunang ada dalam Islam, bukan tak ada. Banyak kebaikan yang diperolehi dengan bertunang seperti proses kenal mengenal sebelum bernikah mengikut batasan syarak.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.