Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

07 Ogos 2011

Silap Merancang Kewangan, Hidup Dalam Kesusahan (Episod 3)

Lelaki tidur di pejabat ni bukan senang. Kekadang malu dengan bos dan rakan sepejabat dan jaga kat depan tu. Peristiwa paling memalukan bila dia terbangun lewat jam 7.00 pagi sedangkan masa tu kawan pejabat dah datang. Menggelabah dia kemas toto dan tak mandi dan gosok gigi hari tu sebab taknak melintas ke toilet. Masa tu dia tegur jaga tu, kenapa tak kejut dia. Tapi jaga buat selamba jer, lagi pun jaga tu bukan dibayar gaji untuk tugas kejut mengejut orang ni.

Oleh kerana gaji tinggal 200 sebulan, kemudian gaji naik sikit, adalah dalam 270 sebulan, bukanlah banyak sangat. Jadi dengan duit yang sebegitu, jadual untuk balik ke rumah kena kurangkan. Cemas dia dengan duit yang tinggal sedikit tu untuk budget setiap bulan. Maka dia balik ke rumah dia petang Jumaat dan balik ke tempat kerja Isnin pagi, iaitu seminggu sekali saja. 

Tapi bila dia buat begitu, dia rasa rindu teramat sangat terutama pada anak-anak. Lebih lagi malam-malam anak dia yang sulung dan nombor dua tu telefon, tanya abah dah makan ke belum. Sedih dan sayu seorang bapa bila anak tanya macam tu. Apa tak sayunya, abahnya cuma makan roti canai sekeping, beli bungkus 70 sen, air ada air tong miniral free kata pejabat. Itulah yang dia selalu makan. Lepas anak dia telefon, lagilah dia tak berapa boleh tidur, tapi terpaksa menahan rindu. Teringat pula si bapa, bagaimana anak kat rumah, makan apa entah.

Rindu Pada Isteri ?

Dalam keadaan macam ni, rindu pada isteri dah jatuh nombor dua. Nombor satu adalah pada anak-anak. Tapi dia sikit pun tak cerita pada isteri dia pasal ni. Takut isteri dia merajuk dan buat muka macam kura-kura. Macam tu susah mahu pujuk..... Tidur-tidur malam tu teringat juga kat isteri dia. Tapi kadang-kadang teringat juga kat janda satu pejabat yang kematian suami kemalangan tu, hehee. Kekadang malam-malam ada juga layan telefon dan sms dengan janda tu. Pulak tu suara dia sedap dan lunak macam suara Linda Onn, d.j radioterkenal tu, hehehe.

Isteri Redha Nampak...

Sekarang perbelanjaan di rumah hampir keseluruhannya isteri dia yang tanggung. Isteri faham yang suaminya gaji cuma tinggal 270 saja, itupun suami tunjuk slip gaji untuk dapatkan simpati si isteri. Tak apalah, isteri redha. Isteri dia baki gaji dalam 580 (lepas naik gaji) bukanlah banyak. Untuk belanja sebulan bukan senang. Yang sebetulnya dua minggu saja dah hampir nak habis. Maka biasanya dalam minggu terakhir atau istilah orang makan gaji 'bulan gelap', anak-anak makan goreng telur saja. Nak kata makan ikan sardin, sardin pun dah mahal sekarang.

Upah Jaga Anak Naik

Orang yang jaga anak dia dulu bayar 300 untuk dua orang anak kecil, seorang umur 3 tahun, seorang bayi lagi. Lepas tu pulak, yang jaga anak dia tu dah sarat mengandung, terpaksalah hentikan jaga anak cikgu tu. Maka dia kena cari orang lainlah pulak. Dapatlah orang baru jaga anak dia, isteri surirumah sepenuh masa, anak 4, suami kerja kilang. Okeylah tu, nampaknya orang ni boleh percaya jaga anak dia, rumah pun tak berapa jauh. Tapi bila ditanya bayaran untuk dua orang anak tu, diletaknya RM 400 pulak. Dalam hati cikgu tu, mahal ke bedir...

Tapi dalam hati, nak kata 400 tu mahal tak boleh pulak. Kawan dia satu sekolah pun dalam harga macam tu juga sekarang. Orang yang nak jaga anak dia tu letak 400 sebab dia tahu, mak bapak budak tu kerja hebat, gaji besar, kereta baru ada dua, rumah besar koner lot. Itu macam, takkanlah 400 kata mahal. Maka, jadilah hantar anak kat kakak tu walaupun terbeban dengan 400 tu. Itu belum duit nak beli susu, pampers, ubat, makan dan lain-lain. Nak buat macam mana, diam sajalah.

Bulan Puasa dan Hari Raya

Masa bulan puasa, bukan lagi jimat, lagi banyak duit dia keluar. Yer le, anak yang dua orang sudah mula belajar puasa. Masa petang ikut mak dia ke bazar Ramadhan nak beli itu ini. Sebagai seorang ibu, tak sanggup pula nak tolak kehendak anak dia, tak mahu kecewakan kesungguhan anak dia yang baru berpuasa. Si suami yang balik seminggu sekali pun beli sendiri kat bazar. Kalau awal bulan, gagah lagi beli yang mahal sikit. Bila dah masuk 'bulan gelap', pergi ambil bubur lambuk free saja nak berbuka. Sahur biasa makan kurma free dan air miniral free saja.

Baju raya anak-anak tak boleh tak ada. Paling kurang seorang anak dua pasang. Untuk mak dah ayah, tahun tu terpaksa mengalah, pakai baju yang dua tahun lepas yang masih elok lagi. Pergi beli baju budak ni bukan murah, malah lebih mahal dari baju orang tua. Lagi satu, kalau bawak budak ni pergi pasaraya, dia tengok pada cantik dan jenamanya pakaian tu, bukan tengok harga. Maka terpaksalah keluar duit, seorang anak dalam 150, empat orang anak 600.  

Bila Isteri Nak Pindah ?

Yer, suami dia kat Kluang, dia kat daerah tu. Kejam celik, dah nak masuk dua tahun bertahan. Tapi makin lama, makin tak boleh tahan. Bincang punya bincang, maka dapatlah kata putus walaupun tak putus-putus, bahawa isteri nak pindah lepas raya dan lepas cuti sekolah ni. Isteri dah minta borang kat kerani tapi sama ada nak hantar borang pada gurubesar atau tidak, itu masalahnya.

Masalahnya apa ? Masalah pertama dan paling besar adalah rumah barunya. Takkan nak tinggalkan rumah baru ? Rumah koner lot, aircond setiap bilik dan ruamg tamu ada, ubahsuai dah 3-4 kali. Orang tengok dia pun ada kelas. Nanti kalau pindah rumah sewa, mana mungkin dia ada kelas macam tu.

...BERSAMBUNG KE EPISOD 4 (belum ditulis)

Episod 1

6 ulasan:

  1. t/kasih ustaz...
    bagus kisah ni...
    realiti & virus kehidupan...

    terpaksa selak smula.. ep 1 & 2..
    sebab dah lama sgt tinggal kisah asalnya..

    Assalamualaikum....

    BalasPadam
  2. Tq ustaz.. boleh diambil iktibar & pengajaran tentang aliran keewangan semasa kita..

    BalasPadam
  3. salam ustaz...pedoman buat semua, pakai baju ukurlah di badan sendiri kalau tidak merana badan...

    BalasPadam
  4. gelak saya baca kisah ni ustaz. ni la pahit maung orang kerja makan gaji. semasa berduit, semua benda dibeli. bila dah tak berduit, makan maggi je. sapa percaya ek, kalau rumah besar corner lot yang ada air-cond setiap bilik & ruang tamu, si penghuninya hanya mampu makan maggi ye tak?

    BalasPadam
  5. Amat setuju dgn JunAina.

    Apa2 hal pun kerajaan bertanggungjawab mendidik rakyat mengenai pengurusan kewangan yg baik di samping mengawal had-had kredit yg disediakan oleh institusi kewangan.
    Budaya hutang sana-sini sudah sebati dlm kehidupan khususnya bangsa Melayu sekian lama. Biar papa asal bergaya. Hal riba jangan cakaplah. Riba memang ciptaan Yahudi untuk menjahanamkan masyarakat.

    "HIDUP TANPA HUTANG UMPAMA BURUNG2 YG BEBAS BERTERBANGAN DI UDARA"

    BalasPadam

Dipersilakan komen.