Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

31 Januari 2010

HIKAYAT SEORANG PENJUAL KERETA TERPAKAI (Episod 8)

Masa rumah-rumah lain di kawasan Setinggan Persiaran Tanjong JB berpindah, kedai kereta masih berniaga. Bukannya tak ada tempat lain nak niaga. Tapi kata Calvin, tempat ni ada banyak 'ong'. Ong apa, manalah saya tahu. Kiranya ada 'berkat' ler kalau istilah kita orang Melayu. Itulah semangatnya orang Cina berniaga dan dia boleh hidup berniaga di kalangan orang Melayu. Salah satu penariknya, Calvin peramah dan biasa bergaul dengan orang Melayu.

Lagi satu, dia tak bising kalau kita nak tengok banyak mana kereta, kalau tak beli tak mengapa, dia tak bising. Kalau sesetengah kedai lain, banyak tanya lepas tu tak beli, jangan buat hal, boleh kena marah lagi.. Saya beberapa kali juga test drive kereta kat sini sebab dia yang tawarkan, bukan saya nak beli, tengok saja. Saya percaya, lebih 95 peratus pelanggannya Melayu, ini kawasan ramai Melayu.

Saya singgah sekejap ke kedai Calvin sebab tertarik tengok satu Pegeout 406 tahun 1998, auto, kereta cantik. Dia jual RM 21,000, dah kira murah tu. Harga Peugeot memang cepat turun, bukan macam kereta Honda dan Toyota yang payah turun.. Boleh loan 16,000. Tapi nak nasihatkan orang yang belum pernah pakai Peugeot, jangan sebarang-sebarang pakai. Tapi bila dah pakai Peugeot, aduhhhh.... ibarat dapat 'isteri muda', kah kah kah. Ke sana ke mari dengan isteri muda jer.

3 ulasan:

  1. Peugeot... Hmmm, cutting menarik, European style, tapi jenama ni memang tak famous di Malaysia, sedangkan kualitinya setanding dengan kereta lain.. Itulah sebab 'second hand value' jatuh..

    Orang Cina memang dah terbukti sabar dalam perniagaan. Kita perlu belajar kegigihan mereka berniaga. Jatuh bangun dah perkara biasa.

    BalasPadam
  2. Peugeot kereta yang sedap dipandu mengalahkan kereta Jepun. Kawalan stering dia kemas terutama di selekoh. Paling best Peugeot pasal kerusi dia yang ikut bentuk badan, jadi duduk kemas. kalau bab kerusi, saya rasa Peugeot mengalahkan kereta lain.

    Sebab tu saya suka bawak peugeot jer, Honda Acord saya tak banyak jalan, kecuali jalan jauh saja. Esok nak gi Penang, bawak Honda ler.

    BalasPadam
  3. nak beli krete second hand,,,terpikir nak bli honda,,tp hargenye memang sush nak jatuh,,, bile tengok jename peugeot ni tibe2 cam tertarik pula,,,

    BalasPadam

Dipersilakan komen.