Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

08 Oktober 2010

Terkini Kisah Ayah Pin : Siapa Betul ? Akhbar ke Polis ?

(Kenyataan Bodoh Ayah Pin Beberapa Tahun Dulu )


Ada akhbar semalam melaporkan Ayah Pin, 70, dikesan aktif menghidupkan kembali apa yang dikenali sebagai "Kerajaan Langit" pimpinannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, di sini. Menurut laporan akhbar itu, pengikut Ayah Pin yang hadir itu ada antaranya datang dari Selangor, Pahang dan Johor dengan menaiki pelbagai kenderaan mewah.

Polis pula menafikannya Ayah Pin balik semula ke kampung tu dan kata Ayah Pin masih berada di luar negara. Hari ini pula dalam akhbar, cerita lagi pasal kegiatan ajaran sesat di situ. Jadi soalnya siapa yang betul antara akhbar dan polis ni. Akhbar kalau tak ada sumber dan maklumat yang meyakinkan, takkanlah dia keluarkan berita ni. Polis pula kalau tak betul-betul pasti, takkanlah dia nafikan. Mana satu yang betul, masyarakat keliru. Yer betul, saya pun keliru.

Okey, kalau polis kata tak betul, sila siasat wartawan yang mengeluarkan berita tersebut, ambil kenyataannya di balai polis. Kalau berita palsu, wartawan perlu bertanggungjawab dan berdepan tindakan undang-undang. Kalau wartawan betul, dia perlu jelaskan pada polis, bukan pada pembaca saja, pembaca boleh buat apa, bukan boleh ambil tindakan pun. Tapi kalau betul maklumat seperti yang tertulis di akhbar itu, maka pihak berkuasa perlu bertindak segera menangkap Ayah Pin dan menyekat kegiatannya. Kalau boleh, jangan lengahkan.

Saya tak anggap isu ini main-main dan janganlah mempermainkan isu ini. Ini kes murtad dan ajaran sesat serta  menyebarkan pada orang lain. Jangan pandang kecil isu ini. Kalau kata Ayah Pin masuk semula ke kampung tu dan menjalankan kegiatan ajaran sesatnya, yang masyarakat persalahkan adalah pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Agama Islam negeri. Kenapa Ayah Pin boleh bebas sebegitu rupa ? Masyarakat akan kata itu kelemahan agensi berkenaan. Senang-senang saja agensi penguatkuasa dipandang rendah oleh kerana berita meragukan ini.

Wartawan perlu tampil kepada pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Agama untuk beri maklumat kalau dia ada maklumat. Janganlah pandai melontar maklumat dalam akhbar saja tapi tak mahu bekerjasama lebih dari itu. Saya percaya, wartawan atau siapa saja yang tampil beri maklumat akan dilayan sebaiknya. Malah maklumat pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Satu lagi, kalau ada maklumat terutama kes penting seperti ini, janganlah hebahkan maklumat itu dulu. Kalau dah laporkan dan benar apa yang dilaporkan, kan orang yang buat salah tu akan lari. Mana tak lari, kalau orang tu tunggu kat sini, mestilah saja cari nahas.  Laporkan dulu pada pihak berkuasa, kalau ada tindakan, tangkapan dan pendakwaan, kan masa itu pun boleh jadi bahan berita juga.

Saya bukan nak salahkan mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa atau wartawan, tapi pesanan saya, tanganilah isu ini dengan betul dan baik

6 ulasan:

  1. dan tentulah Polis betul..tp macam mana wartawan boleh tahu tapi polis tak tau pulak, siap kata org tu ada kat luar negara lagi???mushkil la ..

    BalasPadam
  2. Saya pun hairanlah mcm mana si ayah pin-baju ni boleh terlepas dari tangkapan. Merosakkan akidah org Islam di Malaysia khususnya, patut dah lama kena tangkap dan diperbetulkan akidah ayah pin-baju nih!

    BalasPadam
  3. Mungkin ayah PIN ada PINtu yang boleh dia PINtas sebelum beliau PINdah ke Thailand.
    Mungkin Ayah PIN ni adalah ULTRAPIN yang PINtar.

    ayoyo, ada PINing kah?

    BalasPadam
  4. sorong papan .. tarik papan lah ni ..

    BalasPadam
  5. Polislah betul..wartawan ni kdg main ckp jek bukan check fakta betul2 selalu dah mcmni..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.