Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

10 Ogos 2011

Berita Kanak-kanak Meninggal Dunia Selepas Berbuka Mengejutkan

KLANG 9 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas 12 jam berbuka puasa, manakala keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.Bapa mangsa Mohamad Ali Khir, 37, berkata, Nurdini, 11, dan keluarganya berbuka puasa dengan otak-otak serta air batu campur yang dibelinya di sebuah Bazar Ramadan berhampiran rumah mereka di Taman Seri Mewah, Fasa 2, Meru dekat sini, Ahad lepas.

"Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah berkenaan, perut saya mula berasa tidak selesa, dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah-muntah dan cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air,” katanya kepada pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah hari ini.

Selain Nurdini, anggota keluarga Mohamad Khir yang mengalami simptom sama ialah isterinya, Noraliti Ramli, 37, empat lagi anak mereka iaitu Mohammad Syafiq, 14, Mohammad Irfan, 13, Mohammad Fitri, 8, dan Mohammad Hazimi, 3, serta pembantu rumah yang dikenali sebagai Pati.
Beliau berkata, Nurdini dijumpai terlentang di bilik air pada 6.10 pagi semalam dengan suara dengusan kuat seperti lembu disembelih, manakala mata mangsa terbeliak dan mulutnya berbuih.

Mohamad Ali kemudian membawa anak perempuan tunggalnya itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, dan sebaik tiba di situ, mangsa disahkan meninggal dunia.Beliau berkata, sehingga kini, semua anggota keluarganya dirawat di hospital itu dan doktor belum mengenal pasti penyakit yang mereka hidapi.

Katanya, sejak awal Ramadan, Nurdini meminta untuk menikmati air batu campur serta otak-otak, namun beliau hanya berkesempatan membeli juadah berkenaan Ahad lepas. Mohamad Ali berkata, jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru di sini selepas waktu Zohor, petang semalam.

8 ulasan:

  1. sudah ajal..innalillah

    Saya memang tak berapa selera nak makan kedai atau beli di bazar. Sebab selalunya perut saya tak dapat terima. selalunya cirit jugak dan selalu loya lepas makan di tempat2 tertentu. Kadang2 instinct saya kuat merasakan kedai/gerai tu tak bersih dan punya benda tidak elok. memang hati saya selalu busuk rasa kebanyakkan kedai ada pelaris. Di parit raja cuma 1-2 kedai saja saya beli makanan.

    sejak mengandung anank pertama saya tekad masak sendiri dirumah. teringin KFC pun saya buat sendiri dirumah. Biarlah tak sedap mana yang penting terjamin dan kita tahu.yakin dengan barang2 yang kita pilih itu halal dan bersih.

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah, takziah untuk keluarganya.

    BalasPadam
  3. al-fatihah...telah tiba masanya tetapi perginya di bulan mulia...

    BalasPadam
  4. Ujian pada mak bapanya. Dah sampai ajal, makanan tu bersebab atau sbb lain yg kita x tau. Kdg2 tak pernah beli luar, tup2 yg sekali beli tu le yg kena makanan beracun dsbnya.

    Mmg seeloknya masak sendiri, tapi kdg2 yg susah2 tu mmg rumit nak buat..Wbgaimanapun sejak ada kemudahan tenet ni, banyak juga le resipi2 yg dulu2 x pernah buek, tok & nek dah buek. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  5. yg utama kebersihan dan air biarlah air yg dimasak... malang sekali jika peniaga bazaar ramadan tidak utamakan hal itu

    BalasPadam
  6. ustaz..mohon C&P yer..dikongsi info untuk kwn2 yg lain.

    BalasPadam
  7. Saya pun duduk di Meru ni.bila baca cerita ni takut nak beli di bazaar ramadhan.memang ada satu saja kat pekan meru ni, memang ada yg menjual otak2,dah hampir nak terbeli tapi ditahan anak saya sebab dia tak suka...Kadang2 ajal ni tak disangka datang.Takziah kepada keluarga tersebut.Sedih juga,tu la seorang anak perempuan

    BalasPadam
  8. Guru tok ajor tiap2 kali nak makan, selain baca bismillah & doa makan, baca 'Bismillahil lazi... sami'ul 'alim" (dgn nama Allah, yg dgn namaNya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi & di langit, untuk menimpakan bencana, & Ia maha Mendengar & Mengetahui).

    Selain amalkan pagi & petang & bila2 teringat. (Malu kat ustaz, ustaz lagi arif ni)..

    (tok tak tau mcamana nak masuk ayat tu dlm tulisan Arab/jawinya)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.