Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

13 Ogos 2011

Mamat Exist dihukum Denda 1,000 Kes Dadah

JOHOR BAHRU 12 Ogos - Mamat Exist hari ini didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya November tahun lalu.

Majistret Maslinda Selamat turut memerintahkan Mamat, 32, diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun dan perlu melaporkan diri di Balai Polis Tampoi sebulan sekali.

Mamat mengaku memasukkan dadah berbahaya jenis methamphetamine ke dalam dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, dekat sini pada pukul 3.35 petang, 9 November tahun lalu. Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, penjara maksimum dua tahun dan pengawasan selama dua tahun.

4 ulasan:

  1. Kita bijak menghukum, penyelesaiannya di mana..

    BalasPadam
  2. Tok terkenang/teringat2 lagu 'oh ibu' nyanyian Mamat ni klu tak salah thn 80an. Sangat2 bagus lagu tu. Generasi muda2 below 35an mungkin tak kenal sbb masa tu depa2 masih kecik2 atau lum lahir..

    BalasPadam
  3. Kepada Keluangman, pihak berwajip memanglah bijak menghukum. Yang artis ni dan artis lain yang terbabit pula mengapa bodoh sangat mengambil dadah. Takkanlah mereka tak tahu bahana dan akibat pada kesalahan ini, lu fikirlah sendiri!

    BalasPadam
  4. Lagu 'oh ibu' meletup dlm thn 92' atau 93',thn 80 an kumpulan exist pun x 'exist' lagi

    BalasPadam

Dipersilakan komen.