12 Julai 2014
Apa Maknanya Kita Sambut Nuzul Quran?
Selamat menyambut Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam. Negeri Johor dan beberapa negeri lain tidak bercuti pada hari tersebut. Beberapa negeri akan bercuti pada Selasa nanti 15 Julai 2014 kerana sambutan ini. Maka, boleh juga ambil cuti hari Isnin dan dapat cuti panjang. Boleh juga tengok bolasepak final Piala Dunia, perlawanan yang menarik Jerman (bukan Parit Jerman) lawan Argentina hari Isnin bermula 3.00 pagi.
Sebagai seorang Islam, janganlah kita hanya seronok bercuti tetapi yang lebih penting kepada kita adalah penghayatan terhadap peristiwa-peristiwa besar dalam kalender Islam. Peristiwa turunnya ayat pertama Al-Quran kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW membawa agama Islam yang kita anuti sekarang. Pada bulan ramadhan yang mulia ini, selain berpuasa, perlulah kita gandakan amal ibadat seperti solat, bersedekah dan membaca Al-Quran.
Membaca Al-Quran
Membaca Quran adalah amal ibadat yang sangat baik kerana Quran itu adalah kalam Allah dan kita mendapat pahala yang besar apabila membacanya. Amalan ini memberi kesan yang baik kepada kehidupan kita dari segi kerohanian serta menyegarkan dan membersihkan hati. Hari ini, ramai yang berpuasa tapi hati dan jiwa mereka masih belum bersih. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain"
Al-Quran diturunkan kepada Nabi SAW secara yang bermula pada malam bulan ramadhan. Peristiwa iniah yang dinamakan Nuzul Quran yang kita sambut ini. Isi kandungan A-Quran penuh dengan perkara-perkara agung dan mengagungkan. Quran mengandungi pengajaran dan panduan kepada manusia untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Membaca Quran juga dapat membentuk budi pekerti dan akhlak yang mulia dalam diri kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
assalammualaikum tuan
BalasPadamterima kasih atas ingatan. salam nuzul Qur'an