Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 Julai 2014

Suami Outstation, Isteri Bawa Jantan Masuk Rumah


Pasangan ini berumur 30-an, sudah nikah kira-kira 6 tahun dan mempunyai 2 orang anak.  Hari itu, suaminya outstation ke negeri lain kerana tugas. Beberapa hari tinggal si isteri dengan 2 orang anaknya saja di rumah. 

Penguatkuasa dapat laporan kes ini sebelum Ramadhan lalu dan terus membuat pemeriksaan. Hasil pemeriksaan, didapati lelaki 30-an dan wanita 30-an bersama dua orang anak yang sedang nyenyak tidur dalam jam 1.30 pagi. Lelaki (lain) dan wanita ini bukan suami isteri dan tiada hubungan mahram. Mereka ditangkap dan akan didakwa di bawah kesalahan khalwat.

Lebih menggemparkan adalah, lelaki ini adalah kawan kepada suaminya. kedua mereka sudah lama menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuan suaminya melalui whataps sampai berasap-asap. Peluang masa suami tak ada beberapa hari ini, mereka berpakat dan mengambil kesempatan tidur bersama di dalam bilik rumah ini. Lelaki ini pula sudah mempunyai isteri sejak bernikah 3 tahun lepas tetapi belum ada anak.

2 ulasan:

  1. Banyak ke kes mcm ni tuan kadi? Nauzubillahi minzalik...

    BalasPadam
  2. assalammualaikum..
    Apabila diri rasa DOSA itu ibarat macam disaman oleh polis traffik ajeee..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.