Alhamdulillah, hari ini hari kelima kita berpuasa. Semoga Ramadhan ini kita penuhi dengan amal ibadah, bukan sahaja berpuasa sahaja tetapi dengan menggandakan ibadat-ibadat lain. Dengan berpuasa ini, kita dapat merasai penderitaan umat Islam di tempat lain dalam bulan Ramadhan ini walaupun kita tidak pernah mengenali mereka. Mereka adalah saudara kita seIslam dan Islam begitu menekankan kepada persaudaraan. Dalam Islam, yang menyatukan jiwa kita bukanlah di kira berdasarkan kaum, negara, bangsa, warna kulit atau bahasa, tetapi yang menyatukan kita adalah akidah Islam. Kita sepatutnya merasai dan menginsafi, bahawa apa yang berlaku kepada umat Islam di China ini adalah menyentuh perasaan kita juga.
Di wilayah Xinjiang China rupanya, umat Islam bukan sebebas kita untuk melakukan ibadat puasa. Jumlah umat Islam di Xinjiang adalah melebihi 10 juta orang, satu jumlah yang besar di waliyah ini. Mereka dicengkam dengan politik yang tidak adil dan tidak mengamalkan kebebasan agama. Pelajar di sekolah dipaksa makan makanan yang disediakan siang hari. Kalau tak makan, tindakan akan diambil. Begitu juga pekerja-pekerja di sektor yang lain, mereka dipaksa makan dan minum. Rumah mereka juga digeledah terutama sewaktu berbuka puasa dan bersahur untuk terus menindas umat Islam.
Bukan saja ibadah puasa, ibadat lain seperti solat berjemaah dan merayakan hari-hari kebesaran Islam semengnya dilarang selama ini. Bagaimanapun, dunia tidak begitu membesarkan isu ini dan tidak ada tekanan kepada negera besar China ini supaya mereka mengamalkan kebebasan agama yang sepatutnya. Oleh itu, kerajaan China terus melakukan tekanan kepada umat Islam di sana.
Negara kita Malaysia kita bebas mengamalkan agama kita Islam tanpa tekanan dan ketakutan. Malah agama lain seperti Kristian, Hindu, Budha dan lain-lain agama dibenarkan mengamalkan agama mereka dengan aman damai walaupun agama rasmi kita adalah Islam.
Kalau hendak difikirkan secara logik, bukanlah berpuasa ini sebagai satu ancaman atau gerakan militan untuk menjatuhkan kerajaan secara pemberontakan. Tetapi mereka tetap mengambil tindakan tegas dan memaksa orang Islam makan juga. Kalau hendak difikir secara jimat cermat, sepatutnya kerajaan mereka tidak perlu menyediakan makanan di sekolah dan pejabat sepanjang sebulan berpuasa ini. Tapi kerana sikap anti Islam yang kuat, mereka lakukan juga dengan memberikan makanan percuma.
Sempena Ramadhan ini, sama-sama kita doakan keselamatan dan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia, semoga mereka dapat melakukan ibadah puasa dengan sempurna. Amin....
.........................................................
Akhbar Sinar Harian turut memuatkan berita:
BEIJING - CHINA. China melarang kakitangan awam, guru dan pelajar di wilayah Xinjiang berpuasa, menurut laman web kerajaan, semalam.Beberapa jabatan kerajaan turut memuat naik notis terbabit sejak bermulanya Ramadan akhir minggu lalu.Stesen radio Bozhou dan University TV menyatakan mereka akan menguatkuasakan larangan tersebut dalam kalangan anggota parti, guru dan golongan remaja di wilayah bergolak tersebut.Dalam satu kenyataan, jurucakap Kongres Dunia Uighur, Dilxat Raxit menyelar tindakan itu sebagai menyekat kebebasan beragama."Larangan menyekat orang Islam melaksanakan Rukun Islam itu hanya akan mencetuskan lebih banyak konflik di Xinjiang."Kami menggesa kerajaan menghentikan penindasan seumpama ini terutamanya ketika Ramadan," tegasnya.Memetik laporan AFP, sejak beberapa tahun lalu, kerajaan pimpinan Parti Komunis mengenakan larangan berpuasa di Xinjiang yang didiami etnik minoriti Uighur.
Klik di sini untuk melihat berita dari Sinar Harian
Alhamdulillah dapat mengerjakan puasa dengan aman ni sini.
BalasPadam